Categories
Teknologi

Tim Cook : Kami Senang Hati Dengan Rekod Jualan Suku Tahunan Mac Di Malaysia

Apple hari ini telah berkongsi penyata pendapatan untuk suku tahunan yang lepas, memperlihatkan pendapatan sedikit menurun berbanding tahun lepas, disebabkan oleh perubahan pasaran dan kesan makroekonomi dan inflasi. Namun, melalui perkongsian Tim Cook, beliau mengatakan Apple senang hati dengan rekod jualan suku tahunan Mac lepas di beberapa buah negara, termasuk Malaysia dan India.

Categories
Semasa Teknologi

Liputan 5G Di Malaysia Kini Mencapai 57.8% Kawasan Berpenduduk

Kerajaan kini secara rasminya telah menyatakan DNB akan bertanggungjawab dalam membawa kadar liputan 5G di Malaysia mencapai 80% menjelang penghujung 2023 ini, dan selepas itu Malaysia akan beralih kepada model dwirangkaian 5G. Selari dengannya, ia kini turut dikongsikan yang mana kadar liputan 5G di Malaysia kini telah mencapai angka 57.8% kawasan berpenduduk.

Categories
Teknologi

Microsoft Kini Membuka Akses Bing Chat Kepada Semua – Perlu Guna Melalui Microsoft Edge

Selepas tiga bulan menawarkan Bing Chat dalam bentuk jemputan, akhirnya kini Microsoft membuka akses kepada Bing Chat kepada semua pengguna. Namun, untuk mengaksesnya pengguna perlu menggunakan pelayar web Microsoft Edge, dan perlu mendaftar masuk ke akaun Microsoft, sebelum dapat menggunakan Bing Chat.

Categories
Semasa

Belgium Bakal Beri Elaun Kepada Pekerja Yang Berbasikal Ke Tempat Kerja

Hasil perbincangan antara firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada awal Januari lalu, Belgium kini memaklumkan akan mula memberi elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat pekerjaan mereka. Pemberian elaun bernilai $0.30 bagi setiap kilometer ini dimaklumkan akan dikecualikan cukai serta kadarnya akan diselaraskan mengikut aliran inflasi secara tahunan.

Categories
Kewangan

BNM : OPR Ditingkatkan Kepada Paras 3.00%

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kini telah dinaikkan sebanyak 25 mata asas (bps) iaitu kepada 3.00%. Kenaikan ini sekaligus menamatkan pengekalan OPR 2.75%, yang telah dikekalkan sebanyak 3 kali sejak November 2022, Januari 2023 dan Mac 2023. Pelarasan OPR di bawah sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini dilaksana berasaskan petunjuk ekonomi semasa.

Categories
Semasa

Kini Anda Boleh Memperbaharui Lesen Memandu Untuk Tempoh 10 Tahun

Kementerian Pengangkutan Malaysia hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu untuk tempoh sehingga 10 tahun. Untuk mereka yang memilih memperbaharui lesen memandu untuk tempoh 10 tahun, akan turut menikmati diskaun sebanyak 10%. Ini bermakna, bayaran yang akan dikenakan adalah berjumlah RM270 untuk tempoh 10 tahun.

Categories
Semasa Teknologi

Malaysia Akan Beralih Ke Model Dwirangkaian 5G Pada 2024

Menteri Komunikasi dan Digital hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju pelaksanaan 5G di Malaysia diteruskan melalui DNB sehingga mencapai 80% liputan dikawasan berpenduduk menjelang penghujung 2023. Manakala peralihan ke dwi-rangkaian akan dilaksanakan selepas itu, berpandukan kepada syarat-syarat yang selari diperingkat global. Kompisisi pihak penyedia perkhidmatan dalam Entiti A dan Entiti B (apabila peralihan ke dwi-rangkaian) akan diputuskan kelak.

Categories
Kewangan

CIMB Menamatkan Sokongan Tambah-Nilai Kad TNG Melalui ATM

CIMB kini mengumumkan mereka telah menamatkan sokongan untuk tambah-nilai kad Touch n Go melalui mesin ATM, berkuatkuasa hari ini, 2 Mei 2023. Pihak CIMB menyatakan pengguna boleh menyemak laman Touch n Go untuk mengetahui lokasi tambah-nilai terdekat. Dengan langakh ini, pengguna perlu mencari alternatif lain dalam menambah-nilai kad TNG mereka, sekiranya sebelum ini sering melakukan tambah-nilai melalui mesin ATM CIMB.

Categories
Teknologi

Kakitangan Samsung Diharamkan Menggunakan ChatGPT Dan Bing

Samsung kini mengeluarkan memo kepada kakitangan supaya tidak lagi menggunakan kecerdasan buatan seperti ChatGPT, Microsoft Bing dan Google Bard. Hal ini kerana untuk mengelak sebarang ketirisan data berlaku akibat penggunaan data yang dilatih pada kecerdasan buatan berkenaan.

Categories
Sains

Kajian Di China Mendapati Pengambilan Makanan Bergoreng Dikaitkan Dengan Risiko Kemurungan

Menurut pasukan penyelidik di Hangzhou, China, mereka mendapati bahawa pengambilan makanan bergoreng yang kerap, terutamanya kentang goreng, dikaitkan dengan risiko kebimbangan 12% selain turut menunjukkan risiko kemurungan hampir 7% lebih tinggi berbanding orang yang tidak makan makanan bergoreng. Dan bukan itu sahaja, ia cenderung berlaku dalam kalangan lelaki muda serta individu dalam lingkungan umur bawah 30 tahun.