Pada tahun 2022, Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA) menyatakan hasrat untuk menggunakan sistem roket yang mampu mendarat semula ke bumi seakan roket yang digunakan SpaceX – sekaligus membawa kepada penjimatan yang besar dalam eksplorasi angkasa. Lanjutan daripadanya, minggu ini Shanghai Academy of Spaceflight Technology (SAST) mengumumkan kejayaan mereka melancarkan roket dengan kemampuan ini di Gurun Gobi.