Categories
Teknologi

Meta Kini Mempunyai 3.02 Bilion Pengguna Aktif Harian

Meta kini berkongsi perkembangan terbaru platform mereka, dan menyatakan penawaran aplikasi dan perkhidmatan mereka mempunyai 3.02 bilion pengguna aktif harian sehingga Mac 2023 kelak. Pengguna aktif harian ini meliputi aplikasi Facebook, Instagram, Messenger dan juga WhatsApp.

Categories
Teknologi

WhatsApp Perkenal Ciri Yang Dinantikan Ramai – Guna Akaun WhatsApp Sama Pada Lebih Dari Satu Telefon

WhatsApp hari ini mengumumkan salah satu ciri yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia untuk sekian lama, iaitu sokongan multi-telefon untuk suatu akaun WhatsApp. Dengan pengenalan ciri baharu ini, ia membolehkan pengguna menggunakan satu akaun WhatsApp yang sama pada lebih dari satu telefon – termasuk sama ada pada Android atau iPhone.

Categories
Teknologi

ChatGPT Dianggar Menelan Kos Operasi Sebanyak RM3.1 Juta Sehari

Mengikut anggaran penganlisa di SemiAnalysis, ia dianggarkan ChatGPT menelan kos operasi sekitar $700,000 atau RM3.1 juta sehari. Kos ini dianggarkan untuk memastikan chatbot tersebut kekal beroperasi dari hari ke hari, dan menampung kadar trafik semasa. Ia dianggarkan OpenAI memerlukan hampir 30,000 GPU, atau secara tepatnya 28.936 GPU dalam memastikan ChatGPT beroperasi.

Categories
Teknologi

Google Bard Kini Boleh Menulis Kod Dalam Lebih 20 Bahasa Pengaturcaraan

Google Bard merupakan penawaran chatbot yang diintegrasikan dengan kecerdasan buatan oleh pihak Google. Buat masa ini, ia masih ditawarkan secara terhad kepada beberapa pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Terbaru, Bard dikatakan boleh menjana kod, melakukan debug, serta menerangkan sesuatu kod pengaturcaraan. Bard juga menyokong lebih 20 bahasa pengaturcaraan buat masa ini, termasuk C++, Java, Javascript, Go, Python, dan Typescript.

Categories
Teknologi

Instagram Kini Membolehkan Anda Menambah Sehingga Lima Pautan Pada Profil

Instagram hari ini membuat salah satu perubahan besar pada perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna menambah sehingga lima pautan pada profil mereka – berbanding hanya satu pautan selama ini. Dengan langkah ini, ia sekaligus mencabar sejumlah perkhidmatan lain di pasaran, termasuk seperti Linktree dan Socl. Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.

Categories
Teknologi

Elon Musk Ingin Melancarkan AI TruthGPT Sebagai Alternatif Kepada ChatGPT

Elon Musk mengumumkan dalam temuramah bersama Tucker Carlson bahawa beliau akan melancarkan TruthGPT. Ia merupakan kecerdasan buatan (AI) LLM yang mempunyai kemampuan setanding dengan ChatGPT yang dibangunkan oleh OpenAI. Menurut Musk, TruthGPT akan mementingkan “kebenaran” kerana AI lain seperti yang dibangunkan OpenAI dan Google dikatakan boleh menghasilkan kepalsuan.

Categories
Teknologi

iOS17 Dijangka Menjadi Asas Kepada Kebolehan Sideloading Aplikasi Ke iPhone

Apple buat masa ini masih mengehadkan pemasangan aplikasi hanya melalui AppStore sahaja, dan tidak membolehkan sebarang pemasangan aplikasi menggunakan kaedah lain – sama ada melalui kedai aplikasi pihak ketiga atau secara sideloading. Namun, perkara tersebut dijangka berubah tidak lama lagi, dan iOS17 dijangka akan menyertakan beberapa pembangunan asas sebelum ciri sideloading disertakan.

Categories
Teknologi

Twitter Kini Membolehkan Perkongsian Sehingga 10,000 Aksara – Sokong Format “Bold” Dan “Italic”

Twitter kini terus menjadikan platform mereka sebagai platform mesra penulis, dan kini menawarkan sokongan perkongsian sehingga 10,000 aksara melaluinya. Pada masa yang sama, Twitter juga kini menambah sokongan pemformatan pada teks, membolehkan pengguna menjadikan sesuatu teks itu tebal (Bold) atau pun condong (Italic).

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Proton Akan Mempercepatkan Pengenalan Kereta Elektrik Ke Seawal 2025

Proton kini berkongsi mengatakan akan mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik mereka, berkemungkinan seawal tahun 2025. Perkongsian terbaru oleh Timbalan CEO Proton ini memperlihatkan ia dipercepatkan 2 tahun berbanding sasaran sebelum ini pada awalnya pada 2027. Proton kini dalam proses untuk mengenal-pasti model yang bersesuaian, yang lebih mampu milik dan praktikal.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Realme Dan Coca-Cola Bekerjasama Untuk Telefon Edisi Khas

Realme Malaysia hari ini melancarkan peranti edisi khas mereka iaitu Realme 10 Pro Coca-Cola Edition. Ini adalah kerjasama pertama kali Realme dengan jenama minuman terkenal ini dan secara tidak langsung Coke mempunyai telefon pintar tersendiri. Di Malaysia Realme 10 Pro Coca-Cola Edition dijual pada harga RM1399. Malaysia adalah 1 daripada 5 negara yang menawarkan peranti ini.