Categories
Kewangan Semasa

7-Eleven Malaysia Jual Caring Pharmacy Kepada BIG Pharmacy

7-Eleven Malaysia kini mengesahkan telah melepaskan kepentingan 75% dalam Caring Pharmacy kepada BIG Pharmacy setelah Convenience Shopping (Sabah) Sdn Bhd menerima tawaran peralihan kepentingan pada nilai pertimbangan RM637.5 juta. Untuk makluman CSSSB adalah anak syarikat milik penuh 7-Eleven Malaysia Holdings. Namun pengambil-alihan ini tidak termasuk akan operasi Indonesia.

Categories
Semasa

Pasport Malaysia Meningkat Ke Tangga 11 Paling Berkuasa, Singapura Di Tangga Teratas

Indeks pasport paling berkuasa dunia oleh Henley telah diterbitkan minggu ini. Pasport Malaysia meningkat ke tangga ke-11 paling berkuasa di dunia tahun ini berbanding tangga ke-13 tahun 2022. Pemegang pasport Malaysia dibenarkan pergi ke 180 negara tanpa memerlukan visa. Ini adalah kedudukan terbaik Malaysia sejak 2018 di mana pasport negara berada di tangga ke-10.

Categories
Semasa

Pelajar Praktikal Di Sektor Kerajaan, GLC Akan Terima Elaun Minimum RM800 Sebulan

Perdana Menteri Anwar hari ini memaklumkan, untuk atasi isu melibatkan imbuhan untuk pelajar praktikal, kini kumpulan pelajar praktikal di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan menerima elaun minimum RM800 sebulan. PM Anwar turut menjelaskan cadangan awal penawaran elaun pelajar praktikal tersebut adalah didengari dari pandangan pelajar Tingkatan 6 ketika sesi dialog rasmi diadakan PM sebelum ini.

Categories
Semasa

Tingkatan 6 Bakal Dijenamakan Semula

Dalam memastikan saluran pendidikan Tingkatan 6 menjadi antara pilihan golongan muda untuk melanjutkan pengajian mereka di peringkat tinggi dan mengetahui nilai disebalik perolehan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan yang mana Tingkatan 6 akan dijenamakan semula. Selain itu, syarat kemasukkan juga dijangka akan dilonggarkan sedikit.

Categories
Semasa Teknologi

Sarawak Uji CCTV AI Pada Lampu Isyarat Untuk Mengurangkan Kesalahan Trafik Jalan Raya

Sarawak kini menguji kamera litar tertutup (CCTV) berasaskan kecerdasan buatan (AI) pada lampu isyarat, di sekitar bandaraya Miri. Langkah ini adalah dalam usaha untuk mengurangkan kesalahan trafik, nahas serta kesesakan jalan raya. Melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan, CCTV ini boleh merakam had laju kenderaan, mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan, serta merekodkan sejumlah kesalahan trafik.

Categories
Semasa

Mesin Pengimbas Suhu Kepala Dikitar Semula Menjadi Arca Robot Selepas Pandemik

Mesin pengimbas suhu kepala digunakan meluas ketika pandemik sebelum ini, dan kini mesin tersebut dikitar semula dalam bentuk arca robot. Di pusat membeli belah One Utama, mesin-mesin pengimbas suhu ini telah dikitar semula menjadi karya seni. Dua arca robot Teetbots telah dihasilkan menggunakan 70 mesin pengimbas suhu yang kini tidak lagi digunakan..

Categories
Semasa

Rekod Suhu Purata Bumi Paling Panas Dicatatkan Minggu Lalu

Rekod suhu purata dunia paling panas di dunia yang pernah direkodkan telah dicatatkan pada minggu lalu (7 Julai) menurut data daripada Agensi Meteorologi Jepun. Suhu 17.24 °C dicatatkan pada 7 Julai memintas rekod 17.23 °C yang dicatatkan tiga hari sebelumnya. Tahun ini pelbagai rekod baharu yang merisaukan telah dicatatkan seperti suhu tertinggi pada bulan Mei dan Jun dan pengurangan 17% ais di permukaan Lautan Atlantic Utara pada musim sejuk.

Categories
Semasa

Emoji Ibu Jari Sah Digunakan Untuk Persetujuan Kontrak Rasmi

Berhati-hati apabila menggunakan emoji ibu jari (thumbs up) sekiranya anda di Kanada. Mahkamah di Saskatchewan mengarahkan seorang peladang untuk membayar ganti rugi C$82,000 (~RM288,000) kepada South West Terminal kerana gagal membekalkan flaks seperti yang dipersetujui dalam kontrak, selepas menghantar emoji “thumbs up” sebagai persetujuan.

Categories
Semasa Teknologi

Kerajaan Akan Perkenal Nombor Plat Khas “EV” Untuk Kenderaan Elektrik

Anthony Loke, Menteri Pengangkutan kini berkongsi menyatakan kerajaan akan memperkenalkan nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik. Nombor plat untuk kenderaan berkenaan akan bermula dengan huruf EV, dan diikuti dengan angka. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membezakan kenderaan elektrik berbanding kenderaan bukan elektrik.

Categories
Semasa

Twitter Hadkan Berapa Tweet Anda Boleh Baca Setiap Hari

Elon Musk kini mengumumkan perkhidmatan sosial Twitter akan mengehadkan pembacaan dan penggunaan pada perkhidmatan mereka, mengatakan disebabkan oleh akses data yang ekstrim oleh pihak ketiga serta pemanipulasian sistem. Disebabkan oleh itu, semua pengguna akan dihadkan bacaan setiap hari.