Categories
Semasa Teknologi

Apple Store Dijangka Dibuka Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Kini, sebuah gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan sebuah kedai Apple Store sedang dalam fasa pembinaan di Malaysia. Ia dikatakan Apple akan membukanya di bangunan TRX tidak lama lagi. Dengan pembukaan Apple Store secara rasmi di Malaysia, ia sekaligus akan menjadikan pasaran Malaysia salah satu fokus utama pihak Apple, dan menawarkan lebih banyak perkhidmatan di Malaysia.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Prasarana Cadang Sedia 100 Bas Elektrik Pada 2024

Prasarana, syarikat disebalik RapidKL kini merancang menyediakan sekitar 100 bas elektrik menjelang 2024 kelak. Ini adalah termasuk memperkenalkan 45 bas mini elektrik dengan ukuran panjang antara 7m hingga 8m, diikuti 55 bas elektrik bersaiz besar dengan ukuran 10 hingga 12m.

Categories
Gaya Hidup Semasa

KKM Bakal Beri Tuala Wanita Percuma – Depani Isu Kemiskinan Haid Malaysia

Usaha memerangi kemiskinan haid yang berlaku pada golongan yang tidak berkemampuan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak lama lagi akan laksanakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma kepada kumpulan terlibat. Langkah ini bertujuan memastikan golongan berpendapatan rendah khususnya wanita tidak mengalami kekangan stok tuala wanita, dan kos perolehannya tidak menjadi bebanan pada perbelanjaan bulanan mereka.

Categories
Semasa

Selangor Bakal Teliti Pelaksanaan Pengasingan Sampah Dari Rumah

Bagi memastikan proses kitar semula berjalan dengan lancar, pelaksanaan pengasingan sampah bermula dari rumah pengguna kelak akan diteliti oleh kerajaan negeri Selangor. Setakat ini, pertimbangan tersebut masih diperingkat awal dan isu pelaksanaan pengasingan sampah dari rumah akan dibincang terlebih dahulu bersama exco Alam Sekitar bersama exco Kerajaan Tempatan.

Categories
Semasa

Khidmat LRT Dijangka Lebih Stabil, Kekerapan 3 Minit Menjelang Suku Ketiga 2023

LRT Kelana Jaya yang membawa kapasiti purata sekitar 200,000 penumpang ketika ini – dijangka akan lebih stabil dan kekerapan menunggunya diturunkan kepada 3 minit menjelang suku ketiga 2023 kelak. Ini akan dijayakan dengan penambahan set tren daripada 38 set tren yang beroperasi buat masa ini kepada lebih 50 set tren menjelang suku ketiga 2023 kelak.

Categories
Gaming Semasa

Hot Wheels Akan Hadir Dengan Model Berasaskan Proton Saga 1985

Mattel Inc iaitu syarikat pengeluar untuk kereta mainan Hot Wheels telah mengumumkan, bersempena dengan ulang tahun Mattel Malaysia yang ke-40, mereka akan bekerjasama dengan Proton untuk hadir dengan model Proton Saga pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985. Model ini akan dihasilkan dengan skala 1:64 dan akan mula dipasarkan pada akhir tahun ini.

Categories
Kewangan Semasa

Nigeria Rendahkan Had Pengeluaran Wang Di ATM Bagi Menggalakkan Penggunaan Nirtunai

Nigeria merendahkan had pengeluaran harian di ATM daripada 150,000 Naira (~RM1482) ke 20,000 Naira (~RM198) pada akaun peribadi. Had pengeluaran mingguan pula ditetapkan ke 100,000 Naira (~RM988) untuk individu dan 500,000 Naira (~RM4941) untuk akaun perniagaan. Dengan had ini bukan sahaja Nigeria ingin meningkatkan penggunaan nirtunai, tetapi juga penggunaan mata wang digital eNaira. Had pengeluaran ATM ini akan berkuatkuasa pada 9 Januari 2023.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Semasa

59% Rakyat Malaysia Didapati Tidak Guna BNPL, Kurang Gemar Akan Ansuran

Meskipun khidmat Bayar Nanti Pakai Lekas (BNPL) di negara semakin melonjak, mengikut tinjauan, ia dilihat sekitar 59% rakyat Malaysia masih tidak gemar menggunakan produk dan perkhidmatan tersebut. Tinjauan dapati orang ramai melihat tiada kepentingan konkrit yang memperuntukkan mereka untuk menggunakan BNPL, dan turut bimbang akan caj kelewatan bayar.

Categories
Kewangan Semasa

Belanjawan 2023 Akan Dibentang Dan Dibahas Pada Awal Tahun 2023

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang pagi ini, memaklumkan pentadbiran Malaysia akan mula membentang Bajet 2023 pada awal tahun 2023. Langkah itu akan dilaksanakan dan dibahaskan pada sesi Parlimen tahun hadapan setelah dirasmikan Yang di-Pertuan Agong.

Categories
Kewangan Semasa

Wang Simpanan 63% Rakyat Malaysia Didapati Tidak Mampu Bertahan Lebih Dari 3 Bulan

Di bawah kajian literasi kewangan Malaysia RinggitPlus 2022 (RMFLS2022) terbaru, ia didapati 7 daripada 10 rakyat Malaysia mampu menyimpan kurang daripada RM500 sebulan. Data ini sekaligus menjadikan ia antara dapatan yang terburuk didapati sepanjang kajian dalam 5 tahun. 63% juga akui tidak mampu bertahan bersama wang simpanan untuk tidak lebih dari 3 bulan.