Categories
Gaya Hidup

Malaysia Duduki Tangga Ke-14, Antara Paling Banyak Makan Mi Segera

Malaysia kini mengungguli kedudukan ke-14 daripada 56 buah negara, selaku kumpulan yang paling banyak makan mi segera di dunia dengan rekod data 1.5 bilion hidangan mi segera dinikmati, berdasarkan data Persatuan Mi Segera Sedunia 2022. Melalui rekod itu, perisa mi segera yang menjadi pilihan pengguna negara adalah kari dan tom yam bersama sup pilihan rempah, sayuran dan makanan laut.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

TikTok Music Dilancarkan Di Indonesia Dan Brazil – Bersaing Dengan Spotify

TikTok memasuki era penstriman muzik pula dengan pelancaran TikTok Music di Indonesia dan Brazil. Pengguna TikTok Music boleh mengakses lirik, menari lagi menggunakan lirik, menghasilkan senarai main, mendengar muzik yang tular di TikTok dan mendengar muzik di luar talian selepas ia dimuat turun ke peranti.

Categories
Kewangan

BNM Mengekalkan Paras OPR Pada Kadar 3.0%

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kini dikekalkan pada paras 3.00%. Untuk pengetahuan semua, sebelum ini OPR telah dikekal pada paras 2.75% sejak November 2022, Januari 2023 dan Mac 2023. Namun bagi menyeimbangkan tekanan inflasi semasa – aliran ini mula dinaikkan pada Mei dan kini dikekalkan untuk kesejahteraan semua pengguna.

Categories
Kewangan

KWSP : Hanya 30% Pencarum – Capai Paras Simpanan Asas RM240,000 Pada Usia 55 Tahun

KWSP kini berkongsi, daripada jumlah 8.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya 30% sahaja iaitu 2.61 juta pencarum yang mencapai sasaran simpanan asas sebanyak RM240,000. Sementara berdasarkan jumlah keseluruhan pencarum pula – hanya 18% daripada 15.8 juta ahli memenuhi sasaran simpanan asas tersebut.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Kini Tersedia Untuk Digunakan Di iPhone Dan Android – Pesaing Twitter Oleh Meta

Meta kini telah melancarkan aplikasi alternatif untuk Twitter mereka, dinamakan sebagai Threads. Ia telah pun tersedia di iPhone dan Android – sekaligus membolehkan para pengguna mendaftar dan menggunakan aplikasi berkenaan. Threads menggunakan akaun Instagram untuk tujuan pendaftaran, dan pengguna akan menggunakan nama pengguna yang sama seperti pada platform Instagram.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Mengurangkan Pengeluaran Vision Pro Kerana Isu Pengilangan

Tahun depan, Apple Vision Pro akan dijual secara rasmi sebagai set kepala AR pertama daripada syarikat gergasi Apple dengan nilai pasaran $3 trilion. Tetapi kini muncul laporan Financial Times, mengatakan pengeluaran set kapal ini akan dikurangkan ke 400,000 unit sahaja berbanding cadangan 1 juta unit kerana isu pengeluaran melibatkan skrin.

Categories
Gaya Hidup

TNG eWallet Kini Menyokong Pembayaran Parkir Jalanan Sepenuhnya Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Touch n Go eWallet kini mengumumkan mereka kini menyokong pembayaran parkir jalanan di semua kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor. Hampir 300,000 menggunakan dompet digital TNG eWallet dalam pembayaran parkir jalanan. Terdapat sekitar 19 majlis perbandaran yang disokong, termasuk sebahagian di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Dijangka Dilancarkan Minggu Ini – Pesaing Twitter Oleh Instagram

Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram kini dalam persediaan melancarkan aplikasi pesaing untuk Twitter, dan melalui penyenaraian di kedai aplikasi, ia dijangka dilancarkan pada minggu ini, seawal 6 Julai 2023. Dinamakan sebagai Threads, ia akan beroperasi dibawah pasukan Instagram dan menawarkan pengalaman penggunaan seumpama Twitter.

Categories
Teknologi

Tesla Menjadualkan Kemasukkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 20 Julai

Tesla kini secara rasminya menjadualkan kemasukkan dan pelancaran syarikat di Malaysia, pada 20 Julai 2023. Tesla dijangka berkongsi berkenaan visi dan sasaran mereka untuk pasaran Malaysia pada tarikh berkenaan. Dengan langkah ini, kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan sasaran pemasaran, langkah pemasangan Tesla Supercharger, dan sebagainya di Malaysia.

Categories
Semasa Teknologi

Kerajaan Akan Perkenal Nombor Plat Khas “EV” Untuk Kenderaan Elektrik

Anthony Loke, Menteri Pengangkutan kini berkongsi menyatakan kerajaan akan memperkenalkan nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik. Nombor plat untuk kenderaan berkenaan akan bermula dengan huruf EV, dan diikuti dengan angka. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membezakan kenderaan elektrik berbanding kenderaan bukan elektrik.