Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mendapatkan trofi kemenangan Piala Malaysia, selepas menumpaskan Selangor FC dengan keputusan 2-1. Terdahulu, JDT turut telah berjaya merangkul kejuaraan Liga Super tanpa kalah, menjuarai Piala FA dengan menumpaskan Terengganu FC dan menjulang Piala Sumbangsih hasil mengalahkan Kuala Lumpur City FC (KL City).