Categories
Sains

Zuhal Kini Ialah Planet Dengan Jumlah Bulan Terbanyak Dalam Sistem Suria

Bumi mempunyai satu bulan sahaja tetapi planet lain dalam sistem suria biasanya mempunyai lebih daripada itu. Selama ini status planet dengan jumlah bulan terbanyak dipegang oleh Musytari dengan 95 bulan. Tetapi ahli astronomi kini mengesahkan status berpindah tangan ke Zuhal. Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengumumkan Zuhal kini mempunyai 145 bulan semuanya selepas 62 bulan baharu ditemukan baru-baru ini.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Baskin Robbins Memperkenalkan Rekaan Logo Dan Dekorasi Baharu Di Malaysia

Baskin Robbins di Malaysia kini mengemaskini penggunaan warna dan juga muka taip logo, selain turut menyertakan pengalaman dan persekitaran kedai yang lebih moden dan elegan. Dengan penjenamaan semula kedai Baskin Robbins ini, nampaknya, jenama ini kini mula mengetengahkan elemen yang lebih matang dan telah menggantikan gaya yang memfokuskan kepada kanak-kanak pada logo dan seni hias sebelum ini.

Categories
Kewangan

Rakyat Perlukan RM2.24 Juta Untuk Sertai Kumpulan Terkaya 1% Di Malaysia

Mengikut tinjauan yang dilakukan firma hartanah Knight Frank, ia dilihat orang ramai perlu mempunyai kekayaan sekurang-kurangnya RM2.24 juta untuk menyertai kumpulan terkaya 1% di Malaysia. Ia dijangka, akan terdapati seramai 164,839 individu pada tahap 1% ini menjelang 2027 kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Vision Pro Diperkenalkan – Set Realiti Gabungan Pada Harga Mencapai RM16,000

Apple kini telah memperkenalkan set kepala realiti gabungan pertama secara rasminya, dinamakan Apple Vision Pro. Ia hadir dengan sejumlah sensor, sekaligus membolehkan pengguna menikmati kandungan digital di atas dunia sebenar dengan memakainya pada kepala. Set kepala ini akan dijual pada 2024 pada harga mencapai RM16,000.