Categories
Teknologi

Galaxy Unpacked Pada 10 Julai 2024 – Siri Galaxy Z Baharu Bakal Diperkenalkan

Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan acara Galaxy Unpacked mereka yang seterusnya bakal diadakan pada 10 Julai 2024. Pada acara berkenaan, Samsung dijangka memperkenalkan beberapa peranti baharu untuk pasaran terutamanya peranti dengan skrin boleh-lipat – Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip, selain turut memfokuskan pada penawaran kecerdasan buatan, Galaxy AI.