Categories
Teknologi

Instagram Akan Menamatkan Sokongan NFT Pada 11 April

Meta sebelum ini telah menyatakan akan menamatkan sokongan untuk projek-projek berkaitan NFT pada Facebook dan Instagram sebelum ini. Selari dengannya, kini Instagram telah mula memaklumkan para pengguna yang mana sokongan NFT pada aplikasi sosial tersebut akan ditamatkan pada 11 April 2023 kelak. Instagram menyatakan pengguna akan dapat terus memaparkan perkongsian NFT mereka sebagai perkongsian biasa – sementara info-info berkaitan rantaian-blok untuknya tiadk lagi akan dipaparkan selepas terikh tersebut.

Categories
Teknologi

Asus Perkenal Tablet Edisi Terhad Hanya 14 Unit Di Malaysia, Pada Harga RM14,999

Bersesuaian dengan fokus untuk terus memberikan pengalaman unik kepada pengguna, ASUS kini hadir dengan tablet gaming edisi terhad ROG Flow Z13-ACRNM RMT02. Ia ditawarkan untuk pasaran Malaysia dan boleh dibeli pada harga RM12,999. Tablet edisi terhad ini mempunyai elemen reka bentuk unik yang menggabungkan teknologi dengan seni fesyen dan gaya hidup. Melaluinya, ASUS telah bekerjasama jenama pakaian teknologi yang berpangkalan di Berlin, ACRONYM pada koleksi ini.

Categories
Teknologi

Twitter Kini Menawarkan Algoritma Pengesyoran Dalam Bentuk Sumber Terbuka

Seperti dijanjikan oleh Elon Musk, kini perkhidmatan media sosial Twitter telah pun menerbitkan kod sumber untuk algoritma pengesyoran pada platform tersebut dalam bentuk terbuka di GitHub. Dengan penawaran ini juga, ia sekaligus memperlihatkan bagaimana kaedah Twitter dalam memaparkan tweet-tweet pada halaman “For You’ pada platform berkenaan.

Categories
Teknologi

Google Drive Mempunyai Had Jumlah Storan Kepada 5 Juta Fail Setiap Pengguna

Google Drive merupakan perkhidmatan Google yang membolehkan menyimpan fail, dokumen, serta pelbagai perkara, dan turut berkongsi dengan yang lain melaluinya. Ia ditawarkan dalam bentuk pelan percuma dan juga pelan berbayar untuk storan tambahan. Apa pun, kini ia diketahui yang mana Google menerapkan had jumlah fail yang boleh disimpan pada sesuatu akaun Google Drive, iaitu sebanyak 5 juta fail atau dokumen untuk setiap akaun pengguna.

Categories
Teknologi

OpenSignal : Celcom Kini Menawarkan Kadar Muat-Turun Paling Laju Di Malaysia

OpenSignal kini hadir dengan laporan terbaru untuk tempoh antara Disember 2022 sehingga Februari 2023, memperlihatkan Celcom kini mempunyai kadar muat-turun yang paling tinggi di Malaysia berbanding penyedia telekomunikasi yang lain. Mengikut data yang dihimpunkan, Celcom menawarkan skor muat-turun 26.3Mbps – iaitu 0.4Mbps lebih laju dari Maxis yang menduduki tangga ke dua.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Dilancarkan, RM69 Untuk 30Mbps

Kerajaan hari ini secara rasminya telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap, sekaligus membawakan pakej internet jalur-lebar tetap untuk rumah pada harga RM69 untuk 30Mbps. Pelan ini menyasarkan kumpulan B40, warga emas, OKU dan juga veteran tentera serta polis.

Categories
Gaming Teknologi

Lenovo Menamatkan Perniagaan Telefon Gaming Legion

Lenovo kini mengesahkan yang akan menamatkan perniagaan telefon gaming Android, dinamakan Legion. Buat masa ini masih tidak pasti apakah nasib peranti seperti Legion Phone Duel 2 yang dijual di Malaysia seperti kemaskini perisian dan khidmat bantuan pelanggan. Lenovo mengatakan akan terus fokus kepada produk gaming lain dan ingin memberi nilai terbaik kepada komuniti gaming global.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Hadir Dengan Telefon Edisi Khas Bertemakan Harry Potter

Xiaomi kini memperkenalkan Redmi Note 12 Turbo yang hadir dengan spesifikasi seumpama telefon mercu, termasuk storan sehingga 1TB. Menariknya juga, untuk telefon ini, Xiaomi bekerjasama dengan pihak WB untuk memperkenalkan juga sebuah telefon edisi khas bertemakan Harry Potter. Apa pun, penawarannya masih terhad untuk pasaran di China sahaja buat masa ini.

Categories
Kewangan Teknologi

TheLorry Berjaya Meraih Dana Pelaburan Berjumlah RM4.14 Juta Secara Biayasama

TheLorry kini mengumumkan mereka telah berjaya meraih suntikan pengumpulan dana terbaru, yang dilakukan secara biayasama, berjumlah RM4,140,000. Sebanyak RM3,375,000 telah diraih melalui platform biayasama Pitchin, sementara baki RM765,000 adalah pelaburan daripada pihak MyCIF. Dana akan digunakan untuk perluaskan perkhidmatan TheLorry, terutamanya di Indonesia.

Categories
Teknologi

Microsoft : GPT-4 Memperlihatkan Petanda Awal Ke Arah AGI – Prestasi Melakukan Tugasan Setara Manusia

Terbaru, Microsoft menerbitkan kertas kajian dan penyelidikkan mereka, menyatakan GPT-4 memperlihatkan petanda awal kepada AGI (Artificial General Intelligence), iaitu kebolehan kecerdasan buatan untuk beroperasi setara atau melebihi kemampuan manusia biasa. Kajian Microsoft menyatakan GPT-4 mampu menyelesaikan sejumlah tugasan meliputi topik matematik, pengaturcaraan, perubatan, perundangan dan sebagainya tanpa sebarang arahan khusus. Prestasi penyelesaian untuk setiap tugasan ini juga dikatakan menghampiri prestasi manusia.