Categories
Semasa

Google Doodle Meraikan Hari Lahir Tokoh Terkemuka Dunia Animasi Malaysia, Kamn Ismail

Google hari ini meraikan Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail, yang merupakan seorang tokoh terkemuka dalam dunia animasi Malaysia. Beliau juga disebut sebagai perintis dalam penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital dalam animasi sekitar tahun 90-an. Bersempena ulang-tahun ke-67 beliau, doodle khas kini menghiasi halaman utama Google Malaysia.

Categories
Semasa Teknologi

Facebook Kini Mempunyai 2 Bilion Pengguna Aktif Setiap Hari

Perkhidmatan Facebook sering digambarkan dengan pengguna berusia, dan perkhidmatan yang kian kurang digunakan. Namun, secara statistiknya, kini ia memperlihatkan keadaan berbeza. Mengikut data terbaru yang dikeluarkan oleh Meta, kini perkhidmatan media sosial Facebook mempunyai seramai 2 bilion pengguna aktif setiap hari. Dirantau Asia Pasifik sahaja, Facebook mempunyai sekitar 854 juta pengguna aktif setiap hari.

Categories
Semasa

TikTok Shop Di Malaysia Akan Perkenal Caj Komisen Kepada Penjual Sebanyak 2% Bermula 1 Mac

TikTok hari ini mula memaklumkan kepada semua penjual di Malaysia, dimana mereka akan melaksanakan caj tambahan sebanyak 2% terhadap semua jualan berjaya pada platform mereka. Menurut TikTok, caj ini akan dikenakan bermula 1 Mac 2023 kelak. Caj tambahan 2% ini adalah di atas cas 2.12% yang sedia diperkenalkan sejak Oktober 2022 lepas.

Categories
Semasa

Wilayah Persekutuan Bakal Jadi Bandar Pintar Menjelang 2030

Malaysia kini meletakkan matlamat jadikan Wilayah Persekutuan (WP) selaku bandar pintar negara menjelang 2030 ini. Langkah setakat ini telah memperlihatkan usaha penerapan bas elektrik (EV) secara berperingkat di Kuala Lumpur, diikuti pembangunan konsep bandar rendah karbon di Wangsa Maju sebagai pelan perintis dan pemasangan internet di kawasan projek perumahan rakyat termasuklah di Labuan serta menggandakan peletakan CCTV di KL dan Putrajaya.

Categories
Kewangan Semasa

64% Belia Di Malaysia Kini Berdepan Hutang Pinjaman

Ketidaktentuan struktur ekonomi ketika ini, secara langsung telah menjejaskan aliran tunai masyarakat negara. Ini tidak terkecuali akan kumpulan belia, apabila didapati sekitar 73% daripada kini berdepan bebanan hutang pinjaman. Mengikut Pusat Penyelidikan UCSI berasaskan hasil tinjauannya bersama 1,077 responden belia negara, angka itu jelas disumbang oleh tuntutan pinjaman kenderaan dan pendidikan.

Categories
Semasa Teknologi

Amerika Syarikat Dilaporkan Menghalang Huawei Daripada Membeli Cip Qualcomm Dan Intel

Huawei sedia mengalami sekatan ekonomi yang serius sehingga menyebabkan mereka tidak dapat menawarkan peranti 5G, menjual kelengkapan selular dan mengakses faundri yang menawarkan teknologi milik Amerika Syarikat. Situasi mereka kini mungkin akan jadi lebih getir, dimana ia dilaporkan pentadbiran Amerika Syarikat akan menambah halangan terhadap Huawei, dan tidak membenarkan mereka membeli cip keluaran Qualcomm dan Intel.

Categories
Gaya Hidup Semasa

15,000 Kedai Makan, Restoran – Kini Sedia Menu Berharga RM5 Dan Ke Bawah

Selari dengan matlamat negara, untuk mengurangkan bebanan kos kalangan rakyat yang berpendapatan rendah – sekitar hampir 15,000 kedai makanan, restoran telah turut serta menawarkan menu makanan siap berharga RM5 dan ke bawah mulai hari ini, buat pengguna. Inisiatif ini disokong MYDIN, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) dan juga Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.

Categories
Semasa

Polis : Berkongsi Maklumat Sekatan Jalan Raya Pada Aplikasi Waze Boleh Ganggu Penguatkuasaan

Ketua Polis Kuala Lumpur kini menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat berkaitan dengan sekatan jalan raya (SJR) atau sebarang kehadiran polis melalui aplikasi navigasi popular, Waze. Polis mengatakan perbuatan tersebut mungkin boleh menganggu penguatkuasaan terhadap golongan pemandu ingkar yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Categories
Semasa

Kerajaan Arah Touch ’n Go Tukar Jenama Kad Prabayar VISA Kepada Jenama Lain – Elak Kekeliruan

Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kini telah mengarahkan beberapa perkara kepada TNG, termasuk berkaitan kad prabayar VISA terbaharu mereka. Melalui saranan yang diberikan, kerajaan meminta pihak Touch n Go untuk mengubah jenama kad prabayar VISA mereka, dalam usaha mengelakkan kekeliruan fungsi kad tersebut.

Categories
Sains Semasa

SIRIM Bangunkan Piawaian Untuk Durian Musang King

SIRIM sedia menawarkan pensijilan dan piawaian untuk sejumlah produk, dan terkini mereka turut membangunkan pensijilan dan piawaian untuk buah Durian Musang King. Melalui integrasi teknologi tambahan juga, pengguna turut boleh menjejak keaslian buah durian berkenaan, termasuk mengesan punca dan lokasi pokok buah tersebut.