Categories
Kewangan

Seramai 16 Orang Di Malaysia Diisytiharkan Muflis Setiap Hari

Tahun 2022 sahaja, sejumlah 5,695 kes kebankrapan telah didaftarkan di negara dari tempoh Januari sehingga Disember 2022. Daripada jumlah itu, didapati terdapat beberapa negeri menyumbang kepada angka kes muflis yang tinggi – iaitu Selangor (1,044 kes), Wilayah Persekutuan (823), Kedah (591) dan Johor Bahru (559). Secara purata, ia membawa kepada angka sekitar 16 kes muflis didaftarkan setiap hari.

Categories
Kewangan Semasa

64% Belia Di Malaysia Kini Berdepan Hutang Pinjaman

Ketidaktentuan struktur ekonomi ketika ini, secara langsung telah menjejaskan aliran tunai masyarakat negara. Ini tidak terkecuali akan kumpulan belia, apabila didapati sekitar 73% daripada kini berdepan bebanan hutang pinjaman. Mengikut Pusat Penyelidikan UCSI berasaskan hasil tinjauannya bersama 1,077 responden belia negara, angka itu jelas disumbang oleh tuntutan pinjaman kenderaan dan pendidikan.

Categories
Kewangan

Hello Gold Akan Menutup Operasi Di Malaysia Pada 2 Februari 2023

Hello Gold kini memaklumkan mereka akan menutup operasi di Malaysia pada 2 Februari 2023 kelak. Bagi yang tidak mengenali akan Hello Gold, ia menawarkan kemudahan untuk para pengguna membeli dan menjual emas – terus melalui aplikasi. Para pengguna diminta mengeluarkan dana daripada akaun Hello Gold sebelum tarikh tersebut.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

Rakyat Malaysia Perlu Miliki Sekurang-kurangnya RM600,000 – Jika Ingin Bersara

Sekiranya rakyat memiliki perancangan untuk bersara dalam tempoh beberapa tahun terdekat, anda dinasihatkan untuk memiliki sekurang-kurangnya simpanan pencen berjumlah RM600,000. Menurut KWSP, ambang tersebut dilihat bersesuaian dengan penduduk bekerja yang berada di Lembah Klang, untuk menampung perbelanjaan mereka di hari tua. Sementara di luar Lembah Klang pula, diperkira paras simpanan RM500,000 adalah ideal dengan kos sara hidup di kawasan sedemikian.

Categories
Kewangan

Hanya 35% Rakyat Percaya, Status Ekonomi Mereka Akan Memulih – Dalam Tempoh 5 Tahun

Walaupun kadar inflasi utama Malaysia semakin mereda di paras 3.8%, namun situasi ini tidak dapat menafikan kegusaran rakyat negara akan ketidaktentuan ekonomi semasa. Khususnya melibatkan kemampuan ekonomi secara individu dan keluarga berlandaskan kelas pendapatan B40 dan M40. Susulan kerunsingan itu, didapati hanya sekitar 35% rakyat percaya bahawa ekonomi diri dan isi rumah mereka akan menjadi lebih baik dalam tempoh 5 tahun mendatang.

Categories
Kewangan

Touch n Go Memperkenalkan Kad Prabayar VISA Secara Rasminya Untuk Semua – Dipautkan Dengan Baki TNG eWallet

Touch n Go hari ini secara rasminya memperkenalkan kad prabayar mereka yang dipautkan dengan baki TNG eWallet – hasil kerjasama dengan pihak VISA. Melalui kad prabayar ini, ia membolehkan anda menggunakan baki TNG eWallet pada kedai-kedai fizikal melalui penggunaan pembayaran pada terminal. Ini sekaligus menambah capaian dimana anda boleh menggunakan baki pada TNG eWallet.

Categories
Kewangan Semasa

Selangor Rancang Jadi Bandar Metropolitan, Seawal 2029

Selangor dalam beberapa tahun mendatang, rancang untuk memiliki sebuah bandar metropolitan hasil gabungan empat bandar rayanya – yang terdiri daripada Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan kelak Klang. Jangkaan menjadikan Klang sebagai bandar raya dalam tempoh 2 tahun ini, akan membawa kepada perluasan kesinambungan bandar di dalam Selangor. Ini secara langsung meningkatkan lagi ciri metropolis pada segmen ekonomi negeri.

Categories
Kewangan Uncategorized

Cukai Jualan Barangan Import Bernilai Rendah Atas-Talian Akan Diperkenalkan 1 April Ini

Pihak kerajaan sedia mengumumkan bahawa untuk pembelian barangan import secara atas-talian, pembeli akan dikenakan cukai walaupun nilai barangan tersebut adalah dibawah tahap harga RM500. Terkini, kerajaan mengesahkan nilai cukai ditetapkan pada 10% daripada harga jualan barang tersebut sekiranya ia diimport dari luar negara, dan akan diimplementasi bermula 1 April 2023.

Categories
Kewangan

Perkhidmatan Perbankan RHB Now Akan Ditamatkan Pada 31 Mac 2023 – Beralih Ke RHB Online Banking

RHB kini memaklumkan para pengguna mereka, mengatakan RHB Now versi klasik akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Mac 2023 kelak. Ini sekaligus memerlukan para pengguna dan pelanggan RHB beralih ke platform perbankan atas-talian yang baharu untuk pelbagai urusan dan transaksi.

Categories
Kewangan

Belanjawan 2023 Akan Dibentangkan Pada 24 Februari

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini dijangka untuk membentangkan Belanjawan 2023 pada persidangan di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 kelak. Selepas tarikh tersebut, ia akan diperdebatkan selama 21 hari, sebelum melalui kelulusan. Sebelum ini, Belanjawan 2023 telah dibetangkan oleh kerajaan terdahulu, tetapi ia kini perlu kembali kerana kerajaan dibubarkan selepas Belanjawan dibentangkan.