Categories
Sains

Kamera Dengan Kelajuan 1 Pertrilion Saat Dibangunkan Untuk Merakam Pergerakan Atom

Saintis daripada Columbia Engineering dan Université de Bourgogne telah membangunkan kamera baharu dengan kelajuan pengatup 1 pertriiion saat (1 Picosaat). Kamera neutron ini cukup pantas untuk menangkap gambar pergerakan atom dengan jelas. Sistem kamera yang wujud sebelum ini boleh mengambil gambar atom cuma hasilnya kabur kerana tidak cukup pantas. Selepas digunakan, saintis kini mengetahui struktur sebenar kristal GeTe.

Categories
Sains

Saintis Ingin Menetapkan Zon Waktu Tersendiri Untuk Bulan

Dengan perlumbaan ke Bulan, ia akan menyukarkan perancangan pelbagai misi sekiranya zon waktu berbeza digunakan semua untuk rujukan. Disebabkan itu, kini Agensi Angkasa Eropah, NASA dan sejumlah agensi sedang berbincang dalam ingin menetapkan zon waktu tersendiri di Bulan. Dalam usaha menetapkan zon waktu ini, ia mempunyai cabarannya tersendiri, termasuk siapakah yang akan menguruskannya – sama ada satu entiti atau sebaliknya, bagaimana proses penetapan dan sebagainya.

Categories
Gaya Hidup Sains

Kajian Mendapati Jam Tangan Pintar Boleh Mengganggu Fungsi Peranti Perentak Jantung

Sistem bioimpedans (bioimpedance) yang digunakan jam tangan pintar dan penjejak kesihatan untuk menyukat pelbagai data tubuh kini didapati boleh mengganggu peranti elektronik implan jantung (CIED). Mengikut kajian terbaru yang dikongsikan, antara yang terkesan ialah peranti perentak jantung (pacemaker), defibrilator kardioverter yang boleh diimplan (IDC) dan peranti terapi penyelarasan semula jantung (CRT).

Categories
Sains Sukan

Wilson Hadir Dengan Bola Keranjang Nirudara Yang Tidak Akan Kempis

Wilson Sporting Goods adalah pengeluar bola rasmi untuk NBA. Terkini, mereka telah hadir dengan prototaip bola keranjang yang tidak akan kempis. Bola ini adalah 3D Airless Prototype Basketball. Bola ini seperti namanya tidak memerlukan sebarang udara dan direka untuk tidak akan kempis selama-lamanya. Bola ini juga dikatakan mempunyai spesifikasi yang melepasi piawaian bola keranjang dari segi berat, saiz dan tahap lantunan.

Categories
Sains Teknologi

Pesawat Tempur F16 Berjaya Diterbangkan Oleh Kecerdasan Buatan Selama 17 Jam

Fiksyen dalam filem Stealth telah menjadi realiti selepas sebuah pesawat tempur F-16 telah berjaya diterbangkan oleh kecerdasan buatan (AI) selama 17 jam. DARPA mengumumkan kejayaan program VISTA (Variable In-flight Simulation Test Aircraft) dengan pesawat dibangunkan oleh Lockheed Martin Skunk Works. Ini adalah kali pertama sebuah AI menerbangkan sebuah pesawat tempur dalam sejarah.

Categories
Sains

Peningkatan Dopamin Ketika Mandi Membuatkan Individu Lebih Kreatif

Di otak, dopamin bersama-sama dengan bahan kimia lain seperti serotonin, oksitosin dan endorfin memainkan peranan penting dalam mempengaruhi peningkatan kreativiti otak, ingatan dan fokus. Oleh sebab itu, sewaktu mandi, bersenam atau beriadah, kebiasaannya otak akan merembeskan hormon dopamin yang boleh menggalakkan mood yang positif dan santai.

Categories
Sains

Lapisan Batuan Cair Baharu Ditemukan Di Bawah Plat Tektonik Bumi

Saintis dari The University of Texas in Austin mengumumkan penemuan lapisan batuan cair baharu di bawah plat tektonik bumi. Lapisan batuan cari ini meliputi sekitar 40% permukaan bumi dengan ia terletak sekitar 160 kilometer di bawah permukaan bumi. Ia merupakan sebahagian daripada lapisan asthenosfera yang terletak di dalam mantel yang membantu pergerakan plat tektonik bumi.

Categories
Sains

Saintis Ingin Kembalikan Semula Burung Dodo Daripada Kepupusan

Dalam Bahasa Inggeris ada pepatah “pupus seperti burung Dodo”. Burung yang tidak boleh terbang ini pupus sekitar tahun 1662 kerana diburu dengan agresif oleh pelayar yang tiba di kepulauan Mauritius. Kini saintis dari Colossal Bioscences ingin mengembalikan Dodo dari kepupusan menggunakan teknik suntingan DNA. Dodo akan menjadi spesis burung pertama cuba “dinyahpupus”

Categories
Gaya Hidup Sains

Kajian Dapati Terdedah Ke Udara Tidak Bersih Untuk Tempoh Lama Tingkatkan Risiko Kemurungan

Menerusi jurnal yang dikeluarkan oleh JAMA Psychiatary, individu yang terdedah kepada udara kotor atau persekitaran dengan kualiti udara yang teruk untuk tempoh yang lama cenderung untuk mengalami kebimbangan dan depresi. Hal ini kerana, berada di kawasan udara yang bersih adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan mental yang baik.

Categories
Gaya Hidup Sains

Saintis Membuktikan Susu Yang Dijual Dalam Botol Kaca Lebih Sedap Rasanya

Saintis dari North Carolina State University melalukan kajian dan mendapati karton kadbod yang digunakan sebagai bekas susu mengubah rasanya berbanding yang disimpan dalam botol kaca. Kajian dilakukan untuk melihat sekiranya wujud perbezaan rasa antara susu dalam karton kadbod, beg plastik, botol plastik, dan botol kaca. Kajian mendapati susu di dalam botol kaca lebih mengekalkan rasa berbanding penggunaan kadbod.