Categories
Kewangan

Bajet 2023 : Rakyat Malaysia Bermula Usia 18 Tahun, Akan Terima Nombor TIN Secara Automatik

Bermula tahun hadapan, 2023 – kerajaan akan melaksanakan Tax Identification Number (TIN) kepada rakyat Malaysia dan pemaustatin tetap bermula usia 18 tahun dan ke atas. Pelaksanaan ini akan diberi secara automatik dan bertindak untuk memperluaskan asas cukai negara.

Categories
Kewangan Semasa Teknologi

Kenderaan Elektrik Yang Diimport Akan Menerima Pengecualian Cukai Sehingga Penghujung 2024

Salah satu fokus kerajaan untuk tahun hadapan ialah pembangunan teknologi hijau dan juga penggunaan tenaga hijau untuk mengurangkan isu pencemaran di negara. Sehubungan dengan itu, kerajaan mengumumkan sewaktu Bajet 2023 bahawa duti import dan eksais akan dikecualikan untuk kenderaan jenis CBU import sehingga 31 Disember 2024.

Categories
Kewangan Semasa

Bajet 2023 : Pas Bulanan MY50 Diteruskan Untuk Pengangkutan Awam Di Lembah Klang

Kerajaan hari ini mengumumkan akan meneruskan pas bulanan MY50 berharga RM50 untuk tahun 2023. Secara kasar, kos pengangkutan untuk mereka yang bekerja di Lembah Klang adalah sekitar RM200 sebulan. Dengan pas bulanan RM50 ini, kerajaan subsidi sebanyak RM150 untuk orang ramai.

Categories
Kewangan Semasa

Bajet 2023 : Had Pegangan Bumiputera Dalam ASB, ASB2 Dinaikkan Kepada RM300,000

Untuk meningkatkan pegangan ekuiti dalam kalangan Bumiputera negara, kerajaan pada sidang pembentangan Bajet 2023 memaklumkan jumlah had pegangan pada ASB dan ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000. Kenaikan had pegangan daripada RM200,000 ini bertujuan meningkatkan lagi kesejahteraan kewangan kumpulan Bumiputera.

Categories
Kewangan

Kerajaan Beri Kredit Dompet Digital RM100 Untuk M40, RM200 Untuk Belia 18-20 Tahun Dan Pelajar

Kerajaan kini mengumumkan inisiatif dalam meneruskan galakkan menggunakan dompet digital untuk gaya hidup nirtunai. Dibawah inisiatif ini, kerajaan akan berikan sebanyak RM100 untuk golongan M40, selain RM200 untuk belia berumur 18-20 tahun dan juga pelajar.

Categories
Kewangan

Bajet 2023 : Malaysia Sedia Peruntukan Paling Terbesar Dalam Sejarah – Berjumlah RM372.3 Bilion

Malaysia sekali lagi memperuntukan nilai terbesar pada perbelanjaan belanjawan kali ini dengan jumlah peruntukan Bajet 2023 sebanyak RM372.3 bilion. Menteri Kewangan mengatakan jumlah ini bertepatan selaras dengan keperluan rakyat mengikut arus ketidak-seimbangan ekonomi global. Ia tidak sekadar mengutamakan kemudahan asas rakyat tetapi turut bermatlamat meningkatkan pemulihan negara.

Categories
Kewangan Semasa

Malaysia Optimis Berupaya Hasilkan 45% Pekerja Berkemahiran Tinggi Kelak

Data tahun 2021 menunjukkan, pasaran pekerja berkemahiran tinggi Malaysia mencatatkan sekitar 29.6% menyamai jumlah 4.5 juta pekerja. Dalam usaha untuk terus meningkatkannya, kini Perdana Menteri Ismail Sabri melancarkan Pelan Induk Taman Mranti dan Penjenamaan Semula Mimos Berhad – memaklumkan peningkatan infrastruktur akan diperluaskan bagi menghasilkan 45% pekerja berkemahiran tinggi.

Categories
Kewangan Semasa

Gaji Penengah Di Malaysia Pada 2021 Adalah RM2250

Mengikut data DOSM terbaru yang diterbitkan, ia memperlihatkan gaji penengah di Malaysia adalah sebanyak RM2250 pada tahun 2021. WP Putrajaya mencatatkan gaji penengah tertinggi dengan kadar RM3837, sementara Kelantan terendah dengan RM1632.

Categories
Kewangan Teknologi

ShopeePay Menamatkan Ciri Pindah Keluar Duit Ke Akaun Bank

Shopee kini mengeluarkan peringatan kepada orang ramai, mengatakan akan menamatkan ciri mengeluarkan duit dari ShopeePay terus ke akaun bank pengguna – mulai 14 Oktober 2022 kelak. Sebagai alternatif, pengguna mungkin boleh melihat kepada ciri DuitNow Transfer untuk menguruskan pemindahan wang.

Categories
Kewangan Semasa

66% Pekerja Malaysia Akui Miliki Pendapatan Tambahan, Susulan Tekanan Kos Sara Hidup

Perkongsian tinjaun EmploymentHero terbaru, menunjukkan lebih 66% pekerja di Malaysia akui miliki pendapatan tambahan – dengan 36% pekerja lakukan pekerjaan sampingan atau laksana kerjasama perniagaan lain untuk jana pendapatan tambahan. 37% pekerja pula mengatakan terlibat dalam pelaburan saham atau arena kriptowang.