Categories
Gaya Hidup Sains

Kajian : E-rokok Berperisa Pudina Boleh Rosakkan Paru-Paru Lebih Teruk

Kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok berperisa pudina boleh menyebabkan fungsi paru-paru menjadi lebih lemah berbanding perisa tanpa mentol, lapor United Press International (UPI). “Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.

Categories
Sains Teknologi

PETRONAS Membangunkan Lapisan Proshield+ Yang Tahan Karat Dan Hakisan Sehingga 16 Tahun

Proshield+ dibangunkan sendiri oleh PETRONAS sebagai alternatif kepada cat epoksi yang digunakan industri sekarang. Tahap ketahanan air dan tahan ketahanan hakisan Proshield+ juga tiga kali ganda lebih baik berbanding cat epoksi. Ia hanya perlu digunakan sebagai bahan campuran cat dan boleh bertahan sehingga 16 tahun bersamaan dua kali ganda hayat cat semasa.

Categories
Sains

T-Rex Sebenarnya Mempunyai Bibir Seperti Cicak Bukannya Buaya

Tyrannosaurus rex ialah raja dinosaur dengan ia sering dilabel sebagai haiwan pemangsa paling apeks. Populariti filem Jurassic Park menyebabkan ramai percaya T-Rex mampu berlari pantas, mengaung seperti singa dan mempunyai mulut dengan taring terkeluar seperti buaya. Tetapi saintis dari University of Portsmouth menerbitkan kajian yang mengatakan mulut T-Rex sebenarnya mirip cicik dan bukannya buaya.

Categories
Sains

Bulan Dijangka Dilengkapi Rangkaian 4G Seawal Tahun 2023 Ini

Sementara masih terdapat kawasan di Bumi yang belum menerima diliputi sepenuhnya dengan rangkaian 4G, namun, perkara tersebut tidak menghentikan perancangan untuk membawa sokongan rangkaian 4G ke Bulan. Pada tahun ini, Nokia dijangka melengkapkan Bulan dengan sokongan rangkaian 4G, sekaligus akan memudahkan komunikasi melibatkan pelbagai misi di angkasa terutamanya di Bulan kelak.

Categories
Sains

Lockheed Akan Menawarkan Perkhidmatan Satelit Komunikasi Dan GPS Untuk Bulan

Misi Artemis telah dimulakan dengan ujian pelancaran Artemis I penghujung tahun 2022 sebagai persediaan untuk menghantar angkasawan kembali ke bulan pada tahun 2025. Untuk menyokong misi jangka panjang di bulan, sebuah markas dengan sistem komunikasi ke Bumi yang baik diperlukan. Lockheed Martin kini mengumumkan pembentukan anak syarikat baharu Crescent Space Services yang akan menawarkan perkhidmatan komunikasi di permukaan bulan.

Categories
Sains

Mamenchisaurus Ialah Haiwan Dengan Leher Terpanjang Dalam Sejarah

Sejak dari dahulu lagi rekod haiwan terbesar dipegang oleh keluarga sauropod seperti Brachiosaurus. Kini saintis telah mengesahkan haiwan dengan leher terpanjang dalam sejarah adalah milik Mamenchisaurus sinocanadorum yang merupakan spesis sauropod. Leher dinasaur ini dikatakan boleh mencecah 15.1 meter panjangnya, iaitu sekitar 6 kali ganda berbanding zirafah moden hari ini.

Categories
Sains

Roll Royce Akan Membina Reaktor Nuklear Permukaan Bulan Untuk Agensi Angkasa UK

Agensi Angkasa UK kini menganugerahkan kontrak kepada Roll-Royce untuk membina reaktor nuklear yang akan digunakan pada permukaan bulan. Kontrak bernilai £2.9 juta diberikan untuk membina reaktor prototaip dengan rekaan modular. Tenaga nuklear menjadi pilihan kerana waktu malam di bulan berlarutan sehingga 14 hari, sistem kuasa panel solar juga tidak praktikal untuk membekalkan kuasa elektrik yang berterusan.

Categories
Sains

Saintis Berjaya Menghasilkan Konkrit Untuk Angkasa Yang Diperbuat Daripada Kentang

Eksplorasi di angkasa kini semakin berkembang sehingga yang bukan angkasawan pun sudah boleh pergi ke angkasa. Banyak syarikat turut cuba menyasarkan pelancongan ke angkasa. Terkini saintis dari University of Manchester telah berjaya menghasilkan konkrit untuk membina bangunan di angkasa. Konkrit ini diberi nama sebagai StarCrete dan apa yang menarik adalah bahan binaan yang menggunakan kentang dan garam.

Categories
Gaya Hidup Sains

Makanan Ultra-Proses Boleh Menyumbang Kepada Risiko Kanser Ovari

Penyelidik meneliti maklumat tentang tabiat pemakanan 197,426 individu dan hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat penurunan kognitif keatas individu yang mengambil makanan ultra-proses. Corak pemakanan dibandingkan dengan rekod perubatan yang memperlihatkan kesan negatif kepada sistem tubuh dan boleh membawa kepada kematian akibat kanser. Menurut penyelidik, peningkatan 10% dalam pengambilan makanan ultra-proses dikaitkan dengan peningkatan 2% pendedahan kepada kanser, dan peningkatan risiko 19% untuk didiagnosis dengan kanser ovari.

Categories
Sains

NASA Temui Sebuah Asteroid Dengan Kebarangkalian Sangat Kecil Menghentam Bumi Menjelang 2024

NASA kini mengumumkan telah menemui sebuah asteroid baharu yang mempunyai kebarangkalian sangat kecil untuk menghentam Bumi pada 2046 kelak. Asteroid ini dikatakan bersaiz sebesar sebuah kolam renang Olimpik, dan dikenali dengan nama 2023 DW. Jarak paling dekat asteroid tersebut dijangka lalu adalah sekitar 1.8 juta kilometer.