Categories
Semasa Teknologi

Elon Musk Cadang Untuk Teruskan Pengambil-alihan Twitter

Elon Musk kini dilihat melakukan pusingan “u-turn” kembali, dan mencadangkan untuk membeli Twitter pada harga penawaran seperti tawaran asal sebelum ini – mencapai $44 bilion. Sebelum ini, Elon Musk membatalkan pembelian mengatakan Twitter mempunyai bot, membuatkan Twitter memfailkan saman ke atas Elon Musk. Perbicaraan sepatutnya berlaku pada 17 Oktober ini.

Categories
Semasa Teknologi

Robot Kini Ganti Manusia Di Restoran Untuk Menggoreng Kentang

Pelbagai industri kini sedang mengurangkan kos operasi dengan bergantung kepada robot. Terbaru, syarikat Miso Robotics memperkenalkan robot Flippy 2, yang boleh menggoreng makanan di restoran makanan segera, terutamanya seperti kentang goreng. Beberapa restoran di Amerika Syarikat telah mula menggunakannya sebagai ganti untuk pekerja manusia.

Categories
Kewangan Semasa

66% Pekerja Malaysia Akui Miliki Pendapatan Tambahan, Susulan Tekanan Kos Sara Hidup

Perkongsian tinjaun EmploymentHero terbaru, menunjukkan lebih 66% pekerja di Malaysia akui miliki pendapatan tambahan – dengan 36% pekerja lakukan pekerjaan sampingan atau laksana kerjasama perniagaan lain untuk jana pendapatan tambahan. 37% pekerja pula mengatakan terlibat dalam pelaburan saham atau arena kriptowang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Memperkenalkan Telefon Dengan Kamera 200MP

Xiaomi hari ini memperkenalkan telefon pintar dibawah siri Xiaomi 12T. Dua model diperkenalkan dibawah siri ini, iaitu Xiaomi 12T dan juga Xiaomi 12T Pro. Menariknya juga adalah Xiaomi menyertakan sensor kamera 200-megapixel bersama-sama penawaran telefon pintar ini, selain turut melengkapkan ia dengan pengecas 120W.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Perkhidmatan Prabayar ALTEL Akan Ditamatkan Berkuat-kuasa 31 Disember 2022

Pihak ALTEL kini mengumumkan perkhidmatan prabayar ALTEL akan ditamatkan sepenuhnya berkuat-kuasa 31 Disember 2022 kelak. ALTEL mengatakan penamatan perkhidmatan ini adalah disebabkan oleh penstrukturan kembali aktiviti perniagaan syarikat ALTEL. Selari dengannya, pengguna diminta mengubah nombor mereka ke talian baharu sekiranya ingin kekal menggunakannya.

Categories
Kewangan Semasa

Sekitar 46.2% Anak Muda Malaysia Terima Gaji Bawah RM2,500

Sekitar 46.2% pekerja Malaysia yang terdiri daripada anak muda sekadar memiliki jumlah gaji bulanan bawah RM2,500. Menyedari perkara ini, Perdana Menteri Ismail Sabri pada sidang Idea Bina Negara hari ini (4 Oktober) memaklumkan pentabiran persekutuan akan menggandakan pelbagai inisiatif sokongan untuk membantu anak muda menangani isu ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kereta Elektrik BYD Bakal Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

BYD merupakan salah satu pengeluar kenderaan elektrik dari China, dan kini mereka telah memeterai perjanjian bersama Sime Darby Motors untuk membolehkan Sime Darby Motors mengedar kenderaan buatan BYD di Malaysia. Dengan kerjasama ini, Sime Darby akan terlebih dahulu membawa masuk model kereta ATTO 3 dan juga e6 yang terbaru keluaran BYD.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Music Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Lagu Pada Katalog

Apple hari ini mengumumkan pencapaian terbaru melalui perkhidmatan penstriman muzik mereka, mencapai 100 juta lagu pada katalog mereka. Apple Music merupakan pesaing terdekat untuk Spotify, dimana di Malaysia ia ditawarkan pada harga langganan bulanan RM14.90 sebulan. Menurut Apple juga, setiap hari, lebih 20,000 penyanyi dan penulis lagu terbitkan lagu ke Apple Music.

Categories
Sukan

Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di Amerika Syarikat

Jaguh larian menara dunia Soh Wai Ching sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang dalam kategori elit lelaki selepas menjuarai Pertandingan Mendaki Anak Tangga Space Needle Amerika Syarikat pada Ahad. Wai Ching melakukan larian 49 tingkat dengan 832 anak tangga (ketinggian 158.5 meter) dalam tiga minit 50 saat, sekali gus memecahkan rekod terdahulu 4:16s yang dicatatkan oleh pelari menara Amerika, Tristan Roth pada 2019.

Categories
Gaming

PlayStation Studios Malaysia Hadir Dengan Aloy Versi Wayang Kulit

PlayStation Studios Malaysia telah bekerjasama dengan Fusion Wayang Kulit untuk menjadikan Aloy iaitu watak utama daripada permainan Horizon Forbidden West oleh Guerilla Games sebagai wayang kulit. Watak Aloy tiba pertama kali pada Horizon Zero Dawn yang dikeluarkan pada tahun 2017, dan menjadi antara watak penting di dalam dunia permainan PlayStation.