Categories
Kewangan

Malaysia Kini Mempunyai 6.5 Juta Akaun Aktif Untuk BNPL

Perkhidmatan beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) menunjukkan peningkatan ketara di Malaysia apabila jumlah akaun aktif melonjak kepada 6.5 juta setakat akhir Jun 2025 berbanding 5.1 juta akaun pada akhir tahun 2024. Nilai keseluruhan transaksi turut meningkat sebanyak 31 peratus menjadikan jumlahnya RM9.3 blion berbanding RM7.1 bilion sebelumnya.

Categories
Sains

Kementerian Kesihatan Ingin Guna AI Dalam Mengesan Kawasan Berisiko Denggi

Menteri Kesihatan kini berkongsi mengatakan sedang bangunkan sistem berasaskan kecerdasan buatan dalam meramalkan dan mengenal-pasti kawasan-kawasan berisiko tinggi untuk ancaman denggi. Ini dikatakan sebagai salah satu langkah untuk mengenal-pasti lebih awal, sekaligus mengatasinya secepat mungkin.

Categories
Sukan

Soh Wai Ching Cipta Rekod Dunia – Panjat Tangga 1.788KM Dalam Masa Sejam

Juara dunia dalam acara larian menara, Soh Wai Ching memahat satu rekod dunia yang baharu susulan menyudahkan satu percubaan yang dilakukannya di Petaling Jaya, Sabtu lalu. Menerusi perkongsian di akaun media sosialnya, Wai Ching, 30 tahun, berjaya melakukan pendakian terjauh menggunakan mesin tangga dengan jarak 1.788 kilometer (km) dalam masa satu jam (kategori lelaki).

Categories
Semasa

Populasi Malaysia Dijangka Mencapai 42.38 Juta Menjelang 2059 Sebelum Susut Kembali

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) kini menerbitkan laporan terkini yang meramalkan jumlah populasi negara akan mencecah 42.38 juta menjelang 2059. Ini ialah populasi puncak negara sebelum ia dijangka susut kembali selepas itu. Pada penghujung dekad ini, 2030, populasi Malaysia dijangka akan mencecah 36.49 juta. Pada hari ini, Malaysia mempunyai 34.2 juta penduduk.

Categories
Sukan

Ini Adalah Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Pada Pembukaan Sukan Olimpik

Rekaan pakaian rasmi kontinjen negara pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 oleh duo pereka tempatan iaitu Rizman Ruzaini menemui titik noktah apabila ianya didedahkan kepada umum – memaparkan rekaan baju kurung dengan kelubung untuk atlet wanita serta baju melayu teluk belanga bagi atlet lelaki yang diberikan nama “The Malaya”.