Kerajaan hari ini mengumumkan penerusan peruntukkan bantuan awal persekolahan – dimana ia ditingkatkan daripada RM100 kepada RM150. Menariknya juga, kali ini, ia akan diberikan kepada semua murid, tanpa mengira had pendapatan atau gaji ibu bapa.
Kerajaan hari ini mengumumkan penerusan peruntukkan bantuan awal persekolahan – dimana ia ditingkatkan daripada RM100 kepada RM150. Menariknya juga, kali ini, ia akan diberikan kepada semua murid, tanpa mengira had pendapatan atau gaji ibu bapa.
Kerajaan hari ini mengumumkan akan menawarkan diskaun untuk pembayaran balik PTPTN secara menyeluruh. Tempoh promosi diskaun ini akan ditawarkan antara 1 November 2022 ke 30 April 2023 kelak. Diskaun sebanyak 20% akan diberikan untuk penyelesaian penuh, disamping disakun sebanyak 15% untuk penyelesaian 50% baki hutang.
Bermula tahun hadapan, 2023 – kerajaan akan melaksanakan Tax Identification Number (TIN) kepada rakyat Malaysia dan pemaustatin tetap bermula usia 18 tahun dan ke atas. Pelaksanaan ini akan diberi secara automatik dan bertindak untuk memperluaskan asas cukai negara.
Salah satu fokus kerajaan untuk tahun hadapan ialah pembangunan teknologi hijau dan juga penggunaan tenaga hijau untuk mengurangkan isu pencemaran di negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan mengumumkan sewaktu Bajet 2023 bahawa duti import dan eksais akan dikecualikan untuk kenderaan jenis CBU import sehingga 31 Disember 2024.
Kerajaan hari ini mengumumkan akan meneruskan pas bulanan MY50 berharga RM50 untuk tahun 2023. Secara kasar, kos pengangkutan untuk mereka yang bekerja di Lembah Klang adalah sekitar RM200 sebulan. Dengan pas bulanan RM50 ini, kerajaan subsidi sebanyak RM150 untuk orang ramai.
Untuk meningkatkan pegangan ekuiti dalam kalangan Bumiputera negara, kerajaan pada sidang pembentangan Bajet 2023 memaklumkan jumlah had pegangan pada ASB dan ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000. Kenaikan had pegangan daripada RM200,000 ini bertujuan meningkatkan lagi kesejahteraan kewangan kumpulan Bumiputera.
Kerajaan kini mengumumkan inisiatif dalam meneruskan galakkan menggunakan dompet digital untuk gaya hidup nirtunai. Dibawah inisiatif ini, kerajaan akan berikan sebanyak RM100 untuk golongan M40, selain RM200 untuk belia berumur 18-20 tahun dan juga pelajar.
Malaysia sekali lagi memperuntukan nilai terbesar pada perbelanjaan belanjawan kali ini dengan jumlah peruntukan Bajet 2023 sebanyak RM372.3 bilion. Menteri Kewangan mengatakan jumlah ini bertepatan selaras dengan keperluan rakyat mengikut arus ketidak-seimbangan ekonomi global. Ia tidak sekadar mengutamakan kemudahan asas rakyat tetapi turut bermatlamat meningkatkan pemulihan negara.
Sistem kereta api Aerotrain KLIA sudah berusia 24 tahun. Hari ini pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkongsi rekaan Aerotrain baharu yang akan memulakan operasi menjelang 2025. Tren terdiri daripada tiga gerabak dengan kemampuan membawa sehingga 270 penumpang. Apabila beroperasi kelak ia mampu membawa 5400 penumpang setiap jam.
Mengikut kajian, ia didapati makan lewat di siang hari akan menggandakan kemungkinan menjadi lebih lapar. Hal ini kerana, ia mengakibatkan paras gula dalam badan menjadi rendah, dan turut boleh mengganggu emosi individu seperti berasa cepat marah, keliru dan keletihan. Untuk pengetahuan anda, apabila makan lewat, badan akan mula meningkatkan pengeluaran kortisol, yang menyebabkan anda berasa tertekan dan lapar.