Categories
Gaya Hidup

The Coffee Bean & Tea Leaf Memperkenalkan Cookie Cups – Minuman Dalam Cawan Boleh Dimakan

The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia memperkenalkan inovasi terbaharu mereka menerusi pelancaran Cookie Cups – menu yang menggabungkan minuman dan biskut dalam satu hidangan. Dua pilihan rasa untuk Cookie Cup iaitu Cortado Cookie Cup dan Chocolate Cookie Cup, pada harga RM18.90 setiap satu.