Walaupun kadar inflasi utama Malaysia semakin mereda di paras 3.8%, namun situasi ini tidak dapat menafikan kegusaran rakyat negara akan ketidaktentuan ekonomi semasa. Khususnya melibatkan kemampuan ekonomi secara individu dan keluarga berlandaskan kelas pendapatan B40 dan M40. Susulan kerunsingan itu, didapati hanya sekitar 35% rakyat percaya bahawa ekonomi diri dan isi rumah mereka akan menjadi lebih baik dalam tempoh 5 tahun mendatang.
Categories