Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

TM Kini Mencatatkan 3 Juta Angka Langganan Unifi

Telekom Malaysia kini mencatatkan pencapaian terbaharu mereka, mencatatkan seramai 3 juta angka langganan Unifi sehingga ke hari ini. Selari dengannya, dalam menyambut pencapaian terbaru ini, TM kini menawarkan akses kepada Unifi TV secara percuma sehingga Januari 2023 kelak.

Categories
Semasa Teknologi

PM Anwar : Kontrak Kelengkapan Rangkaian 5G Akan Diteliti Semula

PM Anwar Ibrahim hari ini mengatakan pemilikan spektrum rangkaian 5G oleh DNB dilakukan secara tidak telus. Disebabkan itu, Perdana Menteri mahukan kontrak RM11 bilion yang diberikan kepada syarikat pembekal kelengkapan telekomunikasi Ericsson untuk dinilai semula, dan memastikan bahawa pemberian sebarang kontrak untuk infrastruktur negara dilakukan secara telus

Categories
Semasa

Menteri Setuju Potong Gaji 20%, Sehingga Ekonomi Pulih – PM Anwar Ibrahim

PM mengumumkan pada sidang mesyuarat pagi tadi, kabinet menteri Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk memotong gaji 20% sebagai tindak-balas membantu memulihkan ekonomi negara. Tindakan ini menurut PM Anwar akan dilaksanakan sehingga ekonomi Malaysia kembali pulih. Ini bermakna tiada tempoh mutlak pemotongan gaji ini dilaksanakan.

Categories
Semasa

Celcom dan Digi Selesai Bergabung – Membentuk Syarikat Telekomunikasi Terbesar Malaysia

Celcom dan Digi kini selesai bergabung, sekaligus membentuk sebuah entiti baharu dinamakan Celcom Digi. Gabungan ini sekaligus membuatkan Celcom Digi menjadi syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia. Buat masa ini, mereka akan beroperasi seperti biasa, tanpa sebarang perubahan pada bahagian pengguna.

Categories
Semasa

Sarawak Bakal Bekal Tenaga Elektrik Ke Sabah, Menjelang 2024

Sarawak menjelang tahun 2024 akan mula mengeksport tenaga elektriknya ke Sabah di bawah projek penjanaan Northern Grid Extension. Pembekalan elektrik ini dimaklumkan akan melibatkan penghantaran sejumlah 30MW ke Sabah Electricity. Ini bukanlah kali pertama Sarawak mengeksport tenaga elektriknya ke kawasan lain – antara yang turut menerima pembekalan elektrik Sarawak adalah Kalimantan, Indonesia sebanyak 89.6MW sejak September 2016 lagi.

Categories
Semasa Sukan

Apple Dilaporkan Berminat Membeli Pasukan Bola Sepak Manchester United

Apple kini dilaporkan telah menyatakan minat dalam mengambil alih salah satu pasukan bola sepak popular di dunia, iaitu pasukan Manchester United. Selain Apple, beberapa pihak lain turut dikatakan telah menyatakan hasrat untuk mendapatkannya.

Categories
Semasa

Anwar Ibrahim Dilantik Menjadi PMX (Perdana Menteri Ke-10)

Lanjutan daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang diadakan pada penghujung minggu lepas, kini YDPA telah melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Ini sekaligus menamatkan penantian seluruh rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi pada Sabtu lepas.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Grab Menyaksikan Sekitar 20 Tempahan Ayam Goreng Pada Setiap Minit

GrabFood kini berkongsi sejumlah statistik menarik pada platform mereka, sekaligus memperlihatkan ayam goreng kekal menjadi makanan kegemaran melalui platform tersebut untuk dua tahun berturut-turut. Mengikut statistik kasar, sebanyak 20 tempahan melibatkan ayam goreng dilakukan melalui GrabFood pada setiap minit sepanjang 2022 ini.

Categories
Gaya Hidup Semasa

UNIQLO Pertama Di Kelantan Akan Dibuka Pada 24 November 2022

UNIQLO hari ini mengumumkan kedai pertamanya di negeri Kelantan akan dibuka pada 24 November di AEON Mall Kota Bharu. Sempena pembukaan kedai baharu, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik yang eksklusif dan terhad mulai 24 hingga 27 November 2022.

Categories
Semasa

Ujian Akhir MRT Putrajaya Fasa 2 Mula Dilaksana – Jangka Beroperasi Januari 2023

Selepas memulakan operasi MRT Putrajaya Fasa 1 pada 16 Jun lalu, kini MRT Corporation akan melaksanakan sesi ujian akhir laluan tren bagi Fasa 2 bermula esok, 22 November sehingga 18 Disember kelak. Proses ujian bagi MRT Putrajaya Fasa 2 ini menurut laporan akan memperlihatkan pemberhentian tren di semua laluan MRT Putrajaya Fasa 1 tetapi dimaklumkan tidak akan mengambil sebarang penumpang.