Categories
Teknologi

TM Mengacah Pengenalan Unifi Mobile 5G – “Uni5G”

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya mengacah pengenalan Unifi Mobile 5G kepada umum, melalui apa yang mereka namakan sebagai Uni5G. Buat masa ini, TM mengatakan ia akan hadir, tanpa sebarang tarikh pelancaran. Tetapi, mereka sedia menyatakan 5G sedia meliputi sejumlah kawasan, termasuk Cyberjaya, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Categories
Teknologi

Rangkaian 5G Kini Tersedia Di Negeri Sembilan Dan Melaka

Melalui kemaskini peta liputan pada halaman DNB mahupun Yes, kini dilihat dua buah negeri telah mula menerima sokongan rangkaian 5G, iaitu di Negeri Sembilan dan juga Melaka. Untuk Negeri Sembilan, rangkaian 5G dilihat diliputi sekitar kawasan Seremban dan juga Senawang. Sementara di Melaka pula, ia adalah sekitar Batu Berendam, Ayer Molek dan Telok Mas.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Sedang Bangunkan Cincin Pintar Dengan Pengimbas Nadi Dan Sensor ECG

Samsung kini dilaporkan sedang membangunkan cincin pintar dengan ciri sama seperti sebuah gelang tangan pintar, iaitu untuk memantau kecergasan dan kesihatan pengguna. Cincin ini akan mempunyai pengimbas nadi optikal dan mempunyai sensor untuk ECG. Cincin ini juga didakwa boleh digunakan untuk mengawal telefon pintar, tablet atau televisyen.

Categories
Teknologi

Adobe Perlihatkan Sokongan Teks-Ke-Gambar Pada Photoshop

Adobe hari berkongsi sejumlah ciri baharu yang sedang dibangunkan. Salah satunya adalah sokongan integrasi kecerdasan buatan dalam penyuntingan gambar. Melalui salah satu konsep yang dipertontonkan hari ini, Adobe menunjukkan kebolehan guna AI dalam menjana gambar – dimana pengguna input teks, dan AI akan jana gambar untuk disunting pada gambar di Photoshop.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

YouTube Tamatkan Eksperimen Memerlukan Langganan YouTube Premium Untuk Akses Kandungan 4K

YouTube sebelum ini telah menguji keperluan mempunyai langganan YouTube Premium sebelum mengakses kandungan pada resolusi 4K. Perkara ini dikritik ramai. Kini, selepas mengambil-kira pelbagai maklumbalas, pihak YouTube menamatkan eksperimen tersebut, dan kini semua boleh mengakses kandungan 4K tanpa langganan YouTube Premium.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Mark Zuckerberg : WhatsApp Tawarkan Lebih Privasi Dan Sekuriti Berbanding iMessage

Mark Zuckerberg kini berkongsi WhatsApp menawarkan sokongan penyulitan penuh – sekaligus menawarkan lebih privasi dan sekuriti berbanding dengan iMessage daripada Apple. Mark turut mengatakan WhatsApp menawarkan sokongan penyulitan penuh pada sembang individu dan juga berkumpulan, tidak kira pada iPhone mahupun Android.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Seperti Era MySpace – Instagram Akan Membolehkan Pengguna Tambah Lagu Pada Profil

Pada suatu ketika dahulu, salah satu ciri popular pada MySpace adalah kebolehan menambah lagu pada profil – sekaligus mengetengahkan lagi peribadi seseorang pengguna. Menariknya, kini ciri seperti itu akan hadir ke Instagram. Ciri ini kini pada peringkat pembangunan, dan jikalau berfungsi lancar, dijangka akan diperkenal kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Categories
Semasa Teknologi

5.3 Bilion Telefon Dianggar Akan Dibuang Pada Tahun 2022

Ia kini dianggarkan sekitar 5.3 bilion telefon mudah-alih akan dibuang pada tahun 2022 ini, sekaligus terus menambah kepada sampah elektronik di Bumi. Perkara ini dikongsikan oleh WEEE (International Waste Electrical & Electronic Equipment Forum). Secara keseluruhan, ia dianggar terdapat 16 bilion telefon mudah-alih di dunia pada hari ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Microsoft Rewards Kini Di Malaysia – Kumpul Mata Untuk Guna Produk Microsoft

Program pengumpulan mata ganjaran Microsoft Rewards kini boleh diakses oleh pengguna di Malaysia. Microsoft melakukan pengumumannya hari ini. Menerusi Microsoft Rewards, pengguna boleh mengumpul mata ganjaran apabila menggunakan produk Microsoft seperti Edge dan carian Bing. Mata kemudiannya boleh ditebus untuk mendapatkan barangan digital untuk permainan Roblox atau menderma ke UNICEF.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Selamat Tinggal Microsoft Office – Dijenamakan Semula Kepada Microsoft 365

Microsoft kini menyatakan koleksi perisian produktiviti mereka akan dijenamakan semula daripada Office kepada Microsoft 365. Dengan langkah ini, dalam bulan-bulan akan datang, Office.com, aplikasi mudah-alih Office dan juga aplikasi Office untuk Windows akan berubah kepada penjenamaan baharu, iaitu Microsoft 365.