Categories
Gaya Hidup Semasa

Tiada Lagi Panggilan “Private Number” Selepas 30 Jun 2023

Terdapat beberapa penyedia yang menawarkan khidmat sembunyikan nombor panggilan, dan apabila dibuat panggilan, ia sekadar memaparkan nama pemanggil sebagai “Private Number” tanpa memaparkan nama atau nombor pemanggil. Pihak SKMM menekankan yang mana perkhidmatan tersebut adalah tidak dibenarkan, dan perlu dihentikan berkuat-kuasa 30 Jun 2023.

Categories
Semasa

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Dalam Pengangkutan Awam Dan Hospital Mulai 5 Julai

Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam pengangkutan awam dan di hospital – bermula 5 Julai 2023. Walaubagaimanapun, pesakit Covid-19 diwajibkan untuk memakai pelitup muka dalam usaha mengawal jangkitan. Selain itu, mereka yang berisiko tinggi juga digalakkan memakai pelitup muka dikawasan sesak seperti dalam pengangkutan awam.

Categories
Kewangan Semasa

4.5 Juta Pekerja Berisiko Hilang Kerja, Jika Tiada Peningkatan Kemahiran Menjelang 2030

Hasil kerancakkan sokongan teknologi kecerdasan buatan (AI) di pasaran negara dilihat secara berperingkat mampu memberi kesan kepada arena pekerjaan tempatan. Menjelang 2030, terdapat potensi seramai 4.5 juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan sekiranya mereka tidak menaik-taraf kemahiran berasaskan permintaan tenaga kerja semasa.

Categories
Gaya Hidup Semasa

TV Satelit Berbayar Indonesia Akan Perluaskan Perkhidmatan Ke Malaysia Pada Tahun Ini

Menyedari kadar persaingan yang sangat rendah dalam siaran TV berbayar, kini perkhidmatan televisyen berbayar dari Indonesia, MNC Vision menyatakan akan memasuki pasaran tempatan seawal tahun ini. Perkhidmatan siaran berbayar ini akan menggunakan teknologi IPTV dalam menawarkan perkhidmatan mereka untuk pasaran tempatan. Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diketahui lagi.

Categories
Semasa

ShopeeFood Kini Boleh Digunakan Di Melaka

ShopeeFood merupakan perkhidmatan penghantaran makanan dibawah penyedia edagang popular, Shopee. Ia telah diperkenalkan secara berperingkat mengikut lokasi, dan paling terbaru, Shopee mengumumkan pengenalan ShopeeFood di Melaka. Dengan langkah ini, kini para pengguna yang berada di Melaka boleh melakukan tempahan makanan dan minuman terus melalui ShopeeFood dan menerima penghantaran terus ke lokasi mereka.

Categories
Semasa

Pakej Insurans, Takaful Rahmah Serendah RM5 Sebulan Kini Tersedia Buat Rakyat Malaysia

Bagi memastikan semua dapat menikmati pelindungan diri yang sama, Pakej Rahmah Insurans dan Pakej Rahmah Takaful serendah RM5 sebulan atau RM36 setahun (termasuk cukai jualan) kini tersedia untuk rakyat Malaysia. Pelan ini layak dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia antara 16 tahun hingga 65 tahun dan turut boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun.

Categories
Semasa Teknologi

Pos Malaysia Kini Menyediakan Stesen Pengecas EV Di Pejabat Pos

Pos Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama Yinson GreenTech, sekaligus akan menyediakan stesen pengecas kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh chargEV. Stesen pengecas EV oleh Pos Malaysia ini akan tersedia setiap hari dari 7 pagi ke 11 malam di enam Pejabat Pos Malaysia.

Categories
Semasa Teknologi

Semua SMS Yang Mengandungi Nombor Telefon Akan Dihalang Penghantaran Berkuat-kuasa 2 Julai 2023

Selain penghantaran SMS dengan URL, SKMM mengarahkan untuk menghalang penghantaran SMS yang mengandungi nombor telefon mudah-alih atau talian tetap untuk dihubungi. Perkara ini dijangka akan dikuat-kuasa oleh syarikat telekomunikasi bermula 2 Julai 2023 kelak. Langkah ini dijangka akan terus mengurangkan kadar penipuan yang berlaku melalui SMS, selain melindungi lagi pengguna.

Categories
Semasa

Malaysia Dijangka Menguatkuasa Perundangan Lebih Ketat Terhadap Airbnb

Kini ia dilaporkan Malaysia sedang bincangkan pengehadan lingkungan penyewaan AirBNB. Kerajaan Pulau Pinang sedia menetapkan bahawa semua hartanah persendirian, kecuali enam jenis hartanah komersil seperti pangsapuri servis tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai lokasi penginapan AirBnb. Polisi yang lebih kurang sama kini dijangka dikuatkuasa di seluruh Malaysia.

Categories
Semasa

Grab Membuang 1000 Orang Pekerja Dalam Langkah Penstrukturan Strategik

Pelbagai syarikat teknologi pada tahun ini dilihat mengurangkan sejumlah tenaga kerja, disebabkan oleh keadaan ekonomi semasa dan kesan kepada industri keseluruhan. Nampaknya, Grab turut tidak ketinggalan, dan hari ini mengumumkan mereka telah mengurangkan seramai 1000 orang tenaga kerja pada syarikat tersebut, melibatkan hampir 11% tenaga kerja.