Categories
Gaya Hidup

TNG eWallet Kini Menyokong Pembayaran Parkir Jalanan Sepenuhnya Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Touch n Go eWallet kini mengumumkan mereka kini menyokong pembayaran parkir jalanan di semua kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor. Hampir 300,000 menggunakan dompet digital TNG eWallet dalam pembayaran parkir jalanan. Terdapat sekitar 19 majlis perbandaran yang disokong, termasuk sebahagian di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Dijangka Dilancarkan Minggu Ini – Pesaing Twitter Oleh Instagram

Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram kini dalam persediaan melancarkan aplikasi pesaing untuk Twitter, dan melalui penyenaraian di kedai aplikasi, ia dijangka dilancarkan pada minggu ini, seawal 6 Julai 2023. Dinamakan sebagai Threads, ia akan beroperasi dibawah pasukan Instagram dan menawarkan pengalaman penggunaan seumpama Twitter.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Tiada Lagi Panggilan “Private Number” Selepas 30 Jun 2023

Terdapat beberapa penyedia yang menawarkan khidmat sembunyikan nombor panggilan, dan apabila dibuat panggilan, ia sekadar memaparkan nama pemanggil sebagai “Private Number” tanpa memaparkan nama atau nombor pemanggil. Pihak SKMM menekankan yang mana perkhidmatan tersebut adalah tidak dibenarkan, dan perlu dihentikan berkuat-kuasa 30 Jun 2023.

Categories
Gaya Hidup

Telegram Bakal Memperkenalkan Ciri “Stories” Pada Bulan Julai 2023

Telegram Messenger kini nampaknya tidak tertinggal dalam menambah ciri seumpama perkhidmatan sosial lain, iaitu Stories. Dinamakan Telegram Stories, ia dijangka diperkenalkan kepada semua menjelang bulan Julai 2023 ini. Telegram akan menyertakan beberapa ciri menarik, termasuk penggunaan rakaman dwi-kamera, dan juga kawalan privasi lebih baik.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

TM Akan Guna Maxis Untuk Tambah-Baik Liputan Rangkaian 4G Dan 2G

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan telah menandatangani perjanjian bersama pihak Maxis, dimana melaluinya Maxis akan menawarkan perkhidmatan perayauan 2G dan 4G, serta perkhidmatan 4G MOCN (Multi Operator Core Network). Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengukuhkan lagi sambungan apabila menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile dibawah TM.

Categories
Gaya Hidup Semasa

TV Satelit Berbayar Indonesia Akan Perluaskan Perkhidmatan Ke Malaysia Pada Tahun Ini

Menyedari kadar persaingan yang sangat rendah dalam siaran TV berbayar, kini perkhidmatan televisyen berbayar dari Indonesia, MNC Vision menyatakan akan memasuki pasaran tempatan seawal tahun ini. Perkhidmatan siaran berbayar ini akan menggunakan teknologi IPTV dalam menawarkan perkhidmatan mereka untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diketahui lagi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Spotify Merancang Memperkenalkan Pelan Lebih Mahal Dengan Sokongan Audio HiFi

Spotify sedang merancang untuk memperkenalkan pelan langganan berharga lebih tinggi yang akan turut menyertakan sokongan audio HiFi berkualiti tinggi. Secara dalaman, pelan ini dikenali dengan nama “Supremium”, dan dijangka akan menjadi pelan paling mahal ditawarkan Spotify. Melaluinya juga, Spotify dijangka akan dapat menjana pendapatan tambahan berbanding pada hari ini.

Categories
Gaya Hidup

Beg Tangan Terkecil Di Dunia Diumumkan – Perlu Dilihat Menggunakan Mikroskop

Mschf, sebuah jenama Amerika kini telah memperlihatkan satu lagi produk baharu iaitu beg tangan paling kecil di dunia. Beg tangan mikroskopik ini diperbuat daripada resin fotopolimer yang berukuran 657 x 222 x 700 mikrometer. Beg kecil itu dimodelkan mengikut inspirasi dari beg tangan OnTheGo monogram Louis Vuitton.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

FlyFM Menjadi Stesen Radio Pertama Di Malaysia Menggunakan AI Sebagai Juruhebah Radio

FlyFM, iaitu sebuah stesen radio tempatan, hari ini menjadi yang pertama di Malaysia guna AI sebagai juruhebah radio. Melalui penggunaan yang dilakukan sejak 2 petang hari ini di stesen radio berkenaan, ia memperlihatkan penggunaan suara yang lancar, dan boleh merespon dengan pantas kepada pemanggil.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Kedai Buku Borders Malaysia Akan Tamatkan Operasi Pada 31 Ogos

Kedai buku Borders yang diuruskan oleh Berjaya Books Sdn Bhd, kini akan menamatkan operasi di Malaysia pada 31 Ogos 2023 kelak. Langkah ini hadir selepas pihak Borders Malaysia menamatkan operasi kedai atas-talian mereka pada penghujung Mei 2023 lepas. Selain Borders, beberapa kedai buku lain juga telah mengecilkan operasi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk salah satunya adalah MPH.