Categories
Kewangan Semasa

74% Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Rancang Kekal Bekerja Di Sana

Melalui tinjuan terbaru, ia dilihat sekitar 74% rakyat Malaysia yang sedang bekerja di Singapura pada tahun ini, merancang untuk terus bekerja di Singapura, sementara hanya sekitar 26% responden sahaja tidak ingin meneruskan pekerjaan di Singapura. Berkemungkinan besar, faktor gaji membawa kepada sebab mengapa pekerja ingin terus bekerja di negara jiran tersebut.

Categories
Kewangan Semasa

Nationwide Express Menamatkan Operasi Selepas 37 Tahun

Nationwide Express merupakan salah satu perkhidmatan kurier dan logistik yang telah beroperasi sekian lama, iaitu sejak 1985 yang lepas. Ia telah diasaskan oleh Tan Sri Basir Ismail. Namun, disebabkan oleh pelbagai cabaran, kini Nationwide Express menyatakan mereka akan menamatkan operasi perniagaan pada 15 Disember 2022 kelak.

Categories
Kewangan

Touch n Go eWallet Akan Perkenal Kad Prabayar Visa Pada Bulan Disember 2022

Touch n Go eWallet hari ini memaklumkan mereka akan memperkenalkan kad prabayar Visa yang dipautkan kepada baki akaun dompet digital mereka, pada bulan Disember 2022 kelak. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna menggunakan baki akaun mereka di mana-mana kedai yang menerima kad Visa di seluruh dunia.

Categories
Kewangan Teknologi

Google Wallet Kini Diperkenalkan Di Malaysia – Menyokong CIMB, Hong Leong Bank, HSBC Dan Public Bank

Bermula hari ini, Google Wallet telah boleh digunakan secara rasmi di pasaran tempatan. Melaluinya, ia memudahkan urusan melakukan pembayaran dengan pautkan kad bank, dan pada masa yang sama membolehkan anda menguruskan pelbagai pas digital seperti tiket penerbangan AirAsia dan MAS.

Categories
Kewangan Semasa

Elon Musk Pertimbang Jadikan Twitter Berbayar Sepenuhnya

Pelbagai idea ingin digunakan oleh Elon Musk untuk menjana keuntungan Twitter selepas membelinya. Antaranya ialah menaikkan bayaran langganan Twitter Blue ke $8 dengan pengesahan identiti akan dilakukan lengkap dengan calitan biru. Terbaru, Elon Musk juga dilihat membincangkan idea menjadikan Twitter berbayar sepenuhnya – sekaligus meningkatkan pendapatan melalui langganan aplikasi tersebut.

Categories
Kewangan Semasa

Kini, Anda Boleh Guna Touch ’n Go eWallet Untuk Pembayaran Di China

Touch ’n Go eWallet kini memperluaskan penggunaan dompet digital tersebut ke negara China, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan melakukan pembayaran terus menggunakan dompet digital TNG di China. Langkah ini dijayakan TNG eWallet melalui integrasi dan kerjasama Alipay+.

Categories
Kewangan Semasa Teknologi

Pendapatan Pengiklanan Twitter Jatuh Mendadak Selepas Dibeli Elon Musk

Elon Musk kini berkongsi mengatakan pendapatan pengiklanan pada Twitter kini mengalami kejatuhan mendadak. Elon Musk mengatakan ini disebabkan oleh tekanan sejumlah aktivis terhadap pelbagai jenama, meminta mereka menghentikan perbelanjaan pengiklanan di platform media sosial yang kini dimiliki Twitter.

Categories
Kewangan Semasa

37% Pekerja Malaysia Sedia Dipotong Gaji, Untuk Bekerja Secara Jarak Jauh

37% pekerja Malaysia didapati bersedia terima pemotongan gaji untuk mereka bekerja secara jarak jauh tanpa perlu hadir ke pejabat. Fakta ini sekaligus menjelaskan keperluan bekerja di luar pejabat dilihat semakin dituntut oleh segelintir kumpulan pekerja.

Categories
Kewangan Semasa

Binance Ingin Membeli Bank – Menyatukan Arena Kriptowang Dengan Kewangan Tradisional

Pengasas Binance kini menyatakan hasrat untuk membeli bank, sebagai sebahagian dari usaha untuk menyatukan arena kriptowang dan juga kewangan tradisional. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bank manakah yang menjadi sasaran. Binance dilihat terbuka untuk melakukan pelaburan atau pengambil-alihan sesuatu bank.

Categories
Kewangan

Bank Negara Malaysia Tingkatkan Lagi Kadar OPR – Kini 2.75%

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini (3 November) mengumumkan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada paras 2.50% kepada 2.75% – dengan peningkatan 25 bps (mata asas). Buat pengetahuan umum, ini kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Mei 2022 lalu.