Categories
Gaya Hidup Teknologi

Penyenaraian Web Memperlihatkan Unifi 2Gbps Pada Harga RM399 Sebulan, 1Gbps Pada Harga RM349 Sebulan

Telekom Malaysia sedia mengacah kehadiran pakej dan pelan internet baharu mereka, dan kini turut memperlihatkan harga untuk pelan baharu mereka pada kelajuan 2Gbps dan juga 1Gbps. Melalui penyenaraian di web (yang kini telah dibuang), Unifi 2Gbps disenaraikan pada harga RM399 sebulan, sementara Unifi 1Gbps pula ditawarkan pada harga RM349 sebulan.

Categories
Teknologi

FBI Beri Amaran Untuk Tidak Guna Stesen Pengecas Peranti Di Tempat Awam

FBI di Amerika Syarikat kini mengeluarkan amaran dan peringatan kepada orang ramai, supaya tidak menggunakan stesen pengecas telefon yang ditawarkan di tempat awam. Hal ini kerana terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan lokasi berkenaan untuk menyertakan perisian hasad ke dalam peranti pengguna.

Categories
Sains Teknologi

PETRONAS Membangunkan Lapisan Proshield+ Yang Tahan Karat Dan Hakisan Sehingga 16 Tahun

Proshield+ dibangunkan sendiri oleh PETRONAS sebagai alternatif kepada cat epoksi yang digunakan industri sekarang. Tahap ketahanan air dan tahan ketahanan hakisan Proshield+ juga tiga kali ganda lebih baik berbanding cat epoksi. Ia hanya perlu digunakan sebagai bahan campuran cat dan boleh bertahan sehingga 16 tahun bersamaan dua kali ganda hayat cat semasa.

Categories
Semasa Teknologi

Tesla Mulakan Carian Pekerja di Malaysia

Tesla sebelum ini telah diluluskan oleh kerajaan untuk memasuki pasaran Malaysia, termasuk membuka pusat servis dan juga rangkaian Supercharger. Selari dengannya, kini Tesla turut telah menyediakan sebuah halaman khusus, membolehkan orang ramai untuk memohon pekerjaan di Tesla Malaysia. Mengikut penyenaraian, Tesla sedang mencari pekerja dalam arena khidmat pelanggan, jualan, operasi, jurutera, dan juga melibatkan pengecasan.

Categories
Teknologi

Mark Zuckerberg Kini Menghabiskan Masa Dengan Memfokuskan AI

Pengasas Facebook atau kini dikenali sebagai Meta, Mark Zuckerberg, kini dikatakan sedang memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI). Langkah ini dilihat berbeza dengan sebelum ini dimana Meta memfokuskan lebih kepada metamesta. Ia dikatakan sebahagian pembangunan kecerdasan buatan oleh Meta akan turut digunakan dalam pembangunan metamesta mereka.

Categories
Teknologi

Kertas Putih Bitcoin Dilihat Tersembunyi Dalam Sistem Operasi Apple macOS

Pada setiap sistem operasi, terdapat sejumlah fail yang tersembunyi yang tidak diakses atau diperlihatkan kepada pengguna. Menariknya, kini salah satu fail ditemui di setiap versi sistem operasi Apple, versi macOS Catalina dan terkini – iaitu kertas putih Bitcoin yang awal. Kertas putih ini dilihat digunakan sebagai dokumen contoh pada aplikasi ‘Virtual Scanner II’.

Categories
Teknologi

Google Akan Tambah Ciri Chat Terus Pada Carian – Seperti ChatGPT Dan Bing

Google sedia berkongsi perancangan mengintegrasikan kecerdasan buatan pada carian, dan kini melalui temuramah bersama WSJ, CEO Google, Sundar Pichai menyatakan kelak pengguna boleh bertanyakan soalan dan berinteraksi pada carian Google. Dengan integrasi terus pada enjin carian, ia membolehkan data yang lebih terkini diketengahkan kepada pengguna.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Redmi Kini Membawa Telefon Dengan Kamera 200-Megapixel Ke Malaysia

Xiaomi kini membawa masuk beberapa telefon pintar dibawah siri Redmi Note 12 untuk pasaran Malaysia. Menariknya, salah satu model mercu dibawah siri ini adalah Redmi Note 12 Pro+ yang mana hadir dengan sensor kamera sebesar 200-megapixel padanya. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM1599.

Categories
Teknologi

Tim Cook : Pengguna Akan Beli Set Realiti-Maya Untuk Komunikasi, Seni Dan Aplikasi Kreatif

Tim Cook masih tidak mengesahkan sama ada mereka akan melancarkan set realiti-maya tersendiri atau sebaliknya. Namun, melalui sebuah temuramah bersama pihak GQ, Tim Cook yang merangkap CEO Apple berkongsi pandangan mengapa pengguna akan membeli set realiti maya. Antara sebabnya dikatakan adalah untuk komunikasi, seni, aplikasi kreatif, dan juga persekitaran korporat.

Categories
Teknologi

Twitter Verified Organizations Ditawarkan Pada Harga RM4500 Sebulan Di Malaysia

Twitter sedia menawarkan kebolehan langganan Twitter Blue di Malaysia pada harga RM35 sebulan. Kini, selain untuk individu, pihak Twitter turut menawarkan kebolehan pengesahan khusus untuk organisasi. Dinamakan “Verified Organizations”, ia merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan oleh Twitter bagi membolehkan akaun sesuatu organisasi tampak berbeza dengan yang lain pada platform sosial tersebut, pada harga RM4500 sebulan.