Categories
Sains

Pepper X Kini Memegang Rekod Sebagai Cili Paling Pedas Di Dunia

Baru-baru ini, satu lagi jenis cili baharu telah diiktiraf sebagai cili paling pedas di dunia – iaitu Pepper X dengan skor Scoville mencecah 2.69 juta SHU atau dikenali sebagai scoville heat unit. Pepper X memperlihatkan saiz cili yang kecil dengan keadaan kulit yang berkedut.

Categories
Sains

PERHILITAN Guna Permanian Beradas Bagi Mengelakkan Harimau Malaya Pupus

Pada ketika ini dianggarkan hanya terdapat 150 ekor Harimau Malaya liar masih hidup di dalam habitatnya. Aktiviti manusia khusus dalam sektor perladangan antara penyumbang utama Harimau Malaya kini diancam kepupusan. Bagi mengelakkan ini berlaku, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kini memulakan program permanian beradas di NWRC yang terletak di Sungkai.

Categories
Sains

Kajian Mendapati 56% Lautan Dunia Telah Berubah Warna Kerana Perubahan Iklim

Jika ditanya kepada anak kecil apakah warna laut, jawapan yang diberikan biasanya ialah biru. Tetapi kajian terkini daripada Massachusetts Institute of Technology mendapati warna lautan dunia sudah berubah sejak 20 tahun kebelakangan ini dari dahulunya kebiruan ke kehijauan. Perubahan ini lebih ketara di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.

Categories
Sains

Straw Kertas Baik Untuk Penyu Tetapi Berbahaya Untuk Tubuh Manusia

Straw berasaskan plastik sedia dikatakan tidak begitu mesra alam. Sebagai ganti untuknya, straw diperbuat daripada kertas, tumbuh-tumbuhan dan logam digunakan dengan alasan ia lebih baik untuk alam sekitar. Tetapi penyelidik dari University of Antwerp di Belgium kini mendapati alternatif kepada straw plastik adalah berbahaya pula kepada tubuh manusia.

Categories
Sains

Ginjal Khinzir Beroperasi Normal Sebulan Selepas Dipindahkan Ke Tubuh Manusia

Pemindahan organ rentas spesis (xenotransplan) ialah antara penyelesaian kepada isu kekurangan organ. Khinzir menjadi haiwan pilihan kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan organ manusia serta boleh diternak pantas sebelum organ “dituai” untuk kegunaan manusia. Terkini penyelidik dari NYU Langone Health mengumumkan kejayaan ginjal khinzir bertahan selama 32 hari selepas dipindahkan ke dalam tubuh manusia.

Categories
Sains

Earendel – Bintang Paling Jauh Pernah Dilihat Setakat Ini

Minggu ini James Webb memecahkan sebuah lagi rekod kali ini bintang yang paling jauh pernah dilihat dalam sejarah peradaban manusia. Bintang Earendel terletak sekitar 28 bilion tahun cahaya dari bumi dan dianggarkan telah wujud 1 bilion selepas letupan Bing Bang. Menerusi gambar infra merah yang diambil James Webb, saintis mengatakan Earendel adalah satu juta kali lebih terang serta dua kali lebih panas berbanding matahari.

Categories
Sains

Singapura Hasilkan Daging Sotong Cetakan 3D Berasaskan Sayuran

Teknologi menghasilkan daging lembu, ikan, ayam dan khinzir berasaskan sayur-sayuran telah mata sejak empat tahun yang lalu. Firma Malaysia Phuture Food adalah antara yang terawal cuba memberikan cabaran kepada syarikat Impossible Meat. Kini penyelidik dari National University of Singapore (NUS) berjaya menghasilkan pula daging sotong yang diperbuat daripada sayuran menggunakan cetakan 3D.

Categories
Sains

Jepun Ingin Cuba Pancar Tenaga Solar Dari Angkasa Ke Bumi Menjelang 2025

Jepun kini menyasarkan untuk memancarkan tenaga solar dari angkasa ke Bumi seawal 2025, sebagai sebuah usaha perluaskan penggunaan tenaga lestari. Untuk menjayakan perkara ini, beberapa satelit kecil akan dilancarkan ke orbit, dimana ia seterusnya akan mengumpulkan tenaga solar, dan seterusnya memancarkan tenaga berkenaan ke stesen yang terletak di Bumi.

Categories
Sains

Kongres Diberitahu Amerika Syarikat Menyimpan UFO Dan Mayat Makhluk Asing

Kongres Amerika Syarikat kini diberitahu bahawa kewujudan Fenomena Udara Tidak Diketahui (UAP) sudah dirahsiakan oleh kerajaan menerusi beberapa agensi sejak 1930an lagi. Mej (B) David Grusch yang dahulunya bertugas untuk Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) memberikan kenyataan bersumpah kepada jawatankuasa kecil kongres, mendakwa bahawa A.S turut menyimpan bangkai UAP yang terhempas bersama dengan mayat makhluk asing di dalamnya.

Categories
Sains

Saintis Bangunkan Bateri Pertama Yang Dikatakan Tidak Toksik

Saintis dari Flinders University Australia dan Zhejiang Sci-Tech University di China telah berjaya menghasilkan bateri pertama yang dikatakan tidak toksik. Bateri aluminium-ion yang dibangunkan menggunakan bahan 2,2,6,6-tetramethylpiperidyl-1-oxy, atau nama panggilannya TEMPO untuk menjadikannya lebih sukar untuk terbakar. Elektrolitnya pula berasaskan air dan bukannya bahan kimia toksik yang digunakan sekarang.