Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pendapatan Tim Cook Dipotong 40% Oleh Apple Untuk Tahun 2023

Tim Cook ialah CEO yang menerima gaji dan pendapatan tertinggi di dunia di belakang Elon Musk dan Robert Scaringe. Ini adalah kerana sejak meneraju Apple, pendapatan syarikat terus meningkat melangkaui yang dicapai di bawah Steve Jobs. Sungguhpun pendapatan syarikat masih lagi baik dengan produk masih laku, Apple masih akan memotong pendapatan Tim Cook sebanyak 41.7% pada tahun 2023 ini.

Categories
Teknologi

Apple Sedang Bangunkan MacBook Dengan Skrin Sentuh – Mungkin Hadir Seawal 2025

Nampaknya, setelah sekian lama, kini Apple turut melihat kepada penawaran komputer riba mereka dilengkapi dengan skrin sentuh. Mengikut laporan Bloomberg terbaharu, Apple dikatakan sedang membangunkan sokongan skrin sentuh untuk Mac. Apple dijangka mungkin memperkenalkan MacBook Pro pertama dengan sokongan skrin sentuh ini seawal 2025 kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sudah 16 Tahun Sejak iPhone Diperkenalkan Oleh Steve Jobs

9 Januari ialah ulang tahun ke-16 mendiang Steve Jobs memperlihatkan iPhone kepada dunia buat pertama kali ketika acara MacWorld. Beliau mengacah peranti baharu yang menggabungkan sebuah telefon, iPod dan pelayar internet dalam satu tubuh yang kompak. Sejak dari pengumumannya, kini iPhone telah membawa pelbagai perubahan kepada arena peranti mudah-alih.

Categories
Teknologi

Twitter Bakal Memperkenalkan Ciri Tweet Panjang Pada Awal Februari 2023

Elon Musk kini berkongsi mengatakan Twitter akan melalui beberapa perubahan dari segi antaramuka, selain pengenalan ciri baharu dalam sebulan dua ini. Termasuk dalam pengenalan ciri baharu ialah pengenalan sokongan untuk perkongsian Tweet yang panjang. Pada hari ini, Twitter mengehadkan perkongsian kepada hanya 280 aksara sahaja.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Nokia Kini Menawarkan Telefon Pintar Dengan Fon Telinga Tersimpan Dalam Kerangka

Nokia kini telah membawa salah satu telefon baru untuk pasaran tempatan. Nokia 5710 XpressAudio ini agak unik dari segi rekaan, dimana ia menyertakan fon telinga secara terbina pada bahagian belakang peranti untuk mudah diakses dan juga tidak hilang ke mana-mana. Di Malaysia, telefon Nokia 5710 XpressAudio ini dijual pada harga RM339.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

PDRM Dan Whoscall Bekerjasama – Memudahkan Mengenal-pasti Panggilan Telefon “Scammer” Atau Penipu

PDRM kini bekerjasama dengan pihak Whoscall dalam berkongsi data, sekaligus memudahkan pengguna memasang aplikasi Whoscall dan mengenal-pasti panggilan telefon dari penipu atau “scammer”. Dengan adanya Whoscall, pengguna akan dipaparkan dengan info pemanggil ketika panggilan masuk ke telefon pengguna – dan sekiranya ia adalah panggilan atau mesej daripada scammer, maka ia akan dilabelkan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Menerima Pengesahan Untuk Aplikasi ECG Di Malaysia

Samsung kini telah menerima pengesahan untuk aplikasi Samsung ECG App di Malaysia, sekaligus memperlihatkan sokongan untuk aplikasi ECG pada peranti Samsung bakal diperkenalkan tidak lama lagi untuk pengguna tempatan. Samsung sebelum ini sedia menambah ciri ECG berkenaan melalui jam tangan pintar Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch5 – dimana kedua-duanya dijual di Malaysia. Dengan pengesahan ini, ciri ini dijangka diaktifkan untuk pengguna tempatan tidak lama lagi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

AFEELA Ialah Jenama Kereta Elektrik Dibawah Kolaborasi Sony Dan Honda

Sony Honda Mobility hari ini mengumumkan kereta elektrik yang dihasilkan oleh mereka akan dipasarkan di bawah jenama AFEELA. Tiada maklumat mengenai kuasa motor, saiz bateri dan jarak perjalanan yang mampu dilakukan AFEELA, tetapi ia disahkan menyokong pemanduan empat roda serta menyasarkan akan dipasarkan menjelang 2026.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Acer Hadir Dengan Meja Yang Anda Boleh Kayuh Untuk Jana Tenaga Kinetik, Sambil Bekerja

Acer kini hadir dengan sebuah “meja-basikal”. Ia merupakan sebuah meja yang dilengkapi pengayuh seumpama basikal – membolehkan anda bekerja sambil bersenam. Pada masa yang sama, mengayuhnya akan membolehkan anda menjana tenaga kinetik dan menggunakan ia dalam mengecas peranti pada meja tersebut. Sebuah aplikasi khusus turut ditawarkan yang membolehkan anda mengetahui berapa lama anda telah mengayuhnya, berapa tenaga telah dijana, dan berapa kalori telah dibakar.

Categories
Teknologi

Telefon Pintar Mercu Dijangka Hadir Dengan Storan Minima 256GB Pada 2023

Siri Samsung Galaxy S23 dijangka akan dilancarkan pada awal Februari ini dengan tiga model bakal ditawarkan. Kini kedengaran ura-ura apabila dilancarkan kelak ia tidak akan ditawarkan dengan storan 128GB. Sebaliknya saiz storan paling kecil ialah 256GB, dengan model S23 Ultra akan ditawarkan dengan storan mencecah 1TB.