Categories
Sukan

Pakatan Ukraine, Sepanyol, Portugal Hantar Bidaan Piala Dunia 2030 – Kejohanan Ke-100 Tahun

Kejohanan Piala Dunia FIFA 2030 menyaksikan salah satu pembida kejohanan ialah Ukraine yang membuat pakatan bersama-sama Sepanyol dan Portugal untuk menganjurkannya. Untuk makluman semua, pakatan ini akan bersaing dengan beberapa pembida dari benua lain yang turut sama menghantar permohonan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030. Antaranya pakatan Mesir-Greece-Arab Saudi serta pakatan benua Amerika Selatan, Uruguay-Argentina-Paraguay-Chile.

Categories
Sains Teknologi

Dengan Sensor 3.1 Gigapixel, Ini Ialah Kamera Digital Terbesar Dunia

Sensor terbesar pada telefon pintar ialah 200MP yang digunakan pada Xioami 12T Pro dan Motorola Edge 30 Ultra. Namun begitu saiz sensor ini adalah kerdil apabila dibandingkan dengan sensor yang digunakan pada kamera Legacy Survey of Space and Time (LSST) yang kini memegang rekod sebagai kamera digital terbesar dunia. Sensor LSST adalah sebesar 3.1 Gigapixel dengan saiz fizikalnya sebesar 1.57 meter.

Categories
Kewangan Semasa

Malaysia Optimis Berupaya Hasilkan 45% Pekerja Berkemahiran Tinggi Kelak

Data tahun 2021 menunjukkan, pasaran pekerja berkemahiran tinggi Malaysia mencatatkan sekitar 29.6% menyamai jumlah 4.5 juta pekerja. Dalam usaha untuk terus meningkatkannya, kini Perdana Menteri Ismail Sabri melancarkan Pelan Induk Taman Mranti dan Penjenamaan Semula Mimos Berhad – memaklumkan peningkatan infrastruktur akan diperluaskan bagi menghasilkan 45% pekerja berkemahiran tinggi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sistem Tol Bebas Palang Dikatakan Akan Mula Diperkenalkan Seawal Tahun 2025

Kementerian Kerja Raya menyatakan perancangan untuk lebuhraya bebas palang tol (MLFF) ini akan diawalkan ke tahun 2025. Pelaksanaan tersebut adalah sebahagian daripada usaha negara mengurangkan kesesakan di laluan plaza tol. Dengan langkah ini, tiada lagi palang tol pada laluan, dan pengguna akan dikenakan cas menggunakan teknologi seperti RFID.

Categories
Teknologi

TIME Memperkenalkan Pelan 2Gbps Untuk Pengguna Di Rumah

TIME kini menjadi yang pertama memperkenalkan pelan berkelajuan 2Gbps kepada pengguna di rumah. Ia ditawarkan pada harga RM379 sebulan, menawarkan kadar muat-turun mencapai 2Gbps, selain kadar muat-naik 500Mbps. Buat masa ini, ia ditawarkan terhad di beberapa lokasi, dan akan diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Facebook Kini Menawarkan Lebih Kawalan Untuk Paparan Perkongsian Pada Feed

Facebook hari ini mengumumkan ciri kawalan untuk paparan perkongsian pada Feed – membolehkan pengguna memilih perkongsian jenis apa yang patut diperlihatkan, dan kadar paparannya. Dengan langkah ini, pengguna boleh mengawal paparan perkongsian daripada rakan-rakan, ahli keluarga, Groups, dan Pages – pada bahagian Feed utama.

Categories
Kewangan Semasa

Gaji Penengah Di Malaysia Pada 2021 Adalah RM2250

Mengikut data DOSM terbaru yang diterbitkan, ia memperlihatkan gaji penengah di Malaysia adalah sebanyak RM2250 pada tahun 2021. WP Putrajaya mencatatkan gaji penengah tertinggi dengan kadar RM3837, sementara Kelantan terendah dengan RM1632.

Categories
Semasa Teknologi

Elon Musk Menyatakan Pembelian Twitter Mempercepatkan Pembangunan “X” – Aplikasi Semua-Dalam-Satu

Elon Musk pada awal pagi tadi, telah menyatakan ingin kembali untuk mengambil-alih Twitter. Lanjutan daripadanya, kini Elon Musk menyatakan pembelian Twitter akan mempercepatkan pembangunan X, iaitu sebuah aplikasi semua-dalam-satu. Info penuh mengenainya tidak diketahui lagi, tetapi Elon Musk dilihat berminat dengan model WeChat.

Categories
Gaya Hidup

BurgerKing Hadir Dengan Menu Baru – Burger Rendang

Khusus buat penggemar hidangan dengan citarasa tempatan, Burger King hari ini telah melancarkan menu burger baru yang akan membuatkan anda teringat kepada kampung halaman iaitu Rendang Beef Burger. Ia hadir dengan penawaran dua keping patti daging untuk hidangan Double Rendang Beef atau anda juga boleh mendapatkan patti yang dipanggang menerusi hidangan Rendang Tendergrill.

Categories
Kewangan Teknologi

ShopeePay Menamatkan Ciri Pindah Keluar Duit Ke Akaun Bank

Shopee kini mengeluarkan peringatan kepada orang ramai, mengatakan akan menamatkan ciri mengeluarkan duit dari ShopeePay terus ke akaun bank pengguna – mulai 14 Oktober 2022 kelak. Sebagai alternatif, pengguna mungkin boleh melihat kepada ciri DuitNow Transfer untuk menguruskan pemindahan wang.