Categories
Sukan

Harimau Malaya Naik Ke Ranking 146 Dunia Selepas Muncul Naib Juara King’s Cup

Malaysia menamatkan saingan King’s Cup Kali Ke-48 anjuran Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sebagai naib juara setelah tumpas dalam penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan. Walaupun terlepas gelaran juara, skuad Harimau Malaya berhasil meraih peningkatan yang positif dalam kedudukan ranking dunia Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) selepas bertemu Tajikistan dan Thailand.

Categories
Sukan

Sukma 2022 Berakhir Dengan Johor Menjadi Juara

Johor mencipta sensasi apabila meraih gelaran juara sulung dengan membawa pulang 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa, sekali gus mengatasi 14 kontinjen lain termasuk juara bertahan, Terengganu (64 emas, 49 perak dan 56 gangsa) di tempat kedua serta Wilayah Persekutuan (55 emas, 68 perak dan 64 gangsa) di tempat ketiga.

Categories
Sukan

F1 Menyajikan 24 Perlumbaan Pada Tahun 2023 – Terbanyak Dalam Sejarah

Peminat Kejohanan Dunia Formula 1 (F1) akan disajikan dengan 24 perlumbaan sepanjang tahun hadapan sekaligus menjadikannya terbanyak semenjak pertama kali dianjurkan pada era 1950-an. Saingan tahun 2023 kelak akan bermula di Bahrain pada 5 Mac dan ditutup dengan perlumbaan di Abu Dhabi pada 26 November. Sebagai perbandingan, kalendar perlumbaan F1 pada tahun 2022 hanya menganjurkan 23 perlumbaan.

Categories
Sukan

Rusia Diharamkan Sertai Kelayakan & Kejohanan EURO 2024

Kejohanan EURO yang akan berlangsung di Jerman pada tahun 2024 tidak ditandingi skuad kebangsaan Rusia. Ini selepas Rusia tidak disenaraikan dalam majlis undian kelayakan EURO 2024 yang akan berlangsung pada 9 Oktober kelak. UEFA bertindak menggantung Rusia berikutan pencerobohan ke atas negara jirannya, Ukraine sejak penghujung Februari lalu.

Categories
Sukan

Tunku Panglima Johor Duduki Tangga Ketiga GT Australia

Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim kini berada di tempat ketiga dalam senarai kedudukan pemandu GT Australia dengan mengumpul 105 mata. Pusingan seterusnya bagi musim 2022 akan berlangsung di Litar The Bend Motorsport Park, South Australia dari 14 hingga 16 Okt ini.

Categories
Sukan

Roger Federer Mengumumkan Bakal Bersara Tenis

Roger Federer hari ini mengumumkan beliau akan bersara dari sukan tenis tidak lama lagi. Pemain berusia 41 tahun ini, telah memainkan lebih 1500 perlawanan sepanjang 24 tahun dalam kerjaya, dan menjadi juara sebanyak lebih 20 kali. Beliau akan bersara selepas acara Laver Cup di London.

Categories
Sukan

Malaysia Berjaya Menduduki Tangga Ketiga Dalam Kejohanan Bola Jaring Asia 2022

Skuad bola jaring kebangsaan berhasil menamatkan kempen Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di tempat ketiga. Pencapaian itu diraih setelah berjaya menumpaskan Hong Kong dengan keputusan 54-42 dalam perlawanan penentuan ketiga yang berlangsung di OCBC Arena, Singapura. Kejayaan Malaysia ditempat ketiga mengulangi pencapaian skuad negara ketika edisi 2018 lalu yang turut berlangsung di Singapura.

Categories
Sukan

JDT Julang Piala FA Buat Kali Kedua Di Bawah Era TMJ

Pasukan berpangkalan di selatan semenanjung tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil memahat sejarah menjulang trofi kejohanan Piala FA buat kali kedua di bawah teraju TMJ. Kejuaraan itu hadir selepas skuad berjulukan Harimau Selatan ini berhasil menumpaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Categories
Sukan

Final Piala FA: Polis Tidak Benarkan Powerbank Dibawa Masuk Dalam Stadium

Powerbank menjadi salah satu barangan larangan untuk dibawa masuk ke dalam Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA melibatkan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu, 10 September. Powerbank diharamkan kerana ianya merupakan objek keras, yang boleh mencederakan dan digunakan untuk membaling kepada penyokong lawan.

Categories
Sukan Teknologi

DeepMind Kini Mengajar AI Bermain Permainan Bola Sepak

Sebelum ini, kita sedia melihat DeepMind mengajar kecerdasan buatan sejumlah perkara, termasuk permainan catur dan Go. Kini, bergerak setapak kehadapan lagi, DeepMind berkongsi kajian mereka, mengajar AI untuk bermain bola sepak. Langkah ini dijangka akan membolehkan robot belajar cara berinteraksi dan bekerjasama dengan yang lain.