Categories
Kewangan Semasa

Pengguna Kelak Boleh Guna Kad Kredit Dan Debit Untuk Bayaran Pengangkutan Awam

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kini menyatakan kelak para pengguna boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk tujuan pembayaran bagi pengangkutan awam mereka. Beliau telah mengarahkan agensi sepertI KTM dan juga Prasarana dalam menggunakan sistem pembayaran terbuka bagi perkhidmatan mereka. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna menggunakan kad debit perbankan untuk bayaran menaiki bas dan juga keretapi.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

LHDN Mengingatkan Pempengaruh Media Sosial Tidak Culas Membayar Cukai Pendapatan

Lembaga Hasil Dalam Negeri kini mengingatkan para pempengaruh media sosial, atau “influencer” untuk tidak culas membayar cukai pendapatan. Selari dengan program pengakuan sukarela yang akan diadakan bermula 1 Jun 2023 kelak, yang memberikan pengampunan ke atas penalti 100% terhadap cukai langsung dan tidak langsung yang tidak dibayar – para pempengaruh media sosial juga diminta tampil dan mengambil peluang ini.

Categories
Kewangan

Kejatuhan Bank Silicon Valley (SVB) Membuatkan Startup Teknologi Kini Berisiko Terkesan

Salah satu perkara yang mengejutkan ramai berlaku di Silicon Valley yang menjadi pusat pembangunan pelbagai syarikat teknologi, apabila Bank Silicon Valley (SVB) mengalami kejatuhan, menjadikan ia antara kegagalan terbesar di Amerika Syarikat yang melibatkan bank. Disebabkan oleh proses yang terlibat, ia dijangka akan memberikan impak kepada syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatan perbankan tersebut.

Categories
Kewangan Semasa

eTunai Belia Rahmah- Kredit RM200 Kepada Belia Berumur 18 Ke 20 Tahun

Perdana Menteri yang turut merangkap Menteri Kewangan, kini telah mengumumkan Belanjawan 2023, sekaligus turut memperlihatkan sejumlah inisiatif yang akan dilaksanakan untuk tempoh tahun ini. Salah satunya adalah pemberian kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 kepada 2 juta orang belia, berusia antara 18 tahun ke 20 tahun.

Categories
Kewangan

Malaysia Berpotensi Jadi Negara Berpendapatan Tinggi, Seawal 2026

Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi kini berkongsi mengatakan, sekiranya Malaysia berjaya mengekalkan pertumbuhan sekitar 4% ke 5% setiap tahun, maka Malaysia boleh mencapai status negara berpendapatan tinggi seawal 2026 kelak. Berkongsi lanjut berkenaan dengannya, Rafizi mengatakan ia bergantung kepada dua perkara. Yang pertama adalah pertumbuhan ekonomi yang baik dan melebihi 4% setiap tahun bermula tahun 2023 ini, dan keduanya adalah berdasarkan kadar tukaran matawang.

Categories
Kewangan

Farm Fresh Membeli 53% Pegangan Pada Syarikat Ais Krim, Inside Scoop

Farm Fresh, syarikat pengeluar tenusu negara kini melebarkan skala mereka kepada segmen aiskrim apabila bertindak laksana pembelian saham bersama vendor The Inside Scoop Sdn Bhd (TISSB) dengan cadangan pengambil-alihan 462,739 saham biasa. Langkah peralihan itu sekaligus mewakili 53.0% daripada saham terbitan diperbesarkan pada TISSB, dengan pertimbangan nilai sekitar RM68.4 juta.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Semasa

Kerajaan Akan Bincangkan Usul Supaya Syarikat Swasta Bayar Elaun Pelajar Praktikal

Menyedari tekanan kos semasa turut memberi kesan kepada para pelajar, terdapat pertimbangan bahawa usul mewajibkan elaun ke atas pelajar praktikal pada sektor swasta akan di bawa ke kabinet kelak untuk semakan. Mengikut makluman Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada laporan di sidang Parlimen hari ini, usul itu perlu diketengahkan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk diteliti sebarang kemungkinan serta kesan sebelum dilaksanakan dalam industri.

Categories
Kewangan

Hampir 36,000 Lelaki Di Malaysia Diisytihar Muflis

Isu hutang dalam negara bukanlah suatu perkara asing lagi, namun permasalahan ini harus diatasi untuk membantu negara mengurangkan jumlah status muflis dari semasa ke semasa. Tahukah pembaca mengikut jantina, lelaki kini mendominasi jumlah muflis dengan 35,856 individu diklasifikasi bankrap sejak 2018 sehingga 2022.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

Bank Negara Malaysia : 30% Rakyat Malaysia Akui Hutang Membebankan Aliran Tunai

Ternyata sekitar 30% rakyat negara akui, tanggungjawab hutang ketika ini dilihat membebankan aliran tunai mereka dalam jangka masa panjang. Dapatan Bank Negara Malaysia (BNM) berlandaskan Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 itu, turut menjelaskan perolehan hutang sebahagiannya telah disumbang hasil gaya hidup yang tidak sihat di awal permulaan kerjaya.

Categories
Kewangan Semasa

Cukai Pendapatan T20 Mungkin Dinaikkan

Pada pembentangan Belanjawan 2023 akhir bulan ini, terdapat beberapa perubahan dijangka berlaku pada initipati bajet tersebut – antaranya kemungkinan kenaikan cukai pendapatan dalam kalangan golongan berpendapatan tinggi. Pengamatan Ambank Economic Research pada nota penyelidikannya menunjukkan potensi itu boleh berlaku, susulan kerajaan tiada hasrat mengembalikan cukai GST atau cukai baharu dalam usaha mempelbagaikan hasil negara.