Categories
Semasa

Mesin Pengimbas Suhu Kepala Dikitar Semula Menjadi Arca Robot Selepas Pandemik

Mesin pengimbas suhu kepala digunakan meluas ketika pandemik sebelum ini, dan kini mesin tersebut dikitar semula dalam bentuk arca robot. Di pusat membeli belah One Utama, mesin-mesin pengimbas suhu ini telah dikitar semula menjadi karya seni. Dua arca robot Teetbots telah dihasilkan menggunakan 70 mesin pengimbas suhu yang kini tidak lagi digunakan..

Categories
Semasa

Rekod Suhu Purata Bumi Paling Panas Dicatatkan Minggu Lalu

Rekod suhu purata dunia paling panas di dunia yang pernah direkodkan telah dicatatkan pada minggu lalu (7 Julai) menurut data daripada Agensi Meteorologi Jepun. Suhu 17.24 °C dicatatkan pada 7 Julai memintas rekod 17.23 °C yang dicatatkan tiga hari sebelumnya. Tahun ini pelbagai rekod baharu yang merisaukan telah dicatatkan seperti suhu tertinggi pada bulan Mei dan Jun dan pengurangan 17% ais di permukaan Lautan Atlantic Utara pada musim sejuk.

Categories
Gaya Hidup

BMW Melancarkan Cermin Mata Pintar Untuk Penunggang Motosikal

BMW juga kini menjadi pengeluar cermin mata pintar selepas melancarkan ConnectedRide Smartglasses untuk penunggang motosikal. Cermin mata pintar ini ditambat kepada telefon pintar menggunakan bluetooth menerusi aplikasi BMW Motorrad Connected . Pada skrin terbina di mata kanan maklumat mengenai kelajuan, had kelajuan jalan yang sedang digunakan dan aplikasi GPS.

Categories
Sains

Saintis Bangunkan Bateri Pertama Yang Dikatakan Tidak Toksik

Saintis dari Flinders University Australia dan Zhejiang Sci-Tech University di China telah berjaya menghasilkan bateri pertama yang dikatakan tidak toksik. Bateri aluminium-ion yang dibangunkan menggunakan bahan 2,2,6,6-tetramethylpiperidyl-1-oxy, atau nama panggilannya TEMPO untuk menjadikannya lebih sukar untuk terbakar. Elektrolitnya pula berasaskan air dan bukannya bahan kimia toksik yang digunakan sekarang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Kini Melangkaui 100 Juta Akaun Pengguna – Hanya Mengambil Masa 5 Hari

Threads, pesaing Twitter yang diperkenalkan oleh Meta pada minggu lepas, hari ini membuat kejutan apabila berjaya mencatatkan lebih 100 juta akaun pengguna berdaftar setakat ini. Ini sekaligus menjadikan Threads sebagai platform sosial yang paling pantas berkembang setakat ini. Untuk perbandingan, Instagram sendiri mengambil-masa sekitar 2 tahun setengah untuk mencapai 100 juta pengguna, sementara TikTok mengambil masa sekitar 9 bulan.

Categories
Semasa

Emoji Ibu Jari Sah Digunakan Untuk Persetujuan Kontrak Rasmi

Berhati-hati apabila menggunakan emoji ibu jari (thumbs up) sekiranya anda di Kanada. Mahkamah di Saskatchewan mengarahkan seorang peladang untuk membayar ganti rugi C$82,000 (~RM288,000) kepada South West Terminal kerana gagal membekalkan flaks seperti yang dipersetujui dalam kontrak, selepas menghantar emoji “thumbs up” sebagai persetujuan.

Categories
Teknologi

OpenAI Membangunkan “Superintelligence” Bagi Menghalang AI Memusnahkan Manusia

Ahli akademik dan pakar AI juga bersetuju tanpa kawalan AI boleh menyebabkan kepupusan spesis manusia. OpenAI yang membangunkan ChatGPT dan GPT-4 hari ini mengumumkan pembangunan Superintelligence. Superintelligence ialah sistem yang diharap dapat mengawal AI untuk mengelakkannya memudaratkan manusia di masa akan datang. Ia dijangka akan mula beroperasi dalam masa empat tahun.

Categories
Gaya Hidup

DOSM : Jangka Hayat Purata Lelaki Di Malaysia Menurun Kepada 70.8 Tahun

DOSM berkongsi jangka hayat purata lelaki di Malaysia telah berkurangan kepada 70.8 tahun, berbanding 71.7 tahun pada 2012. Ini sebahagian besar mungkin disebabkan oleh kadar kekerapan para lelaki melakukan pemeriksaan kesihatan masih lagi rendah. Selain itu, penurunan jangka hayat bagi tahun 2020 hingga 2022 pula adalah disumbangkan oleh peningkatan lebihan kematian semasa pandemik Covid-19.

Categories
Teknologi

Twitter Ancam Untuk Saman Meta Atas Pelancaran Aplikasi Threads

Kurang 24 jam sejak pelancaran aplikasi Threads, kini nampaknya pihak Twitter tidak begitu gembira dengan penawaran terbaru Meta berkenaan. Pihak Twitter dilihat telah menghantar sepucuk surat kepada pihak Meta, memberikan petanda mungkin menyaman Meta. Twitter menuduh Meta telah mengambil beberapa bekas pekerja Twitter yang mempunyai akses rahsia dalaman syarikat Twitter, dalam membangunkan Threads.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Kini Mempunyai Lebih 50 Juta Akaun Pengguna

Meta telah pun melancarkan aplikasi Threads secara rasminya semalam, dan kini selang lebih sehari dilancarkan, Threads mencatatkan angka pengguna melangkaui 50 juta akaun. Meta sebelum ini mengumumkan mereka mencapai 2 juta pengguna dalam tempoh hanya 2 jam pertama, dan seterusnya berjaya mencapai seramai 10 juta pengguna dalam tempoh 7 jam pertama.