Categories
Teknologi

Sony Naikkan Harga Jualan PlayStation 5 Di Malaysia Sebanyak RM200

Sony hari ini umum peningkatan harga jualan untuk konsol PlayStation 5 di pasaran Malaysia. Kini PlayStation 5 Edisi Ultra HD Blu-ray dijual pada harga RM2499. Sementara PlayStation 5 Edisi Digital pula dijual pada harga RM2069. Sony meningkatkan sebanyak RM200 disebabkan inflasi dan juga kadar tukaran matawang.

Categories
Semasa

Parti Sintetik Ingin Kecerdasan Buatan Bertanding Dalam Pilihanraya Denmark

Adakah kita sudah bersedia untuk diperintah oleh kecerdasan buatan? Di Denmark, Computer Lars telah menubuhkan Parti Sintetik dengan ketua parti politik ini ialah sebuah kecerdasan buatan. Parti ini kini sedang mengumpul undian yang mencukupi bagi membenarkan ia bertanding dalam pilihanraya Denmark.

Categories
Teknologi

TM Pada Peringkat Rundingan Akhir Dengan DNB Untuk Pelancaran Unifi Mobile 5G

Telekom Malaysia hari ini mengesahkan mereka pada peringkat rundingan akhir dengan Digital Nasional Berhad (DNB), sebelum melancarkan rangkaian 5G kepada umum melalui Unifi Mobile. Tarikh pelancaran masih belum dikongsikan, tetapi mengikut sasaran awal kerajaan, ia dijangka diperkenalkan seawal September 2022 ini.

Categories
Gaya Hidup

Mat Kilau Akan Ditayangkan Melalui Netflix Bermula 16 September

Mat Kilau merupakan salah satu filem tempatan yang mencatatkan rekod tontonan dan kutipan tertinggi di Malaysia baru-baru ini. Selari dengannya, kini filem Mat Kilau turut akan memasuki platform penstriman popular, Netflix. Pihak Netflix Malaysia mengesahkan filem Mat Kilau akan ditayangkan bermula 16 September ini – selari Hari Malaysia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Akan Umum iPhone 14 Pada 8 September

Apple kini menjadualkan acara khas pada 8 September 2022, pada pukul 1 pagi waktu Malaysia. Apple dijangka memperkenalkan iPhone 14 pada acara berkenaan, disamping jam tangan pintar Apple Watch. iPhone generasi baharu dijangka hadir dalam empat variasi, iaitu iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max.

Categories
Sukan

Piala AFC: KL City Cipta Sejarah Muncul Juara Zon ASEAN

Gelaran juara zon ASEAN bagi saingan Piala AFC 2022 menjadi milik skuad berpangkalan ibu kota negara, Kuala Lumpur City FC (KL City). Kejuaraan julung kalinya dalam sejarah pasukan mereka ini hadir selepas berjaya menumpaskan wakil Indonesia, PSM Makassar dalam perlawanan akhir zon ASEAN.

Categories
Sains

NASA Akan Hempas Satelit Ke Asteroid Dalam Uji Sistem Pertahanan Bumi

Dengan pelbagai asteroid dan komet yang melalui ruang angkasa saban hari, kini NASA ingin melakukan ujian, menggunakan satelit sebagai sistem pertahanan Bumi. Melalui ujian misi pertama pada bulan September 2022, NASA akan hempaskan satelit dikawal jarak jauh ke atas sebuah asteroid – dan melihat impak serta bagaimana gerakan asteroid terkesan.

Categories
Gaming

Amazon Mudahkan Anda Main Game Dengan Menggunakan Kawalan Berasaskan Suara

Amazon sedia popular dengan penawaran pembantu maya berasaskan suara, iaitu Alexa. Kini, ia diperluaskan melalui Alexa Game Control, membolehkan para pengguna menggunakannya ketika bermain game, dan memberikan arahan suara dalam melakukan sejumlah aksi dalam permainan.

Categories
Kewangan

Hanya 12% Rakyat Malaysia Dapat Mengesan Kos Tersembunyi Ketika Membeli-Belah

Walaupun 49% rakyat Malaysia ditakrifkan gemar membeli-belah pada laman di luar negara – namun hanya 12% sahaja dapat mengesan kos tersembunyi bagi setiap pembayaran. Dan ternyata sekitar 37% responden yang membeli-belah di luar negara mengakui tidak mengetahui tentang yuran dan kadar pertukaran sehinggalah transaksi tersebut selesai.

Categories
Kewangan

Malaysia Sasar Tampil Antara 20 Ekosistem Startup Terbaik Dunia – Menjelang 2030

Seiring dengan matlamat Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup, Malaysia ketika ini optimis untuk meletakkan negara selaku 20 ekosistem startup terbaik dunia menjelang 2030. Potensi sasaran itu dapat dilihat pada tinjauan Global Startup 2021, yang telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-21 daripada 100 ekosistem startup dunia.