Categories
Teknologi

Google Translate Menambah Sokongan 110 Bahasa Baharu Seperti Iban, Minang dan Jawi

Google Translate menambah sokongan 110 bahasa baharu menerusi bantuan model bahasa raya (LLM) PaLM 2. Ini adalah penambahan bahasa paling banyak sejak Google Translate diperkenalkan pada tahun 2006. Antara bahasa baharu yang disokong ialah Iban, Banjar, Batak, Minang, Kantonis, dan Bahasa Melayu Jawi – yang berjaya ditambah melalui sokongan kecerdasan buatan.