Categories
Gaya Hidup Semasa

Kedai Gunting Rambut Tidak Lagi Boleh Menggaji Pekerja Asing

Walaupun Malaysia membenarkan kemasukan pekerja asing pada segmen ekonomi negara – langkah tersebut bagaimanapun tidak terpakai untuk beberapa segmen ekonomi tempatan. Ini merangkumi industri tekstil, emas dan kedai gunting rambut. Perkara ini secara langsung dijangka mengakibatkan berlakunya peningkatan isu kekurangan pekerja dan ada diantara premis sektor ini terpaksa ditutup ekoran produktiviti semakin menurun.

Categories
Semasa

MRT Putrajaya Fasa 2 Kini Beroperasi Dengan Tambang Percuma Sehingga 31 Mac

Laluan MRT Putrajaya Fasa 2 kini telah memulakan operasi jam hari ini, membuka laluan terus dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral. Sempena pelancarannya hari ini, perkhidmatan MRT Putrajaya Fasa 2 boleh digunakan oleh ramai secara percuma sehingga 31 Mac ini. Penggunaan tren MRT Putrajaya Fasa 1 masih akan dikenakan bayaran seperti biasa.

Categories
Semasa

MySejahtera Kelak Akan Membolehkan Anda Membuat Janji Temu Pemeriksaan Kesihatan Gigi

MySejahtera sedia digunakan ramai untuk melakukan janji temu ke klinik kerajaan. Kini, memperluaskan lagi penggunaannya, MySejahtera mengacah sebuah fungsi baharu yang bakal hadir ke aplikasi berkenaan, iaitu kebolehan membuat janji temu untuk pemeriksaan kesihatan pergigian.

Categories
Semasa

Pos Malaysia Sasar Penggunaan Motosikal Elektrik Sepenuhnya Untuk Penghantaran, Menjelang 2030

Pos Malaysia kini menyasarkan untuk menggunakan sekitar 28% kenderaan sedia ada kepada kenderaan elektrik menjelang 2025 kelak. Disamping itu, Pos Malaysia menyasarkan ia mencapai kadar 100% menjelang 2030 kelak. Dengan langkah ini, operasi Pos Malaysia akan lebih mesra alam berbanding pada masa kini. Disamping itu, Pos Malaysia juga dijangka memperkenalkan bungkusan dari bahan kitar semula untuk tujuan pengeposan.

Categories
Gaya Hidup Semasa

47% Rakyat Malaysia Didapati Tidak Mampu Beli Rumah RM350,000 Dan Ke Atas

Tinjauan di bawah Kajian Sentimen Pengguna H1 2023 PropertyGuru Malaysia memperincikan sekitar separuh penduduk negara tidak berupaya membeli kediaman tanpa insentif kerajaan. Didapati 3 daripada 4 responden ingin kerajaan menggandakan usaha insentif pada pemilikan rumah. Melalui bancian yang dijalankan juga, hanya sekitar 22% sahaja yang mempunyai simpanan mencukupi untuk melakukan pembelian sekarang.

Categories
Semasa

MAVCOM Pertimbang Kenakan Denda Terhadap Syarikat Penerbangan Yang Gagal Tepati Jadual Penerbangan

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk kenakan denda atau penalti kewangan terhadap syarikat penerbangan yang gagal memastikan untuk mematuhi jadual penerbangan yang telah ditetapkan. Kementerian dalam perkongsian untuk soalan di Parlimen, menyatakan cadangan ini boleh dilaksanakan dengan perubahan atau tambahan kepada syarat lesen atau permit sedia ada.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Laluan MRT2 Putrajaya Fasa 2 – Bakal Beroperasi Mulai 16 Mac Ini

Setelah melaksanakan operasi laluan MRT2 Putrajaya Fasa 1 pada 16 Jun 2022, MRT Corporation kini mengesahkan mulai 16 Mac ini pada jam 3 petang, operasi laluan MRT2 Putrajaya Fasa 2 pula dibuka, buat kemudahan orang awam. Bagi fasa pertama sekitar 12 stesen telah beroperasi. Fasa kedua akan menyambung laluan Kampung Batu ke Putrajaya Sentral.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pengguna Malaysia Dijangka Hasilkan 75,000 Tan Sisa Makanan – Pada Ramadan Ini

Sekiranya Ramadan tahun lalu, Malaysia mencatatkan kutipan sisa domestik meningkat kepada 40,000 tan metrik sisa, pada Ramadan 2023 bakal menjelang tiba, ia dijangka memperlihatkan rekod yang lebih tinggi jika tiada sebarang usaha untuk mengurangkan pembaziran dalam kalangan pengguna. Anggaran untuk tahun 2023 adalah sekitar 75,000 tan metrik sisa makanan yang mungkin dibazirkan.

Categories
Semasa Teknologi

Tesla Akan Membuka Pusat Servis Dan Rangkaian Supercharger Di Malaysia

Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan ia akan membuka pejabat operasi, pusat servis kenderaan dan juga rangkaian Supercharger mereka. MITI telahpun meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan elektrik berbateri (BEV) mereka. Selain pusat servis dan pengecasan, kedai jualan rasmi Tesla juga akan dibuka.

Categories
Kewangan Semasa

eTunai Belia Rahmah- Kredit RM200 Kepada Belia Berumur 18 Ke 20 Tahun

Perdana Menteri yang turut merangkap Menteri Kewangan, kini telah mengumumkan Belanjawan 2023, sekaligus turut memperlihatkan sejumlah inisiatif yang akan dilaksanakan untuk tempoh tahun ini. Salah satunya adalah pemberian kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 kepada 2 juta orang belia, berusia antara 18 tahun ke 20 tahun.