Categories
Semasa

KKM : Pengundi Positif Covid-19 Tidak Dibenar Menaiki Grab Dan Kenderaan Awam

Kementerian Kesihatan Malaysia kini telah mengeluarkan nasihat am kepada para pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 kelak, termasuk berkaitan kaedah untuk pergi dan balik dari pusat pembuangan undi. Melaluinya, para pengundi yang positif Covid-19 dinasihatkan untuk tidak menaiki kenderaan awam. Hal ini adalah termasuk untuk tidak menaiki perkhidmatan seru-pandu seperti Grab.

Categories
Gaya Hidup Semasa

3.9 Juta Orang Di Malaysia Menghidap Diabetes

KKM kini berkongsi data terbaru, mengatakan 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes. Ia dianggarkan sejumlah 3.9 juta orang berumur 18 tahun dan ke atas menghidap penyakit ini. Negeri Sembilan menduduki tangga teratas untuk prevalens diabetes tertinggi di Malaysia, diikuti Perlis dan Pahang.

Categories
Semasa

Sarawak Bakal Miliki Syarikat Penerbangan Sendiri, Jangka Beroperasi Tahun 2023

Sarawak kini menghampiri matlamat mereka untuk merealisasikan usaha miliki syarikat penerbangan komesil sendiri di bawah pengendalian Hornbill Skyways. Operasi syarikat penerbangan berskala kecil itu kini sekadar menantikan lesen daripada pihak berkuasa, sebelum memulakan operasi.

Categories
Semasa Teknologi

Proton Menyasarkan Untuk Perkenal Kereta Elektrik Menjelang 2027

Proton hari ini berkongsi perancangan untuk memperkenalkan kereta elektrik mereka di pasaran menjelang 2027 – iaitu dalam tempoh sekitar lima tahun lagi. Pihak Proton juga turut akan memasarkan kenderaan elektrik melalui anak syarikat PRONET bermula tahun hadapan – melalui kenderaan pertama dibawah pengedarannya, iaitu SMART #1.

Categories
Semasa

Selangor Beri Cuti Umum Khas Pada 18 November Ini

Selari dengan memudahkan tanggungjawab rakyat Malaysia pada hari mengundi 19 November kelak, Selangor pada hari ini (18 November) mengumumkan pemberian cuti umum khas pada 18 November, sehari sebelum hari mengundi untuk penduduk negeri Selangor.

Categories
Semasa

Kerajaan Mengkaji Cadangan Untuk Memberi Cuti Umum Khas, Sehari Sebelum PRU15

Menyedari kepentingan rakyat Malaysia untuk melunaskan tanggungjawab mengundi pada 19 November kelak, Perdana Menteri sementara Ismail Sabri pada laporan Bernama memaklumkan pihaknya akan mengkaji cadangan pemberian cuti umum khas pada 18 November kelak.

Categories
Kewangan Semasa

Elon Musk Pertimbang Jadikan Twitter Berbayar Sepenuhnya

Pelbagai idea ingin digunakan oleh Elon Musk untuk menjana keuntungan Twitter selepas membelinya. Antaranya ialah menaikkan bayaran langganan Twitter Blue ke $8 dengan pengesahan identiti akan dilakukan lengkap dengan calitan biru. Terbaru, Elon Musk juga dilihat membincangkan idea menjadikan Twitter berbayar sepenuhnya – sekaligus meningkatkan pendapatan melalui langganan aplikasi tersebut.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Perpustakaan Selangor Kini Sediakan Pinjaman Desktop Dan Laptop Secara Percuma

Perpustakaan Selangor kini menyediakan sebuah inisiatif baharu, dinamakan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS). Melaluinya, warga Selangor boleh meminjam desktop dan juga laptop secara percuma untuk digunakan sehingga selama 60 hari. Setiap desktop dan laptop yang dipinjamkan akan ditawarkan bersama pembesar suara, WiFi, webcam, dan juga perisian Microsoft Office.

Categories
Kewangan Semasa

Kini, Anda Boleh Guna Touch ’n Go eWallet Untuk Pembayaran Di China

Touch ’n Go eWallet kini memperluaskan penggunaan dompet digital tersebut ke negara China, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan melakukan pembayaran terus menggunakan dompet digital TNG di China. Langkah ini dijayakan TNG eWallet melalui integrasi dan kerjasama Alipay+.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pengasas Mamee, Pang Chin Hin Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun

Pang Chin Hin telah memulakan dan memperkenalkan jenama Mamee seawal tahun 1971 di sebuah kilang kecil di Melaka. sepanjang 50 tahun beroperasi, jenama Mamee telah berjaya menghasilkan variasi pilihan iaitu sekitar 50 jenama makanan ringan yang terdiri daripada pelbagai mi segera, mi snek Monster, Mister Potato dan Double Decker. Pang Chin Hin telah meninggal dunia pada awal pagi 5 November 2022.