Categories
Sukan

Salah Cipta Rekod Sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak EPL

Dua jaringan Mohamed Salah ketika turun menentang Leeds United pada awal pagi tadi telah meletakkannya sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Penyerang kelahiran Mesir berusia 30 tahun itu mencipta dua jaringan menerusi kaki kirinya yang membantu Liverpool merakamkan kemenangan besar 6-1 Leeds United. Dua jaringan itu membolehkan Salah melepasi rekod 105 gol melalui kaki kiri yang dipegang oleh bekas pemain England, Robbie Fowler.

Categories
Gaming

Sega Dilaporkan Mungkin Ambil-Alih Syarikat Sebalik Angry Birds Pada Nilai Mencapai $1 Bilion

Sega, salah satu pengeluar permainan popular berpusat di Jepun dan terkenal dengan permainan seperti Sonic, kini dilaporkan dalam perbincangan untuk mengambil-alih Rovio. Rovio merupakan syarikat permainan yang terkenal dengan siri Angry Birds. Kini, ia dikatakan Sega dalam perbincangan untuk mengambil-alih Rovio pada nilai mencapai $1 bilion.

Categories
Sains

Gerhana Matahari Hibrid Akan Berlaku 20 April 2023 Ini – Berlaku Hampir Hanya Sekali Setiap Dekad

MOSTI kini berkongsi berkenaan Gerhana Matahari Hibird yang akan berlaku pada 20 April 2023 kelak. enomena ini dikenali sebagai hibrid kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan, iaitu umbra, penumbra dan antumbra. Fenomena gerhana ini sangat-sangat jarang berlaku, dan dianggarkan hanya berlaku sekali setiap dekad. Untuk abad i ke-21 ini, gerhana matahari hibrid ini akan berlaku 7 kali sahaja, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067.

Categories
Semasa

Pos Malaysia Dan Bank Negara Lancar Koleksi Khas Setem Syiling Kesultanan Melayu

Dalam usaha memperkasakan nilai sejarah negara, kini Pos Malaysia bersama Bank Negara Malaysia tampil dengan Setem Syiling Kesultanan Melayu. Melaluinya, ia hadir dengan penawaran koleksi syiling yang dihasilkan sejak abad ke-12 sehingga ke-19 dalam bentuk setem. Bagi pengguna yang berminat boleh dapatkan koleksi khas set lengkap ini dengan harga RM59.50.

Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Sarawak Mendapatkan Pegangan 4.95% Pada Affin Bank

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini menjual 112.56 juta saham dalam Affin Bank kepada entiti kerajaan negeri Sarawak, pada nilai RM221.74 juta. Dengan langkah ini, ia sekaligus membuatkan kerajaan Sarawak mempunyai pegangan sekitar 4.95% pada Affin Bank.

Categories
Teknologi

Twitter Kini Membolehkan Perkongsian Sehingga 10,000 Aksara – Sokong Format “Bold” Dan “Italic”

Twitter kini terus menjadikan platform mereka sebagai platform mesra penulis, dan kini menawarkan sokongan perkongsian sehingga 10,000 aksara melaluinya. Pada masa yang sama, Twitter juga kini menambah sokongan pemformatan pada teks, membolehkan pengguna menjadikan sesuatu teks itu tebal (Bold) atau pun condong (Italic).

Categories
Gaya Hidup Semasa

Lotus Kini Hadir Dengan Kereta Elektrik Terbaru Pada Harga Mencapai RM800k

Lotus Cars Malaysia kini mengumumkan kenderaan SUV elektrik pertama untuk pasaran tempatan, Lotus Eletre. Lotus Eletre hadir dengan tiga pilihan model, iaitu Lotus Eletre, Lotus Eletre S dan Lotus Eletre R. Ketiga-tiga varian Lotus Eletre ini menggunakan bateri berkapasiti 112kWh dan pengecas 350kW yang hadir dengan ciri pengecasan pantas dari 10 ke 80 peratus dalam masa hanya 20 minit.

Categories
Semasa

Harga Tiket Penerbangan Lebih Rendah Bakal Diperkenalkan Kepada Pelajar IPTA

Tidak lama lagi, kerajaan akan mengumumkan harga istimewa berhubung tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Mengikut perancangan Kementerian Pengangkutan (MOT), pelarasan harga tiket penerbangan itu akan melibatkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung dan pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah dan Sarawak.

Categories
Semasa

Proton Dan Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah Untuk Servis Kenderaan

Bagi meringankan bebanan kos penyelenggaraan pemilik kenderaan, Pakej Auto Rahmah 2023 kini diperkenalkan buat para pengguna. Mengikut perkongsian MITI, ketika ini jenama Proton dan Perodua menjadi antara yang menyediakan penawaran tersebut yang menyediakan diskaun sehingga 30% untuk penyelenggaraan. Buat pengetahuan untuk Proton, model kenderaan yang layak di bawah pakej servis ini adalah Persona, Iriz, Exora, Saga, Inspira, Waja dan Wira. Manakala Perodua pula bagi model Axia dan Bezza sahaja.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Proton Akan Mempercepatkan Pengenalan Kereta Elektrik Ke Seawal 2025

Proton kini berkongsi mengatakan akan mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik mereka, berkemungkinan seawal tahun 2025. Perkongsian terbaru oleh Timbalan CEO Proton ini memperlihatkan ia dipercepatkan 2 tahun berbanding sasaran sebelum ini pada awalnya pada 2027. Proton kini dalam proses untuk mengenal-pasti model yang bersesuaian, yang lebih mampu milik dan praktikal.