Categories
Kewangan Teknologi

Kerajaan Johor Ke Arah Nirtunai Melalui JohorPay – Sasar 70% Transaksi Agensi Kerajaan Guna JohorPay Menjelang 2025

Johor kini dilihat memfokuskan kepada arena nirtunai melalui pelaksanaan penggunaan JohorPay untuk tujuan pembayaran bagi sejumlah perkhidmatan agensi kerajaan negeri tersebut. Kerajaan Johor menyasarkan JohorPay digunakan untuk menerima 70% bayaran melibatkan agensi kerajaan negeri Johor, menjelang 2025 kelak.

Categories
Teknologi

Apple Akan Guna Pengimbas Mata Untuk Pengesahan Akaun Dan Bayaran Pada Set AR

Apple sedia diperkatakan bakal hadir dengan set kepala realiti-gabungan tersendiri seawal 2023 kelak. Terbaru, dilaporkan set kepala Apple kelak akan turut menyertakan pengimbas mata terbina padanya – yang akan digunakan untuk pengesahan pembayaran, termasuk untuk log masuk ke akaun pengguna. Ini sekaligus membawa fasa seterusnya untuk Apple selepas Face ID dan Touch ID sebelum ini.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Netflix Akan Mula Integrasi Paparan Iklan Bermula November

Netflix kini mengesahkan mereka akan mula memperkenalkan pelan langganan dengan sokongan iklan bermula November ini di 12 buah negara – tidak termasuk Malaysia. Pelan disokong iklan ini akan berharga lebih rendah, dan pada masa yang sama hadir dengan had akses kepada sejumlah filem dan siri-TV sahaja.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sony Akan Mula Jual Kereta Elektrik Pertama Seawal 2026

Sony dan Honda sedia membentuk sebuah syarikat kerjasama, dinamakan Sony Honda Mobility – dimana kedua-duanya akan berkongsi kepakaran, dan membangunkan kereta elektrik bersama. Kini, berkongsi lanjut, Sony dan Honda mengumumkan akan mula menjual kereta elektrik di Amerika Syarikat seawal 2026 kelak. Kereta elektrik ini akan dijual secara atas-talian dan membawa harga premium.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Music Dan Apple TV Akan Datang Untuk Windows Pada 2023

Microsoft hari ini mengumumkan, mereka akan menawarkan aplikasi Apple Music dan juga Apple TV untuk para pengguna Windows pada tahun hadapan. Melaluinya, pengguna boleh menikmati kandungan lagu dari Apple Music, dan juga video daripada langganan Apple TV+ terus melalui komputer Windows.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Microsoft Hadir Dengan Alternatif Canva Melalui Microsoft Designer

Microsoft hari ini memperkenalkan penawaran penyelesaian grafik mereka tersendiri, yang turut dilengkapi kecerdasan buatan Dall.E, dinamakan sebagai Microsoft Designer. Microsoft Designer dilihat menawarkan beberapa ciri seperti Canva, membolehkan anda membuat penyuntingan pantas terus melalui Microsoft Designer, dan seterusnya berkongsi karya yang dihasilkan ke medium sosial atau penerbitan lain.

Categories
Teknologi

Google Play Store Kini Menyokong Pembayaran FPX – Beli Aplikasi Guna Akaun Bank “Online”

Google Play Store kini menambah satu lagi kaedah pembayaran baharu pada gedung aplikasi dan kandungan digital mereka, iaitu membayar terus menggunakan FPX. Dengan langkah ini, pengguna boleh menetapkan pilihan FPX, dan seterusnya menggunakan akaun bank atas-talian masing-masing untuk melaksanakan bayaran bagi pembelian aplikasi, permainan atau kandungan digital di Google Play.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

WhatsApp Groups Kini Menyokong Sehingga 1024 Peserta

WhatsApp kini dilihat terus memperluaskan dan menambah sokongan peserta dalam sesuatu WhatsApp Groups. Selepas memperkenalkan sokongan untuk sehingga 512 peserta sebelum ini, kini melalui kemaskini baharu, WhatsApp menyokong sehingga 1024 peserta dalam sesuatu WhatsApp Groups.

Categories
Sains Teknologi

Bumi Dijangka Membentuk Hanya Satu Benua Bersaiz Mega, Dikenali Amasia

Mengikut kajian para saintis di New Curtin University, ia dijangka Bumi akan membentuk hanya sebuah benua bersaiz mega dalam masa sekitar 300 juta tahun lagi. Dengan langkah ini, ia dijangka membentuk sebuah benua besar dinamakan Amasia, yang akan mengabungkan benua Amerika dan juga Asia pada hari ini. Lautan Pasifik dijangka akan hilang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pakej Remaja Keluarga Malaysia Dilanjut Sehingga April 2023 – RM30 Untuk 20GB Bagi 3 Bulan

Dibawah Bajet 2023, kini kerajaan mengumumkan akan meneruskan pelan prabayar Pakej Keluarga Malaysia sehingga April 2023 kelak. Dibawah pelan ini, para remaja boleh melanggan ia pada harga RM30 untuk tempoh 3 bulan, dan akan menerima akses kepada data sebanyak 20GB bagi tempoh 3 bulan tersebut.