Sekiranya rakyat memiliki perancangan untuk bersara dalam tempoh beberapa tahun terdekat, anda dinasihatkan untuk memiliki sekurang-kurangnya simpanan pencen berjumlah RM600,000. Menurut KWSP, ambang tersebut dilihat bersesuaian dengan penduduk bekerja yang berada di Lembah Klang, untuk menampung perbelanjaan mereka di hari tua. Sementara di luar Lembah Klang pula, diperkira paras simpanan RM500,000 adalah ideal dengan kos sara hidup di kawasan sedemikian.
Categories
Rakyat Malaysia Perlu Miliki Sekurang-kurangnya RM600,000 – Jika Ingin Bersara
