Categories
Semasa

India Kini Menjadi Negara Dengan Angka Populasi Manusia Tertinggi Dunia – Mengatasi China

India telah memintas China sebagai negara dengan jumlah penduduk terbanyak menurut laporan Bloomberg. Menerusi data yang diterbitkan oleh organisasi World Population Review, India dianggarkan mempunyai 1.417 bilion penduduk berbanding China yang mempunyai 1.412 bilion penduduk.

Categories
Kewangan Semasa

Selangor Rancang Jadi Bandar Metropolitan, Seawal 2029

Selangor dalam beberapa tahun mendatang, rancang untuk memiliki sebuah bandar metropolitan hasil gabungan empat bandar rayanya – yang terdiri daripada Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan kelak Klang. Jangkaan menjadikan Klang sebagai bandar raya dalam tempoh 2 tahun ini, akan membawa kepada perluasan kesinambungan bandar di dalam Selangor. Ini secara langsung meningkatkan lagi ciri metropolis pada segmen ekonomi negeri.

Categories
Semasa

Sabah, Sarawak Kini Berstatus Wilayah – Tidak Lagi Negeri

Sabah dan Sarawak kini telah alami perubahan status, tidak lagi diklasifikasikan sebagai negeri tetapi sebagai Wilayah. Makluman TPM Zahid Hamidi, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini – memperincikan perubahan tersebut adalah seiring dengan langkah Indonesia yang telah memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan Timur – ini secara langsung menjadikan kedua wilayah sebagai lokasi potensi untuk pertumbuhan yang lebih strategik.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Elon Musk Kini Pemegang Rekod Kehilangan Nilai Kekayaan Terbesar Dalam Sejarah

Elon Musk ialah pemilik Tesla, SpaceX dan Twitter. Tetapi beliau lebih dikenali sebagai manusia terkaya dunia pada penghujung 2021. Dengan keadaan ekonomi yang agak goyah sekarang, saham Tesla telah menjunam 70% berbanding kemuncak pada November 2021. Menurut laporan Buku Rekod Guinness, Musk kini secara rasmi memegang rekod kehilangan nilai kekayaan terbesar dalam sejarah.

Categories
Semasa

Jepun Tawar Bayar RM34,000 Kepada Rakyat, Untuk Pindah Keluar Dari Tokyo

Ekoran populasi penduduk di Tokyo semakin padat dengan anggaran seramai 38 juta individu, maka pentadbiran Jepun kini menawarkan 1 juta yen bagi setiap anak pada isi rumah mereka untuk berpindah keluar dari bandar tersebut. Langkah ini adalah sebahagian usaha negara itu untuk melaraskan kembali ekonomi luar bandar mereka yang dilihat semakin merundum.

Categories
Gaya Hidup Semasa

TGV Melancarkan Panggung Wayang Khusus Untuk Kanak-Kanak Di One Utama

Menonton wayang adalah sukar sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil. Mereka enggan duduk diam dan ingin bermain-main di dalam panggung sehingga menimbulkan kemarahan penonton lain. Untuk golongan ibu bapa, TGV telah melancarkan panggung baharu TGV Junior dengan kerjasama Mattel Continental Asia di One Utama – yang mempunyai tempat permainan seperti khemah dan gelongsor terbina.

Categories
Semasa

Gaji Permulaan Jurutera Di Malaysia Kini Dikaji Semula

Menyedari paras gaji permulaan jurutera di Malaysia yang dilihat lebih rendah berbanding negara luar, Kementerian Kerja Raya kini memaklumkan pewujudan satu jawatankuasa untuk mengkaji semula gaji permulaan jurutera di negara. Ini kerana ketidakseimbangan penawaran gaji permulaan tersebut berpotensi membawa kepada pengurangan tenaga kerja jurutera di negara dan ia berpotensi jadi faktor utama mengapa golongan muda tidak mahu ceburi profesion jurutera.

Categories
Kewangan Semasa

Belanjawan 2023 Akan Dibentang Akhir Februari 2023

PM Anwar Ibrahim kini berkongsi mengatakan pembetangan Belanjawan 2023 akan dilaksanakan bermula sekitar penghujung Februari 2023 kelak. Belanjawan baharu ini akan dibentangkan oleh Kerajaan Perpaduan, selepas Belanjawan sebelum ini dibentang dan dibubarkan Parlimen sebelum melalui fasa kelulusan.

Categories
Kewangan Semasa

Touch n Go eWallet Soundbox Diperkenal – Memberikan Notifikasi Audio Setiap Kali Terima Bayaran

Touch n Go eWallet kini memperkenalkan sebuah peranti audio pintar baharu, dinamakan sebagai Soundbox. Ia ditujukan kepada para penjual yang menggunakan kod QR Touch n Go, dimana ia akan memainkan notifikasi audio dan mengeluarkan bunyi setiap kali anda terima bayaran melalui akaun TNG anda.

Categories
Semasa

Bangunan Setinggi 2 Kilometer Bakal Dibina Di Riyadh

Tidak cukup dengan pelan membina banda linear terpanjang serta tertinggi dunia The Line di Neom, Arab Saudi turut mempunyai perancangan membina bangunan tertinggi dunia pula di Riyadh. Kerajaan Saudi sedang mengumpulkan cadangan dari syarikat senibina terkemuka untuk menara setinggi lebih 2000 meter.