Categories
Sains

Saintis Ingin Mengembalikan Semula Harimau Tasmania Yang Telah Pupus

Harimau Tasmania dipercayai telah pupus sejak 1936 apabila haiwan terakhir mati di Zoo. Selepas hampir 100 tahun pupus, saintis dari Australia dan Amerika Syarikat ingin mengembalikannya semula ke dunia. Saintis akan cuba mengembalikan harimau tasmania menerusi teknik sel tunjang dan suntingan gen. Sekiranya berjaya, saintis ingin memperkenalkannya semula ke habitat liar dalam masa 10 tahun.

Categories
Kewangan Teknologi

CIMB Memperkenalkan Aplikasi Perbankan Generasi Baharu – CIMB OCTO

CIMB hari ini memperkenalkan aplikasi generasi baharu mereka, dinamakan CIMB OCTO. Aplikasi ini dilihat akan menjadi pengganti kepada aplikasi CIMBClicks sedia ada, dengan antaramuka yang dikemaskini, serta susunan ciri-ciri yang lebih memudahkan pengguna.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Dijangka Memperkenalkan iPhone 14 Pada 8 September

Apple kini dilaporkan dijangka memperkenalkan siri iPhone terbaru, iaitu iPhone 14 pada awal September ini, 8 September waktu Malaysia. Selepas pengenalannya, ia dijangka mula dijual pada pertengahan September ini dibeberapa buah negara.

Categories
Gaya Hidup

Adidas Perkenal Fon Kepala Yang Dicas Semula Dengan Kuasa Solar

Adidas kini memperkenalkan sebuah fon kepala baharu, yang menariknya hadir dengan sokongan pengecasan solar. Panel solar ini diletakkan di bahagian angkup kepala. Selain cahaya matahari, ia juga boleh dicas menggunakan cahaya lampu. Pengecasan biasa berasaskan USB-C turut disertakan.

Categories
Sains

Kajian Mendapati Penggunaan Penggera Pagi Yang Lebih Lembut Mengurangkan Rasa Mengantuk Selepas Bangun Tidur

Menjadi kebiasaan bunyi penggera yang nyaring digunakan untuk pastikan terjaga tidur. Tetapi, melalui kajian, ia didapati bunyi penggera yang nyaring membawa kesan negatif. Ia dikatakan membawa kepada aktiviti otak terganggu, sekaligus membuatkan masih berasa mengantuk pada sesuatu hari. Sebaliknya, penggera jam dengan irama lebih lembut membuatkan kita kurang mengantuk.

Categories
Sukan

Malaysia Akan Berentap Di Kejohanan Dodgeball Dunia

Skuad dodgeball Malaysia akan menyertai Kejohanan Dodgeball Dunia 2022 pada penghujung bulan ini, di Kanada. Untuk makluman semua, skuad dodgeball lelaki negara kini berada di ranking nombor satu dunia, sementara skuad wanita pula adalah pada rangking nombor dua dunia.

Categories
Semasa

Satria Dewa Gatotkaca – Filem Adiwira Dari Indonesia

Industri perfileman Indonesia semakin rancak dengan projek adiwira, dan terbaru filem Satria Dewa Gatotkaca hadir ke pawagam Malaysia. Filem ini berdasarkan cereka lagenda mengenai dewa-dewa yang muncul dalam wayang kulit di Jawa pada suatu ketika dahulu.

Categories
Teknologi

Airbnb Guna Teknologi Anti-Parti Untuk Elak Pelanggan Berpesta

Airbnb kini hadir dengan teknologi anti-parti dalam usaha menghalang para pelanggan daripada melakukan tempahan rumah sekiranya kebarangkalian tinggi untuk mereka menggunakan premis untuk berpesta. Perkara ini dilakukan menerusi analisa seperti sejarah ulasan, tempoh tempahan, jarak pelanggan, serta beberapa data lain.

Categories
Gaya Hidup Semasa

53% Pekerja Di Malaysia Dilaporkan Tidak Mendapat Tidur Yang Cukup

Berdasarkan tinjauan AIA Vitality, ia menunjukkan ramai pekerja di negara tidak memiliki tidur yang mencukupi. 53% akui tidak memiliki tidur yang mencukupi, kurang daripada 7 jam sehari. Sementara 14% lagi mengatakan mereka memiliki kualiti tidur yang sangat lemah.

Categories
Teknologi

Instagram Kini Membolehkan Anda Berkongsi Reels Terus Ke Facebook

Meta kini mengumumkan kemaskini baharu pada aplikasi Instagram, membolehkan para pengguna untuk terbitkan kandungan Reels secara rentas platform, iaitu di Instagram dan Facebook secara serentak. Pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan akaun Instagram dengan Facebook, sebelum dapat melakukan siaran rentas platform ini.