Categories
Kewangan Semasa

RHB Bersama Boost Sasar Pelancaran Bank Digital Pada 2023

RHB kini menyasarkan pengenalan bank digitalnya bersama Boost Holdings menjangkakan akan dilaksana pada separuh kedua tahun 2023 kelak. Pembangunan untuk bank digital ini telah pun sedia dimulakan, dan ia memperlihatkan pelaburan sekitar RM1 bilion bagi kedua pihak.

Categories
Kewangan Semasa

BNM Sasar Penggunaan Nirtunai Kalangan Isi Rumah Naik 15% Setiap Tahun

Memahami lonjakan kaedah nirtunai melalui pendekatan e-pembayaran semakin meluas, Bank Negara Malaysia (BNM) kini melancarkan kempen e-Duit buat pemerkasaan sektor ekonomi negara. Dengan langkah ini, BNM mempercepatkan penerapan nirtunai dalam kalangan perniagaan dan isi rumah sebanyak 15% setiap tahun dan meningkatkan transaksi pembayaran atas-talian per kapita daripada 221 kepada 400 transaksi menjelang tahun 2026 kelak.

Categories
Kewangan Semasa

Gaji Pekerja Malaysia Dijangka Naik Lebih 2%, Mulai Tahun 2023

Malaysia disasarkan bakal menaikkan gaji pekerja pada kitaran 2.2% bagi tahun hadapan, 2023. Jangkaan ini sekaligus meletakkan negara antara 10 negara di dunia yang akan menaikkan gaji pekerja mereka. Tinjauan di bawah ECA International berkaitan laporan Trend Gaji ini jelas menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-6, yang akan menaikkan gaji pekerja.

Categories
Kewangan Semasa

UOB Ambil Alih Perbankan Runcit Citi Di Malaysia, Mulai 1 November Ini

United Overseas Bank Malaysia (UOB) pada pertengahan September lalu telah berjaya meraih kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil-alih perniagaan perbankan runcit Citibank di Malaysia. Lanjutan daripadanya, kini Citibank mengumumkan akan melakukan peralihan dan pemindahan kepada UOB mulai 1 November ini.

Categories
Kewangan

AEON Dijangka Uji Bank Digital Menjelang Oktober 2023

AEON menjangkakan dalam 12 bulan mendatang, pihaknya berupaya melaksanakan ujian rintis ke atas bank digitalnya iaitu ACS Digital menjelang Oktober 2023. Untuk makluman, pada akhir April lalu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – AEON menjadi antara 5 syarikat diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjadi penerima lesen bank digital negara.

Categories
Kewangan Semasa

Elon Musk Jangka Ekonomi Dunia Bakal Meleset Sehingga 2024

Elon Musk kini menzahirkan peringatannya kepada semua pihak akan kelembapan ekonomi yang bakal melanda dunia tidak lama lagi – yang mana dijangka akan berlarutan sehingga tahun 2024. Mengikut pengamatan pengasas Tesla ini, jangkaan tersebut didorong kelembapan ekonomi yang semakin ketara di China dan Eropah berhubung pemintaan kenderaan elektrik yang semakin terjejas.

Categories
Kewangan Semasa

Bank Negara Dijangka Naik Sekali Lagi Sebanyak OPR 25 Pada November

BNM dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September, menurut MIDF Research. Firma penyelidikan itu berkata permintaan domestik terus mengukuh apabila kadar inflasi teras kembali mencecah paras tertinggi baharu pada 4 peratus tahun ke tahun pada September 2022 manakala harga teras masih meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan.

Categories
Kewangan Semasa

Inflasi Malaysia Kini Menurun Kepada 4.5%

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia ketika ini telah memaparkan penurunan inflasi kepada 4.5% bagi September 2022. Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melihat penurunan tersebut telah didorong hasil inflasi Makanan meningkat lebih perlahan pada kadar 6.8 peratus berbanding Ogos 2022 (7.2%).

Categories
Kewangan Semasa

Jumlah Pekerja Asing Di Malaysia Kini Cecah 2.1 Juta Individu

Jumlah pekerja asing di negara kini kembali mencapai 2.1 juta individu, sepertimana yang dicatatkan pada data dua tahun lalu. Angka ini sedikit meningkat berbanding data tahun 2021 yang mencatatkan jumlah 1.9 juta pekerja asing. Angka tersebut dijangka terus meningkat, ekoran sektor ekonomi negara masih memerlukan tambahan 15% lagi pekerja asing untuk menampung keperluan negara.

Categories
Kewangan Semasa

30% Rakyat Malaysia Yang Bekerja, Akui Tidak Miliki Perlindungan Insurans

Ketika ini 1 daripada 3 rakyat Malaysia (30%) pada kumpulan usia utama antara 25 tahun hingga 40 tahun mengakui tidak miliki sebarang perlindungan seperti sokongan insurans, termasuklah insurans peribadi. Mengikut bancian pihak Zurich, 21% merasakan insurans yang disediakan majikan telah memadai, dan 14% merasakan tiada keperluan mendapatkan insurans.