Categories
Semasa Teknologi

Pemegang Saham Digi Dan Celcom Bersetuju Untuk Membentuk Syarikat Telekomunikasi Terbesar Malaysia

Pengabungan syarikat telekomunikasi Digi dan Celcom kini menghampiri penghujungnya, apabila selepas menerima pengesahan kebenaran daripada pihak SKMM, kini para pemegang saham Axiata Group dan juga Digi turut telah bersetuju untuk gabungkan syarikat. Dengan langkah ini, kedua-dua syarikat telekomunikasi Digi dan Celcom akan bergabung menjadi Celcom Digi Berhad.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Persiar eCurve Dijangka Dibangunkan Semula Sebagai Bangunan Kediaman

Bangunan pasaraya eCurve yang tidak lagi hidup di Mutiara Damansara, kini dirancang untuk dibangunkan semula sebagai bangunan kediaman. Sebelum ini, eCurve beroperasi dengan menyertakan sejumlah kedai dan jenama dibawahnya. Tetapi, disebabkan oleh persaingan daripada pelbagai pasaraya berdekatan, ia dilihat tidak dapat menarik angka pengunjung yang tinggi. eCurve Mall ini telah pun ditutup sejak Mac 2021 lepas.

Categories
Kewangan Semasa

74% Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Rancang Kekal Bekerja Di Sana

Melalui tinjuan terbaru, ia dilihat sekitar 74% rakyat Malaysia yang sedang bekerja di Singapura pada tahun ini, merancang untuk terus bekerja di Singapura, sementara hanya sekitar 26% responden sahaja tidak ingin meneruskan pekerjaan di Singapura. Berkemungkinan besar, faktor gaji membawa kepada sebab mengapa pekerja ingin terus bekerja di negara jiran tersebut.

Categories
Kewangan Semasa

Nationwide Express Menamatkan Operasi Selepas 37 Tahun

Nationwide Express merupakan salah satu perkhidmatan kurier dan logistik yang telah beroperasi sekian lama, iaitu sejak 1985 yang lepas. Ia telah diasaskan oleh Tan Sri Basir Ismail. Namun, disebabkan oleh pelbagai cabaran, kini Nationwide Express menyatakan mereka akan menamatkan operasi perniagaan pada 15 Disember 2022 kelak.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Rangkaian 5G Kini Sudah Boleh Digunakan Di Perlis

Yes hari ini mengumumkan kemaskini kawasan yang diliputi oleh rangkaian 5G, dan turut menyenaraikan Felda Mata Air di Perlis dibawah senarai lokasi baharu. Dengan langkah ini juga sekaligus memperluaskan penawaran perkhidmatan 5G ke negeri di utara tersebut, sekaligus menikmati akses internet berkelajuan tinggi.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Angka Populasi Manusia Di Bumi Melangkaui 8 Bilion Orang

United Nations kini mengumumkan angka populasi manusia di Bumi telah pun melangkaui seramai 8 bilion orang secara rasminya. Untuk makluman, tiada kiraan yang tepat untuk angka kelahiran dan kematian seluruh dunia. Angka yang dikongsikan oleh UN ini adalah berdasarkan kepada jangkaan dan kiraan kasar oleh UN.

Categories
Semasa

Disneyland Terbesar ASEAN Ingin Dibina Di Jasin, Melaka

Menurut Melaka Hari Ini, Disneyland akan dibina di Jasin Melaka dan menjadi taman tema Disney terbesar ASEAN selepas China, Korea, Eropah dan Jepun. Ia dikatakan akan dibina di sekitar Jasin, Melaka dan mempunyai keluasan sekitar 150-200 ekar.

Categories
Faktaria Semasa

Zamrud Terbesar Di Dunia Ditemui Di Zambia – Mempunyai Berat 1.5kg

Menerusi laman Guinness World Records, sebuah batu permata zamrud yang belum dipotong telah ditemui di Zambia. Ia merupakan zamrud yang terbesar di dunia yang mempunyai berat luar biasa iaitu 7,525 karat sekitar 1.505 kg. Zamrud itu pertama kali ditemui oleh ahli geologi Manas Banerjee dan Richard Kapeta serta pasukan mereka pada tahun lepas sekitar bulan Julai 2021 di lombong Kagem yang terletak di Wilayah Copperbelt Zambia.

Categories
Semasa

Google Perkenal Laman UndiNegaraKu Bersempena PRU15

Google Malaysia hari ini bekerjasama dengan Undi18, dan telah memperkenalkan sebuah laman sehenti khusus bersempena dengan Pilihan Raya Ke-15, dinamakan Undi Negaraku. Melaluinya, ia menyertakan informasi yang membantu bagi mereka yang mengundi buat pertama kali, termasuk pelbagai maklumat berkenaan proses mengundi, pembahagian gabungan, dan sebagainya.

Categories
Semasa

Cuti Khas Diumumkan Pada 18 November Dan 19 November Untuk Memudahkan Pengundian

Perdana Menteri Sementara, kini mengumumkan cuti khas akan diberikan kepada rakyat Malaysia pada tarikh 18 November dan juga 19 November, dalam usaha memudahkan orang ramai bergerak ke lokasi pengundian – terutamanya yang mengundi di luar bandar. Cuti ini juga dijangka akan dapat mengelak kesesakkan trafik di jalan raya.