Categories
Kewangan

CIMBClicks Kini Perlu Lalui Pengesahan Panggilan Suara Untuk Log Masuk Kali Pertama Pada Peranti Baharu

CIMB kini menambah sebuah keperluan baharu dalam terus menambah-baik sekuriti perkhidmatan perbankan mereka, iaitu keperluan melakukan pengesahan panggilan suara apabila log masuk ke aplikasi CIMB Clicks atau CIMB OCTO buat pertama kali pada peranti baharu. Pengesahan panggilan akan dilakukan dalam memastikan log masuk tersebut dilakukan oleh pemilik akaun CIMB tersebut dan bukannya pihak lain.

Categories
Kewangan Semasa

Belanjawan 2023 Akan Dibentang Akhir Februari 2023

PM Anwar Ibrahim kini berkongsi mengatakan pembetangan Belanjawan 2023 akan dilaksanakan bermula sekitar penghujung Februari 2023 kelak. Belanjawan baharu ini akan dibentangkan oleh Kerajaan Perpaduan, selepas Belanjawan sebelum ini dibentang dan dibubarkan Parlimen sebelum melalui fasa kelulusan.

Categories
Kewangan Semasa

Touch n Go eWallet Soundbox Diperkenal – Memberikan Notifikasi Audio Setiap Kali Terima Bayaran

Touch n Go eWallet kini memperkenalkan sebuah peranti audio pintar baharu, dinamakan sebagai Soundbox. Ia ditujukan kepada para penjual yang menggunakan kod QR Touch n Go, dimana ia akan memainkan notifikasi audio dan mengeluarkan bunyi setiap kali anda terima bayaran melalui akaun TNG anda.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Teknologi

Menteri Sedang Bincang Bersama SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi Untuk Kurangkan Harga Perkhidmatan

Menteri Komunikasi dan Digital kini menyatakan sedang berbincang dengan SKMM dan syarikat telekomunikasi untuk kurangkan kos harga perkhidmatan. Menurut Menteri Fahmi Fadzil, ramai anak muda yang berharap agar harga langganan talian dapat dikurangkan, dan kini kajian sedang dilakukan berkenaan apa yang boleh dilakukan dalam minggu-minggu akan datang.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

Elon Musk Kini Bukan Lagi Manusia Paling Kaya Di Dunia

Elon Musk kini dilihat menjadi manusia kedua terkaya di dunia, sekaligus kehilangan takhta manusia paling kaya di dunia yang dipegang sejak 2021 lepas. Penurunan ini adalah disebabkan oleh kejatuhan harga saham Tesla. Kini menduduki tangga teratas sebagai manusia terkaya dunia buat masa ini adalah CEO LVMH, Bernard Arnault yang terkenal dengan jenama seperti Louis Vuitton.

Categories
Kewangan Semasa

Nigeria Rendahkan Had Pengeluaran Wang Di ATM Bagi Menggalakkan Penggunaan Nirtunai

Nigeria merendahkan had pengeluaran harian di ATM daripada 150,000 Naira (~RM1482) ke 20,000 Naira (~RM198) pada akaun peribadi. Had pengeluaran mingguan pula ditetapkan ke 100,000 Naira (~RM988) untuk individu dan 500,000 Naira (~RM4941) untuk akaun perniagaan. Dengan had ini bukan sahaja Nigeria ingin meningkatkan penggunaan nirtunai, tetapi juga penggunaan mata wang digital eNaira. Had pengeluaran ATM ini akan berkuatkuasa pada 9 Januari 2023.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Semasa

59% Rakyat Malaysia Didapati Tidak Guna BNPL, Kurang Gemar Akan Ansuran

Meskipun khidmat Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) di negara semakin melonjak, mengikut tinjauan, ia dilihat sekitar 59% rakyat Malaysia masih tidak gemar menggunakan produk dan perkhidmatan tersebut. Tinjauan dapati orang ramai melihat tiada kepentingan konkrit yang memperuntukkan mereka untuk menggunakan BNPL, dan turut bimbang akan caj kelewatan bayar.

Categories
Kewangan Semasa

Belanjawan 2023 Akan Dibentang Dan Dibahas Pada Awal Tahun 2023

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang pagi ini, memaklumkan pentadbiran Malaysia akan mula membentang Bajet 2023 pada awal tahun 2023. Langkah itu akan dilaksanakan dan dibahaskan pada sesi Parlimen tahun hadapan setelah dirasmikan Yang di-Pertuan Agong.

Categories
Kewangan Semasa

Wang Simpanan 63% Rakyat Malaysia Didapati Tidak Mampu Bertahan Lebih Dari 3 Bulan

Di bawah kajian literasi kewangan Malaysia RinggitPlus 2022 (RMFLS2022) terbaru, ia didapati 7 daripada 10 rakyat Malaysia mampu menyimpan kurang daripada RM500 sebulan. Data ini sekaligus menjadikan ia antara dapatan yang terburuk didapati sepanjang kajian dalam 5 tahun. 63% juga akui tidak mampu bertahan bersama wang simpanan untuk tidak lebih dari 3 bulan.

Categories
Kewangan

Mulai 5 Disember, Semua Transaksi CIMBClicks Lebih RM100 Perlukan Pengesahan SecureTAC

Bermula 5 Disember 2022, semua transaksi melalui CIMB Clicks melebih RM100 akan memerlukan pengesahan menggunakan SecureTAC. Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi akan menerima SMS TAC untuk pengesahan transaksi melebihi RM100, dan perlu melakukan pengesahan menggunakan SecureTAC yang dilihat lebih selamat berbanding SMS.