Categories
Sains

Aspartame Yang Merupakan Pemanis Buatan Paling Popular Dunia Diisytihar Sebagai Penyebab Kanser

IARC yang merupakan badan penyelidikan WHO akan mengisytiharkan Aspartame sebagai bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser pada manusia. Pengumuman rasmi akan dilakukan bulan depan. Aspartame ditemukan dalam produk popular seperti Coca Cola, coklat Mars dan juga dijual sebagai pengganti gula menggunakan jenama seperti Equal serta NutraSweet.

Categories
Sains

Bumi Semakin Senget Kerana Aktiviti Air Dipam Keluar Daripada Tanah

Manusia sudah menggali perigi seawal 8500 tahun sebelum Masihi bagi mendapatkan sumber air. Ia masih lagi digunakan sebagai sumber pengairan di Amerika Syarikat misalnya untuk pertanian. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Geophysical Research Letters, bumi kini semakin senget dan paras air laut semakin meningkat disebabkan aktiviti manusia mengepam keluar air daripada bawah tanah.

Categories
Sains

NASA Berjaya Kitar Semula 98% Air Kencing Dan Peluh Angkasawan Di ISS

Baru-baru ini, NASA memaklumkan telah berjaya mengitar semula air kencing dan peluh angkasawan kepada air yang boleh diminum. Kejayaan ini membolehkan misi angkasa di masa hadapan lebih dipermudahkan. Mana tahu suatu hari nanti sistem ini boleh diintegrasikan dalam sut angkasa untuk angkasawan merantau ke planet-planet atau bulan tanpa risau akan bekalan.

Categories
Sains

Zuhal Kini Ialah Planet Dengan Jumlah Bulan Terbanyak Dalam Sistem Suria

Bumi mempunyai satu bulan sahaja tetapi planet lain dalam sistem suria biasanya mempunyai lebih daripada itu. Selama ini status planet dengan jumlah bulan terbanyak dipegang oleh Musytari dengan 95 bulan. Tetapi ahli astronomi kini mengesahkan status berpindah tangan ke Zuhal. Kesatuan Astronomi Antarabangsa mengumumkan Zuhal kini mempunyai 145 bulan semuanya selepas 62 bulan baharu ditemukan baru-baru ini.

Categories
Sains Semasa

Saintis Perancis Menemui Cara Terbaik Memanggil Kucing

Terkini saintis daripada Paris Nanterre University menerbitkan kajian mengenai cara terbaik memanggil kucing. Hasilnya pemilik disarankan menggunakan panggilan suara dan gestur fizikal secara serentak. Penyelidik mendapati kebarangkalian kucing akan menyahut panggilan lebih tinggi apabila suara dan gestur digunakan serentak. Kajian turut mengatakan kucing tahu apabila nama mereka dipanggil oleh tuannya dan mengenali suara tuan mereka berbanding orang lain.

Categories
Sains

Kajian Di China Mendapati Pengambilan Makanan Bergoreng Dikaitkan Dengan Risiko Kemurungan

Menurut pasukan penyelidik di Hangzhou, China, mereka mendapati bahawa pengambilan makanan bergoreng yang kerap, terutamanya kentang goreng, dikaitkan dengan risiko kebimbangan 12% selain turut menunjukkan risiko kemurungan hampir 7% lebih tinggi berbanding orang yang tidak makan makanan bergoreng. Dan bukan itu sahaja, ia cenderung berlaku dalam kalangan lelaki muda serta individu dalam lingkungan umur bawah 30 tahun.

Categories
Sains

Percubaan Mendarat Di Permukaan Bulan Oleh Syarikat Swasta Menemui Kegagalan

Misi Hakuto-R Mission 1 ke bulan telah dilancarkan oleh iSpace Inc, sebuah syarikat swasta dari Jepun yang ingin menjadi syarikat swasta pertama berjaya meletakkan sebuah kenderaan pendaratan (lander) ke permukaan bulan. Namun begitu misi ini menemui kegagalan pagi tadi apabila kenderaan pendaratan bulan Hakuto-R hilang perhubungan dengan pusat kawalan semasa dalam proses pendaratan. Pendaratan di kawasan Mare Frigoris bulan terputus ketika ia berada sekitar 30 kaki sahaja lagi dari permukaan bulan.

Categories
Sains

China Ingin Menguji Teknologi Percetakkan 3D Untuk Bina Stesen Di Bulan

China kini sedang melihat kepada kaedah pembinaan habitat serta penempatan di Bulan, melalui penggunaan teknologi percetakkan 3D, menggunakan bahan-bahan serta mineral yang terdapat di satelit semulajadi Bumi tersebut. Buat masa ini, ia masih pada peringkat penyelidikkan awal. Untuk menjayakan perkara berkenaan, China akan menghantar beberapa misi ke bulan – termasuk untuk mengkaji persekitaran serta komposisi mineral di bulan.

Categories
Sains

SpaceX Starship Meletup Semasa Ujian Pelancaran Ke Orbit

Pelancaran pertama Starship untuk mengorbit bumi telah berjaya dilakukan dari Boca Chica, Texas menggunakan sebuah roket Super Heavy. Namun begitu selepas melepasi tahap pertama, roket mengalami isu dan berkecai sebelum Starship sempat berpisah dan menyalakan enam enjin tahap keduanya. Walaupun gagal memenuhi sasaran misi, SpaceX mengatakan data ujian hari ini adalah berguna untuk melakukan pelancaran yang seterusnya.

Categories
Sains

Gerhana Matahari Hibrid Akan Berlaku 20 April 2023 Ini – Berlaku Hampir Hanya Sekali Setiap Dekad

MOSTI kini berkongsi berkenaan Gerhana Matahari Hibird yang akan berlaku pada 20 April 2023 kelak. enomena ini dikenali sebagai hibrid kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan, iaitu umbra, penumbra dan antumbra. Fenomena gerhana ini sangat-sangat jarang berlaku, dan dianggarkan hanya berlaku sekali setiap dekad. Untuk abad i ke-21 ini, gerhana matahari hibrid ini akan berlaku 7 kali sahaja, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067.