Categories
Gaya Hidup Semasa

Kerajaan Pertimbang Untuk Membolehkan Pembaharuan Lesen Memandu Sehingga 10 Tahun

Kerajaan kini berkongsi mengatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk menawarkan kemudahan untuk para pemilik lesen memandu memperbaharui lesen mereka sehingga tempoh 10 tahun. Buat masa ini, ia hanya dibenarkan pembaharuan sehingga 5 tahun sahaja, dan dengan pengenalan baru ini kelak akan membolehkan pengguna memperbaharui lesen untuk tempoh yang lebih lama lagi.

Categories
Semasa

7% Pekerja Rakan Penghantar Didapati Penjawat Awam – Akui Sertai Untuk Tingkatkan Pendapatan

Pasaran penghantaran di Malaysia dilihat semakin meluas dan berupaya membantu rakyat negara menyokong pendapatan sampingan mereka, ini termasuklah dalam kalangan penjawat awam negara – apabila didapati sekitar 7% daripada rakan penghantar (p-hailing) adalah penjawat awam. Daripada jumlah menyeluruh, didapati 70.35% responden mengakui menjadikan kerjaya ini sebagai pendapatan utama, sementara 29.65% pula adalah sambilan.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pelaksanaan Aliran Laluan Tol Tanpa Palang Mungkin Diimplementasi Lebih Awal Dari Sasaran 2025

Malaysia sebelum ini menyasarkan untuk pengenalan aliran tol tanpa palang seeawal 2026 kelak. Menariknya, kini Menteri Kerja Raya menyasarkan perkara tersebut mungkin dilaksanakan lebih awal lagi. Dengan pengenalan sistem tol aliran bebas tanpa palang tol ini, ia dijangka akan dapat mengurangkan kesesakkan pada plaza tol, selain memudahkan lagi pergerakkan kenderaan ketika keluar dan masuk ke lebuhraya.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Semasa

Kerajaan Akan Bincangkan Usul Supaya Syarikat Swasta Bayar Elaun Pelajar Praktikal

Menyedari tekanan kos semasa turut memberi kesan kepada para pelajar, terdapat pertimbangan bahawa usul mewajibkan elaun ke atas pelajar praktikal pada sektor swasta akan di bawa ke kabinet kelak untuk semakan. Mengikut makluman Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada laporan di sidang Parlimen hari ini, usul itu perlu diketengahkan bersama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk diteliti sebarang kemungkinan serta kesan sebelum dilaksanakan dalam industri.

Categories
Kewangan Semasa

Cukai Pendapatan T20 Mungkin Dinaikkan

Pada pembentangan Belanjawan 2023 akhir bulan ini, terdapat beberapa perubahan dijangka berlaku pada initipati bajet tersebut – antaranya kemungkinan kenaikan cukai pendapatan dalam kalangan golongan berpendapatan tinggi. Pengamatan Ambank Economic Research pada nota penyelidikannya menunjukkan potensi itu boleh berlaku, susulan kerajaan tiada hasrat mengembalikan cukai GST atau cukai baharu dalam usaha mempelbagaikan hasil negara.

Categories
Semasa

Presiden Jokowi : Isu Industri Media Dalam Keadaan Tidak Berapa Baik

Jokowi berkata dunia kini dibanjiri dengan berita dari media sosial dan media digital lainnya, termasuk platform-platform asing yang tidak memiliki redaksi atau dikendalikan AI (artificial intelligence). “Algoritma raksasa digital cenderung mementingkan kepentingan sisi (aspek) komersial saja dan hanya akan mendorong konten-konten (kandungan) recehan (tidak penting) yang sensasional (sensasi),” katanya.

Categories
Semasa

Kerajaan Sedang Bangunkan Aplikasi Direktori Untuk Premis Makanan “Menu Rahmah”

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini berkongsi mengatakan sedang membangunkan sebuah aplikasi khusus yang menyenaraikan premis makanan dengan penawaran Menu Rahmah di seluruh negara. Menu Rahmah merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam mengalakkan pengusaha restoran menawarkan menu makanan pada harga RM5 – sekaligus membantu mengurangkan kos sara hidup bagi golongan B40.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Malaysia Kini Mempunyai 33 Juta Orang Penduduk

Malaysia kini mempunyai seramai 33 juta orang penduduk. Mengikut perincian, jumlah penduduk ini merangkumi warganegara seramai 30.4 juta orang sementara bukan-warganegara pula seramai 2.6 juta orang. Mengikut jantina pula, populasi lelaki terus mendominasi dengan 17.4 juta penduduk, diikuti perempuan seramai 15.6 juta. Secara nisbahnya 114 lelaki bagi setiap 100 perempuan telah dicatatkan negara setakat ini.

Categories
Semasa

KLIA, klia2 Akan Dijenamakan Semula

Seiring dengan usaha meningkatkan kualiti sektor penerbangan negara, Kementerian Pengangkutan (MOT) kini memaklumkan Jemaah Menteri telah mencapai persetujuan akan cadangan penjenamaan semula KLIA, klia2 kepada KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.

Categories
Semasa

Titiwangsa Bakal Jadi Hab Utama Pengangkutan Awam

Dalam usaha memperkasakan sistem pengangkutan di ibu negara Malaysia, pentadbiran kini bercadang menjadikan terminal Titiwangsa selaku hab pengangkutan awam di bandaraya – yang berpotensi menghubungkan 5 mod pengangkutan awam iaitu bas, monorel KL, LRT laluan Ampang, LRT laluan Sri Petaling dan MRT2 serta MRT3.