Categories
Semasa

Belanjawan 2023 Akan Dibentangkan Lebih Awal – Pada 7 Oktober

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) hari ini mengesahkan tindakan pembentangan Belanjawan 2023 akan dilakukan pada 7 Oktober ini. Tarikh itu lebih awal dari penetapan jadual sebelum ini, yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober 2022.

Categories
Semasa

Penguatkuasaan Akta Kerja Baharu, Termasuk 45 Jam Bekerja Seminggu, Kini Ditangguhkan Ke 1 Januari 2023

Pindaan Akta Kerja 1955 yang seharusnya dikuatkuasakan pada 1 September 2023, kini ditangguhkan kepada 1 Januari 2023. Ini terus menangguhkan penguatkuasaan tempoh bekerja 45 jam bagi seminggu, selain penambahan cuti bersalin dan sebagainya.

Categories
Teknologi

Twitter Kini Sertakan Sokongan Podcast

Twitter kini meneruskan pelaburan dalam arena audio. Selepas memperkenalkan Spaces sebelum ini, kini Twitter turut telah mula menyertakan kandungan podcast terus pada aplikasi mereka – membolehkan penguna mengikuti pelbagai perkongsian terkini sambil mendengar podcast.

Categories
Semasa

Malaysia Pertimbang Penggunaan Ganja Pada Perubatan – Akan Diketahui Sebelum Akhir 2022

Khairy Jamaluddin memaklumkan pendirian negara berhubung penggunaan ganja dalam perubatan, hanya akan diketahui sebelum akhir tahun 2022. Pihak KKM berpendapat penelitian terperinci akan dilakukan dan disuaikan mengikut konteks keperluan rakyat Malaysia. Dan langkah membenarkan penggunaan tersebut hanya akan diketahui dalam tempoh sekitar 4 bulan mendatang.

Categories
Teknologi

Xiaomi Berhenti Menawarkan Pengecas Bersama Pembelian Telefon Redmi

Xiaomi sebelum ini telah berhenti menyertakan pengecas pada telefon mercu mereka, dan kini turut berhenti menawarkan pengecas secara terbina pada kotak peranti telefon siri Redmi. Perubahan ini telah mula dilakukan di India sejak minggu ini.

Categories
Teknologi

Huawei Ingin Perkenal Mate50 Dua Hari Sebelum Pelancaran iPhone 14

Huawei kini menjadualkan pengenalan telefon mercu terbaru mereka, Huawei Mate50 pada 6 September ini – iaitu dua hari sebelum pelancaran telefon Apple iPhone 14. Selain spesifikasi mercu, Mate50 juga bakal menjadi telefon pertama menggunakan pengimejan XMAGE, menggantikan Leica.

Categories
Teknologi

iPhone Pertama Yang Masih Baru Dalam Kotak Berjaya Dilelong Pada Harga Lebih RM158,000

Barangan Apple sering mempunyai harga nostalgianya yang agak tinggi. Terbaru, iPhone pertama yang dilancarkan pada tahun 2007 lepas, telah terjual pada harga lebih RM158,000. iPhone ini tersimpan dalam kotak dengan plastik yang masih belum dikoyakkan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kini Semua Boleh Dapatkan Alamat Emel @duck.com

DuckDuckGo, penyedia enjin carian memfokuskan privasi, kini telah membuka pendaftaran alamat emel @duck.com kepada semua pengguna seluruh dunia. Melaluinya, pengguna boleh mendapatkan pelindung penjejak untuk emel peribadi apabila di-forward melalui emel @duck.com.

Categories
Sukan

Ranking FIFA: Harimau Malaya Jatuh Satu Anak Tangga – Kini Di Kedudukan Ke-148 Dunia

Skuad bola sepak kebangsaan yang berjulukan Harimau Malaya kini merekodkan kejatuhan satu anak tangga dalam kedudukan ranking dunia. Menerusi kemaskini terbaru oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada hari ini, Malaysia yang menghuni tangga ke-147 sebelum ini jatuh di kedudukan ke-148 dunia.

Categories
Semasa

Perak Jangka Akan Melombong Mineral Lantanid Seawal September Ini

Hasil kerja mengestrak bijih timah di kawasan Hulu Perak sebelum ini telah membawa kepada penemuan mineral baharu iaitu Lantanid, mineral yang sering digunakan pada produk elektronik. Kini, lanjutan daripadanya, Menteri Besar Perak berkongsi menyasarkan akan memulakan kerja melombong mineral Lantanid ini seawal September 2022 ini.