Categories
Semasa

Malaysia Dijangka Menguatkuasa Perundangan Lebih Ketat Terhadap Airbnb

Kini ia dilaporkan Malaysia sedang bincangkan pengehadan lingkungan penyewaan AirBNB. Kerajaan Pulau Pinang sedia menetapkan bahawa semua hartanah persendirian, kecuali enam jenis hartanah komersil seperti pangsapuri servis tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai lokasi penginapan AirBnb. Polisi yang lebih kurang sama kini dijangka dikuatkuasa di seluruh Malaysia.

Categories
Semasa

Grab Membuang 1000 Orang Pekerja Dalam Langkah Penstrukturan Strategik

Pelbagai syarikat teknologi pada tahun ini dilihat mengurangkan sejumlah tenaga kerja, disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa dan kesan kepada industri keseluruhan. Nampaknya, Grab turut tidak ketinggalan, dan hari ini mengumumkan mereka telah mengurangkan seramai 1000 orang tenaga kerja pada syarikat tersebut, melibatkan hampir 11% tenaga kerja.

Categories
Semasa Teknologi

EU : Bateri Peranti Mestilah Boleh Digantikan Dengan Mudah Oleh Pengguna Menjelang 2027

Kesatuan Eropah sedia memperjuangkan sejumlah perkara yang memfokuskan hak pengguna, dan terbaru, mereka telah meluluskan perundangan yang akan memerlukan semua peralatan elektronik boleh digantikan bateri dengan mudah oleh pengguna – bukan sahaja bateri peranti seperti telefon dan tablet, tetapi juga bateri kenderaan elektrik.

Categories
Gaya Hidup

Beg Tangan Terkecil Di Dunia Diumumkan – Perlu Dilihat Menggunakan Mikroskop

Mschf, sebuah jenama Amerika kini telah memperlihatkan satu lagi produk baharu iaitu beg tangan paling kecil di dunia. Beg tangan mikroskopik ini diperbuat daripada resin fotopolimer yang berukuran 657 x 222 x 700 mikrometer. Beg kecil itu dimodelkan mengikut inspirasi dari beg tangan OnTheGo monogram Louis Vuitton.

Categories
Semasa

PM : Intern Wajar Diberi Elaun Setimpal, Walaupun Kerajaan Tidak Tetapkan Dasar Khusus

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini berkongsi pendapat, seharusnya para majikan meletakkan peruntukan untuk para pelajar praktikal. Ini kerana kos makanan dan pengangkutan harian harus diambil-kira demi kebajikan kumpulan tersebut. Bagaimanapun kerajaan setakat ini tidak menetapkan sebarang kaedah khusus berhubung tindakan mewajibkan pembayaran elaun ke atas para pelajar praktikal.

Categories
Kewangan

55% Peminjam TNG GoPinjam Berumur Bawah 30 Tahun, Dengan Purata Pinjaman RM1,500

Kementerian Kewangan kini menyatakan seramai 88,620 individu telah mendapatkan pinjaman melalui GoPinjam sehingga penghujung Mac 2023 lepas, membawa kepada jumlah RM91.1 juta. Daripada angka tersebut, 55% merupakan mereka yang berumur dibawah 30 tahun, dan mendapatkan secara purata pinjaman RM1,500 setiap seorang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

FlyFM Menjadi Stesen Radio Pertama Di Malaysia Menggunakan AI Sebagai Juruhebah Radio

FlyFM, iaitu sebuah stesen radio tempatan, hari ini menjadi yang pertama di Malaysia guna AI sebagai juruhebah radio. Melalui penggunaan yang dilakukan sejak 2 petang hari ini di stesen radio berkenaan, ia memperlihatkan penggunaan suara yang lancar, dan boleh merespon dengan pantas kepada pemanggil.

Categories
Kewangan

84% Rakyat Malaysia Tiada Simpanan Tetap Setiap Bulan

Melalui Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, ia didapati 84% rakyat Malaysia tiada simpanan tetap pada setiap bulan. Menurut KWSP, situasi ini berlaku apabila rakyat Malaysia hanya menyimpan secara tetap untuk jangka pendek sahaja sebelum bertindak mengeluarkan semula dana tersebut pada hujung bulan untuk menampung perbelanjaan harian mereka.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Kedai Buku Borders Malaysia Akan Tamatkan Operasi Pada 31 Ogos

Kedai buku Borders yang diuruskan oleh Berjaya Books Sdn Bhd, kini akan menamatkan operasi di Malaysia pada 31 Ogos 2023 kelak. Langkah ini hadir selepas pihak Borders Malaysia menamatkan operasi kedai atas-talian mereka pada penghujung Mei 2023 lepas. Selain Borders, beberapa kedai buku lain juga telah mengecilkan operasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk salah satunya adalah MPH.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Perodua Memperkenalkan Perodua Axia E Pada Harga RM22,000

Perodua hari ini memperkenalkan model baharu dan paling asas untuk keluarga Axia, dinamakan sebagai Perodua Axia E. Kereta dengan penawaran asas ini dilihat disasarkan kepada beberapa pengguna, terutamanya untuk penunggang motosikal dan kumpulan berpendapatan rendah. Sekolah memandu juga dijangka akan menjadi pengguna untuk model ini bagi tujuan latihan.