Categories
Gaya Hidup Semasa

Mufti WP : Haram Menjana Gambar Orang Yang Telah Mati Menggunakan AI Tanpa Sebab

Menurut mufti Wilayah Persekutuan, hukum melukis gambar sama ada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tanpa tujuan dan sebab yang munasabah hukumnya adalah haram menurut majoriti ulama. Namun penggunaan menghasilkan gambar digital untuk tujuan kemaslahatan dan keperluan seperti tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan.