Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini menerbitkan laporan terkini yang meramalkan jumlah populasi negara akan mencecah 42.38 juta menjelang 2059. Ini ialah populasi puncak negara sebelum ia dijangka susut kembali selepas itu. Pada penghujung dekad ini, 2030, populasi Malaysia dijangka akan mencecah 36.49 juta. Pada hari ini, Malaysia mempunyai 34.2 juta penduduk.
Categories
Populasi Malaysia Dijangka Mencapai 42.38 Juta Menjelang 2059 Sebelum Susut Kembali